Bikesrepublic

Berita Terkini

Umum sedia maklum bahawa Yamaha telah pun memfailkan tanda dagangan R9 di beberapa negara termasuk di Eropah dan Asia.

Nama R9 itu merujuk kepada sebuah jentera ‘full-fairing’ yang dikuasakan enjin CP3 tiga silinder yang sama terdapat pada MT-09.

Ketibaan R9 juga sudah dijangka tatkala Yamaha memperkenalkan YZF-R7 yang digerakan enjin parallel-twin CP2 yang sama terdapat pada MT-07.

Bagaimanapun, pemangkin utama adalah terhentinya pengeluaran model ‘road-legal’ YZF-R6 ekoran peraturan emisi ketat. 

Dalam perkembangan terbaru, majalah terbitan Jepun, Autoby mendakwa R9 akan dilancarkan pada 2024 dengan pengumuman sulung akan dibuat di EICMA 2023, hujung November ini. 

Menariknya, Autoby juga berkongsi beberapa imej ‘render’ yang memaparkan rupa R9 akan datang. 

Seperti yang dijangka, Yamaha R9 akan berkongsi kelengkapan sama dari MT-09 termasuk chasis dan swingarm. 

Imej tersebut juga memaparkan bagaimana R9 akan turut dilengkapi sistem suspensi dan brek yang sama dengan MT-09. Namun, kami menjangkakan R9 akan mendapat pakej suspensi sama seperti MT-09 SP. 

Untuk rekod, enjin CP3 pada MT-09 menghasilkan 117- pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm sekaligus cukup sesuai digunakan pada jentera ‘sportsbike’. 

Meskipun tiada pengesahan rasmi setakat ini dari Yamaha, kami jangkakan lebih banyak info menarik mengenai model R9 akan didedahkan sepanjang tahun ini. 

Hari terakhir tahun 2022 berakhir dengan tragedi apabila perlumbaan CCT Battle of Champion yang berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Perak, telah meragut satu nyawa. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri yang menjelaskan bahawa seorang penonton maut selepas dilanggar  kereta yang terbabas ke kanan litar lalu memasuki laluan berumput.

Video kejadian tersebut turut tular di media sosial yang memaparkan dua kereta sedang berlumba sebelum terbabas lalu mengena mangsa yang sedang berdiri di kawasan rumput bersebelahan litar. 

Video tersebut juga memaparkan beberapa individu lain turut berada di tepi litar sekaligus mengundang pelbagai kritikan. 

Meskipun begitu, penganjur pertandingan, Yano Autopart meengaskan pihaknya telah pun melararang penonton untuk berada dekat dengan kawasan litar sewaktu perlumbaan berlangsung. 

Memetik laporan Kosmo, penyelaras pertandinga, Yano Al-Mahadzir, 10 marshal telah pun diberitahu mengenai aspek keselamatan sebelum itu.

Namun, Yano menjelaskan terdapat beberapa yang telah berlari dan duduk di kawasan kejadian sewaktu di lap terakhir.

Terdahulu, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ekoran bergesel dengan kereta lain berhampiran garisan penamat. – Kosmo

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, mencadangkan agar pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membina bumbung dikawasan parkir letak kereta yang disita.

Memetik laporan Berita Harian, cadangan itu dikemukakan bagi mengelakkan daripada berlakunya susut nilai terhadap kereta sitaan ketika dilelong.

Menurutnya, terdapat perbezaan ketara dari segi harga bagi kereta yang diletakkan di kawasan berbumbung dengan kenderana yang terdedah pada cuaca.

“Saya dimaklumkan bahawa nilai kereta yang tidak (ditempatkan di parkir) berbumbung berbeza, tidak tinggi seperti yang berbumbung,” jelasnya.

Oleh demikian, Ahmad Maslan cadang agar pihak Kastam menyediakan kawasan parkir berbumbung bagi semua kereta yang telah dirampas. – Berita Harian.

Boon Siew Honda mengemas kini kapcai popular Honda RS-X bagi tahun 2023 dengan pilihan warna baharu.

Menurut BSH, Honda RS-X itu kini tampil dengan grafik moden; Lemon Ice Yellow dan Candy Carribean Blue yang ditawarkan pada harga RM9,698. 

Menariknya, Honda mengekalkan pilihan warna Trico untuk tahun 2023 namun varion itu kini datang dengan rim berwarna emas agar tampak lebih menonjol dan boleh didapati pada harga RM9,748. 

Bagaimanapun, spesifikasi lain kekal sama bagi tahun 2023 termasuk enjin 150cc Euro 4 DOHC yang mampu menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm. Sistem pembakaran juga lebih efisien hasil bantuan sistem PGM-Fi.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah seperti berikut:

  • sealed chain drive
  • digital speedometer
  • pembuka tempat duduk Honda

Selain itu, RS-X juga dilengkapi dengan ciri keselamatan moden antaranya ABS selain daripada lampu LED penuh. 

Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) dengan rasminya mengumumkan barisan pelumba bagi saingan WorldSBK dan WorldSSP musim 2023.

Kedua-dua kejuaraan dunia itu kembali mencuri tumpuan peminat sukan permotoran tempatan ekoran terdapat penglibatan dua pelumba negara, Hafizh Syahrin (WorldSBK) dan Adam Norrodin (WorldSSP).

Untuk rekod, meskipun beraksi di kelas berbeza namun Hafizh dan Adam masing-masing mewakili pasukan MIE Racing Honda Team.

Namun, begitu perkembangan menarik berlaku di kem Adam Narrodin apabila Petronas disahkan sebagai penaja utama pasukan MIE-MS Racing Honda Team. 

Meskipun begitu, senarai tersebut tidak pula menyebut Petronas sebagai penaja utama MIE Racing Honda Team di kelas WorldSBK diwakili Hafizh Syahrin. 

MIE Racing dan Petronas pernah jalin kerjasama di MotoGP sebelum ini sebagai pasukan wildcard di Moto2 dan dari situ ramai yang mengjangkakan kerjasama berterusan akan berlaku. 

Namun, persoalan yang dibangkitkan kami ketika ini adalah kebarangkalian Petronas akan turut menaja pasukan Hafizh kelak? Jika itu berlaku, pastinya perkembangan pelumba negara terutamanya Hafizh cukup menarik untuk dipantu di WorldSBK musim ini. 

Adam akan beraksi dengan jentera Honda CBR600RR manakala Hafizh akan terajui Honda CBR1000RR-R Fireblade. 

Pengeluar motosikal UK, Triumph Motorcycles merupakan antara nama besar yang masih belum mempunyai pasukan di MotoGP.

Meskipun terlibat sebagai pembekal enjin di Moto2 di samping turut beraksi di SuperSport World Championship dan bakal sertai perlumbaan motocross dan enduro pada 2024, misi bersaing di Kejuaraan Dunia MotoGP masih tiada dalam perancangan. 

Perkara itu disampaikan Ketua Pegawai Produk Triumph Motorcycles, Steve Sargent, dalam temu bual terbaru bersama Crash.net.

Jelasnya, MotoGP merupakan dunia yang cukup berbeza berbanding kejuaraan dunia lain.

“MotoGP merupakan permainan yang berbeza terutamanya dari segi kewangan. 

“Tetapi ia bukan sahaja melibatkan faktor kewangan sahaja untuk berlumba malah perbelanjaan R&D dan usaha yang harus disertakan.

“Jadi fokus kami ketika ini adalah Moto2, SuperSport dan seterusnya motocross dan enduro,” jelasnya. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube