Michelin akan membekalkan tayar untuk Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) mulai 2027.
Gergasi tayar Perancis itu menandatangani perjanjian lima tahun dengan Dorna, pemegang hak WorldSBK, untuk membekalkan tayar kepada semua kelas termasuk WorldSBK, World SuperSport (WorldSSP), Kejuaraan Dunia Perlumbaan Litar Wanita FIM (WorldWCR), dan kelas baru World Sportbike (WorldSPB).
Michelin mengambil alih peranan Pirelli, yang sebelum ini menjadi pembekal tunggal sejak 2004. Sementara itu, Pirelli pula akan menjadi pembekal tayar eksklusif untuk MotoGP bermula 2027. Pirelli kini membekalkan tayar untuk kelas Moto3 dan Moto2.
Daripada Siaran Media WorldSBK
Michelin akan menjadi pembekal tayar rasmi eksklusif untuk MOTUL FIM Superbike World Championship mulai musim 2027. Kerjasama selama lima tahun sehingga 2031 ini menekankan komitmen bersama Michelin dan Kejuaraan tersebut terhadap inovasi, kelestarian, keselamatan, dan pembangunan berterusan untuk manfaat pengguna motosikal. Michelin akan memberi tumpuan khusus kepada peningkatan berterusan dalam kualiti tayar, ketahanan, dan keselamatan, selaras dengan piawaian teknikal tinggi dan semangat kompetitif Kejuaraan ini.
Michelin akan membekalkan tayar untuk semua kategori, termasuk WorldSBK, WorldSSP, dan kelas baru World Sportbike (WorldSPB), serta Kejuaraan Dunia Litar Perlumbaan Wanita FIM (WorldWCR).
Michelin’s extensive motorsport experience and technological know-how will ensure consistent performance across diverse conditions and the range of tracks featured on the Championship calendar, supporting teams and riders in maintaining a highly competitive field throughout the season.
Until then, Pirelli will remain the Official Tyre Supplier through to the close of the 2026 season, continuing to provide dedicated support to participants competing at the highest level while further developing its tyre line-up.
This will mark the end of a significant era, as Pirelli’s pioneering partnership with WorldSBK since 2004 established the Championship as the first global motorsport series to adopt a single tyre supplier, setting a standard later followed by other leading racing series.












