Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelancaran KTM 390 Adventure menerima pelbagai reaksi positif ketika didedahkan di EICMA 2019 baru-baru ini bagaimanapun, apa yang mengejutkan pengeluar motosikal Austria itu turut memperkenalkan 250 Adventure.

Meskipun tidak ditayangkan di EICMA, model baharu itu akan memasuki pasaran India sebagai jentera ‘entry-level’.

Menurut laporan media di India, jentera tersebut telah pun menjalani beberapa sesi ujian sebelum ini.

Rekaan luaran 250 Adventure tampak sama dengan versi 390 namun terdapat beberapa kekurangan antaranya, penggunaan lampu halogen berbanding LED, tiada fork USD boleh laras.

Versi 250 ini turut tidak menawarkan sistem Ride-by-Wire dan traction control seperti yang terdapat pada model 390 Adventure.

Bagaimanapun, KTM masih mengekalkan sistem ABS.

Difahamkan, model ini mengguna pakai enjin 248.8cc daripada KTM 250 Duke dan menghasilkan sekitar 29hp dan 24Nm tork yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.

Perodua Axia STYLE buat penampilan sulung di Pameran Motor Colombo Seylan, Sri Lanka hari ini sekaligus menandakan model baharu itu bakal dipasarkan di negara terbabit.

Pengedar Perodua di Sri Lanka, Unimo-Enterprise memaklumkan bahawa pihaknya telah pun menerima tempahan bagi model baharu tersebut dengan penghantaran akan bermula tahun depan.

Varian Perodua Axia 2019 itu ditawarkan dengan harga Rs3.895 juta (RM89,000).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengakui Sri Lanka sebagai antara destinasi eksport utama Perodua.

“Sri Lanka merupakan pasaran luar negara terbesar bagi jenama Perodua, di mana Axia disambut baik dengan kira-kira 3,000 unit dijual sejak 2015.

“Justeru ia sesuai sebagai destinasi eksport pertama bagi Perodua Axia STYLE baharu ini.

“Dilengkapkan dengan bumper yang tampil lebih lasak dengan elemen skid plate, cladding badan, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15-inci, Perodua Axia STYLE baharu mencerminkan gaya hidup aktif pemiliknya di samping mengekalkan semua kelebihan Axia seperti praktikaliti, kecekapan bahan api, ruang dalaman yang luas serta mudah dipandu,”jelasnya.

Sementara itu penjualan Perodua di Sri Lanka telah pun mencecah 16,000 unit sejak 1997.

Perodua mensasarkan eksport sebanyak 3,270 kenderaan untuk 2019 – peningkatan 50% daripada 2,184 unit tahun lepas.

Ketika pengeluar lain menjadikan EICMA 2019 sebagai medan memperkenalkan model baharu bagi 2020, Husqvarna mempunyai perancangan tersendiri apabila mengumumkan keputusan untuk kembali ke Moto3 musim depan.

Pasukan Max Racing, milik empat kali juara dunia 250cc, Max Biaggi, akan mengguna pakai Husqvarna FR 250 GP bagi saingan Moto3 2020 termasuk dengan sokongan penuh daripada pasukan Husqvarna Factory.

Sementara itu, Max Racing akan mempertaruhkan Romano Fenati dan Alonso Lopez bersama jentera baharu tersebut.

Pernah dengar nama Fenati? Dia merupakan pelumba yang digantung daripada menyertai sebarang perlumbaan apabila bertindak menekan brek tangan Stefano Manzi dalam saingan Moto2 di Misano musim lalu.

FIM turut bertindak menggantung lesen perlumbaannya sehingga hujung musim 2018 malah disingkirkan daripada pasukannya, Marinelli Snipers.

Bagaimanapun, Marinelli membuat kejutan apabila kembali menandatangani Fenati bagi musim 2019.

Kini, pasukan Max Racing bakal mempertaruhakn jentera baharu dengan Fenati sebagai pelumba tonggak.

 

Peneraju motosikal skuter, KYMCO, mencuri tumpuan di EICMA 2019 apabila memperkenalkan KYMCO RevoNEX, sebuah jentera elektrik yang bakal menandakan hala tuju baharu syarikat itu di masa depan.

Selepas melakukan perkara sama di EICMA 2018 dengan SuperNEX, fasa baharu dalam pembangunan motosikal elektrik oleh KYMCO selepas ini akan dipacu RevoNEX.

Ketika SuperNEX didedahkan tahun lalu, ramai yang terkejut dengan pendekatan berani pengeluar berpangkalan di Taiwan itu dalam menceburi segmen motosikal elektrik dengan memperkenalkan enjin elektrik dengan transmisi enam kelajuan dan rekaan futuristik.

Bagaimanapun, tidak seperti SuperNEX yang merupakan jentera konsep, RevoNEX bakal memasuki pasaran dunia pada 2021.

Meskipun tiada maklumat rasmi mengenai jentera baharu itu, KYMCO mendedahkan bahawa RevoNEX mencapai kelajuan 0-100km/j di bawah 3.9 saat dan 0-200km/j di bawah 8.7 saat!

Walaupun, modul perniagaan KYMCO bergantung sepenuhnya terhadap segmen skuter dan ATV namun RevoNEX menandakan arah tuju baharu bagi segmen motosikal berprestasi tinggi.

Benelli Leoncino Trail 800

Ketika Benelli melancarkan Leoncino 500 dan 250 di Malaysia, ramai yang menghamburkan komen positif terutamanya daripada aspek rekaan yang mencerimkan motosikal jenis cafe racer/scrambler.

Meskipun pada masa sama terdapat pihak yang skeptikal dengan ketahanan dan kemampuan enjin yang dihasilkan Benelli namun pengeluar motosikal Itali itu memadam kritikan tatkala Leoncino Trail 500 berjaya menamatkan perlumbaan di Rimba Raid 2019 yang berlangsung di Janda Baik, Julai lalu.

Kali ini, Benelli memperkenalkan Leoncino versi baharu dengan enjin 800cc di EICMA 2019 dengan dua varian dilancarkan, Leoncino 800 dan Leoncino Trail 800.

Benelli Leoncino 800

Mengekalkan rekaan ikonik Leoncino dengan tema retro dan sentuhan minimalis namun varian baharu ini tampil lebih garang dan aura sebuah scrambler.

Enjin dua silinder (tapi bunyi macam empat silinder) 754cc ini menghasilkan 81.6hp pada 9,000rpm dan 67Nm pada 6,500rpm yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan bantuan slipper clutch.

Leoncino 800 ini turut didatangkan dengan fork USD Marzocchi dan penyerap hentakan belakang dengan preload boleh laras.

Menariknya, model ini turut dilengkapi dengan kaliper brek Brembo empat piston di bahagian depan dan kaliper dua piston di bahagian belakang sementara tayar 17 inci mengisi bahagian depan dan belakang.

Selepas tujuh tahun penantian akhirnya KTM 390 Adventure dilancarkan di EICMA 2019!

Jentera segmen adventure ini dijangka akan menarik perhatian ramai pencinta dua roda yang rata-rata mencari motosikal adventure tanpa perlu menghabiskan duit simpanan.

Berkongsi enjin sama dengan KTM 390 Duke, model baharu ini diinspirasikan daripada 790 Adventure yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini.

Persoalannya, adakah KTM 390 Adventure sebagus abangnya yang lain?

Pengalaman 20 tahun dalam rali Dakar serta penyelidikan selama tujuh tahun telah membawa kepada lahirnya ‘adik’ baharu ini dalam keluarga KTM.

Meskipun sekadar bersesaran 373.2cc satu silinder namun masa yang diberikan terhadap pembinaan jentera tersebut membuktikan KTM memberi tumpuan sepenuhnya dalam menghasilkan jentera adventure segmen entry-level yang berkualiti.

Ini merupakan berita baik buat peminat jentera dua roda di Malaysia yang mengidam motosikal adventure ‘mampu milik’.

Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Kerangka steel trellis
  • Rantai x-ring
  • Kaliper brek empat piston ByBre
  • ABS
  • Fork depan WP boleh laras
  • Sistem KTM My Ride

KTM 390 Adventure tampil dengan dua warna pilihan, oren atau puith dengan kemasan berwarna oren tetapi kami syorkan warna oren, kerana ‘This is KTM’!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube