Bikesrepublic

Berita Terkini

Susulan pengumuman persaraan mengejut Jorge Lorenzo semalam, Johann Zarco tampil mendedahkan dia mengimpikan peluang untuk sertai Repsol Honda musim depan.

Tiga kali juara dunia MotoGP, Lorenzo membuat keputusan untuk bersara dalam satu sesi sidang media tergempar semalam susulan aksi terumbang ambing musim ini.

Kegagalan menemui rentak di samping dipalit dengan kecederaan merencatkan karier pelumba berusia 32 tahun itu.

Bagaimanapun, keputusan pelumba Sepanyol itu bersara bermakna terdapat kekosongan di kem Repsol Honda sekaligus membangkitkan beberapa nama sebagai pengganti, antaranya Zarco.

Sejak meninggalkan Redbull KTM, Zarco kini berlumba dengan pasukan LCR Honda menggantikan Takaaki Nakagami yang sedang pulih dari kecederaan.

Bagaimanapun, masa depannya masih tidak diputuskan tatkala tiada kekosongan di saingan MotoGP bagi musim 2020 namun peluang kini terbuka untuk Zarco dengan persaraan Lorenzo.

“Saya enggan mengulas lanjut tentang persaraan Lorenzo tetapi ini merupakan petanda positif bagi saya tahun depan kerana ada kekosongan di MotoGP bagi musim 2020,” jelas Zarco menurut Crash.net.

Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo telah mengadakan sidang media mengejut bagi mengumumkan keputusannya untuk bersara, hari ini.

Tiga kali juara dunia MotoGP itu, mengumumkan keputusan tersebut sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpelta menjelang GP Valencia, perlumbaan penutup tirai MotoGP musim ini.

Meskipun kontrak bersama Honda hanya akan berakhir 2021 namun prestasi terumbang-ambing musim ini memberi kesan mendalam terhadap kariernya.

Pelumba berusia 32 tahun itu memulakan karier pada 2002 dan sehingga kini telah pun merekodkan lima kejuaraan dan 68 kemenangan merentas semua kelas perlumbaan.

Ketika ini timbul dakwaan bahawa tempat Lorenzo bakal diisi bekas pelumba Redbull KTM MotoGP, Johan Zarco, yang ketika ini menggantikan Takaaki Nakagami di LCR Honda susulan kecederaan.

Volvo Car Malaysia memperkenalkan versi baharu Volvo XC90 yang kini dikemaskini dengan rekaan luaran serba baharu.

Menyedari permintaan tinggi di serata dunia, rekaan baharu ini merupakan inisiatif Volvo dalam memastikan SUV ini kekal popular untuk banyak tahun akan datang.

Antara perubahan yang dilakukan adalah melibatkan bahagian tayar, warna dan gril yang lebih moden.

Bagi model T8, ketahanan bateri juga telah dipertingkat dari 10.4kWh kepada 11.6kWh sekaligus meningkatkan kadar pemanduan sehingga 50km.

Sementara model T5, didatangkan dengan penyaman udara baharu, sistem maklumat penanda jalan (RSI) dan sistem kawalan suhu 4-zon yang sebelum ini hanya ditawarkan pada model T8.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, Volvo XC90 merupakan lambang transformasi Volvo terutamanya dengan pengenalan lampu bercirikan tukul Thor di samping platform Scalable Product Architecture (SPA).

Pada masa sama, segala teknologi baru yang diperkenalkan pada siri 60 dan 90 diantara 2015 hingga 2019 juga telah dirangkumkan kedalam XC90 jadi tidak hairanlah lebih 320,000 unit telah pun terjual.

Volvo XC90 ini juga dilengkapi pelbagai ciri terkini antaranya:

  • City Safety dan Blind Spot Information System
  • Oncoming Lane Mitigation
  • Cross Traffic Alert Technology
  • Sistem Infotainmen Sensus
  • Apple CarPlay
  • Android Auto

Volvo XC90 yang telah dikemaskini ini ditawarkan pada harga RM373,888 dan didatangkan dengan lima warna pilihan, Crystal White Pearl, Denim Blue Metallic, Onyx Black Metallic, Pebble Grey Metallic, dan Thunder Grey Metallic.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), memperkenalkan kenderaan pikap serba boleh mampu milik, Mitsubishi Triton Quest, hari ini.

Triton Quest merupakan generasi keempat bagi varian Triton sejak diperkenalkan 2008 sebagai Triton Lite.

Quest merupakan varian Triton yang menawarkan spesifikasi tahan lasak sesuai bagi mereka yang mencari kenderaan pikap pelbagai guna.

Antara ciri utama Triton Quest adalah pemanduan mudah, enjin berkuasa, tahan lasak dan ruang tempat letak barang yang luas.

Model baharu ini juga lebih rendah bagi memudahkan pemunggahan barang dan mampu menampung berat sehingga 970 kilogram termasuk penumpang dan kargo sekaligus menjadikan Triton Quest pikap dengan ruang tempat letak barang paling luas bagi segmen ‘low rider’.

Meskipun ditawarkan dengan harga paling murah namun Triton Quest didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel berkuasa turbo yang menghasilkan 108.4hp dan 200Nm yang disalurkan menerusi transmisi manual lima kelajuan.

Pada masa sama, model ini turut didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya:

  • Electronic Time & Alarm (ETACS)
  • Lane Change Turn Signal System
  • Power Window Timer
  • Headlamp Auto Off
  • Open Door Alarm
  • Auto Door Relock System
  • Auto Speed Adjustable Wipers
  • Dual SRS Airbags
  • ABS

Menariknya, Mitsubishi Triton Quest merupakan jentera pikap paling mampu milik dalam pasaran dengan harga RM79,890 dan didatangkan dengan waranti lima tahun atau 100,000km.

 

Motosikal kapcai mampu milik dari Boon Siewa Honda, Dash 125 kini dikemas kini dengan warna baharu bagi tahun 2020.

Kombinasi warna metalik yang diserlahkan oleh panel berwarna perak menjadikan rupa keseluruhan lebih ekspresif bagi penunggang yang gemar dgn jentera tampak berbeza. Pilihan warna baharu ini menepati cita rasa kebanyakan penunggang motosikal.

Honda Dash 125 ditawarkan dengan dua warna Clipper Yellow (Kuning) dan Candy Scintillate Red (Merah). Warna Pearl Nightfall Blue (Biru) akan tetap ditawarkan bagi model baharu ini termasuk edisi Repsol sedia ada bagi varian dengan brek cakera berkembar.

Honda Dash 125 dikuasakan oleh enjin 125cc yang telah diperhalusi bagi menjaminkan prestasi optimum sambil mengekalkan penjimatan minyak yang efisien. Ciri keselamatan ditawarkan termasuk lampu LED dengan visor bagi meningkatkan lagi tahap keboleh-nampakan dan ketahanan.

Rujuk spesifikasi dibawah:

Kedua-dua varian dengan brek cakera tunggal dan brek cakera berkembar akan ditawarkan bagi model baharu ini. Honda Dash 125 kekal menjadi pilihan utama pembeli yang mencari ciri praktikal namun dgn harga mampu milik.

Berikut senarai harga bagi tiga varian Honda Dash 125 2020:

Dash 125 (brek cakera tunggal) RM5,999
Dash 125 (brek cakera berkembar) RM6,299
Dash 125 Edisi Repsol (brek cakera berkembar) RM6,499

Budaya kereta kustom bukan perkara baharu apatah lagi menggunakan bahagian lama untuk menghidupkan kembali sebuah kereta lain tetapi menggunakan bahagian kereta lama untuk menghasilkan sebuah motosikal mini mungkin satu perkara asing.

Seorang pereka, Brent Walter, telah menghasilkan motosikal mini dengan menggunakan bahagian daripada Volkswagen Beetle Type 1.

Walter mengambil empat bahagian fender daripada Beetle Type 1 lalu menggabungkan enjin 79cc bagi menghasilkan Volkspod.

Rekaan keseluruhan tampak seperti jentera yang lahir di era 90an terutamanya dengan handlebar yang lebar serta lampu bulat di bahagian depan dan belakang yang menyamai rekaan pada Beetle Type-1.

Bagi yang menghargai era klasik, The Volkspod mungkin jentera yang sesuai untuk anda!

(SUMBER: YankoDesign)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube