Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang lelaki tersadai tepi jalan selama enam hari selepas mengalami kemalangan motosikal di Thailand.

Lelaki tersebut, Withawat Nanthapetch, mengalami kecederaan serius ekoran daripada kemalangan itu lalu sukar untuk meminta bantuan di samping turut terperosok dalam kawasan semak.

Namun begitu, dia akhirnya ditemui dalam keadaan masih hidup selepas enam hari. 

Menurut laporan, Nanthapetch dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu.

Ahli keluarganya mula mencarinya selama empat hari dengan rakan-rakan turut memuat naik perkongsian di media sosial dalam usaha untuk mencarinya. 

Selepas gagal, rata-rata berpendapat mangsa telah pun meninggal dunia.

Bagaimanapun, pakcik Nanthapetch menjumpai motosikal anak saudaranya itu ditepi jalan Udon-Nong Bua Lamphu berhampiran lapangan terbang Udon Thani lalu menghubungi pihak berkuasa.

Anggota yang sampai juga terkejut kerana mangsa masih hidup meskipun alami kecederaan dan gigitan serangga selama enam hari. 

Harley-Davidson bakal mengumumkan barisan model 2023 pada 18 Januari ini sempena meraikan ulang tahun ke-120. 

Pengumuman tersebut akan dibuat secara strim langsung di laman web rasmi Harley-Davidson. 

Meskipun tidak didedahkan barisan model yang akan diperkenalkan namun laporan sebelum ini memberitahu bahawa antara model yang akan diumumkan termasuk varian Nighster baharu (Nightster S), CVO, Fat Bob 114, Heritage Classic 114 dan sebuah model Icon. 

Namun, maklumat nombor pengenalan kenderaan (VIN) yang difailkan di Amerika Syarikat baru-baru ini mengesahkan bahawa model 350cc yang dihasilkan di China akan turut diperkenalkan. 

Untuk rekod, model 350cc itu merupakan hasil kerjasama antara Harley-Davidson dan QJMotor. Selain model itu, turut bakal dipasarkan adalah model 500cc. 

Maklumat mengenai Harley X350 itu juga telah didedahkan hujung tahun lalu menerusi dokumen kelulusan di China. 

Dokumen itu memaklumkan bahawa X350 itu menawarkan 37hp dan datang dengan berat sekitar 195kg di samping mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 145km/j. 

Antara ciri lain didedahkan termasuk penggunaan tayar 120/70-17 depan dan 160/60-17 belakang dan pakej suspensi sama yang diambil daripada Benelli 302S.

Maklumat lebih terperinci mengenai model 350cc itu pastinya akan diketahui pada 18 Januari ini berserta barisan model lain. 

BMW Motorrad Malaysia mengumumkan ketibaan model cruiser mewah, BMW K 1600 B untuk pasaran tempatan dengan harga jualan asas RM173,500. 

Diperkenalkan julung kalinya pada 2010, jentera enam silinder itu kembali dalam barisan BMW Motorrad pada Mac tahun lalu sebelum dibawa ke pasaran Malaysia tahun ini.

Generasi terbaru K 1600 itu tampil dengan beberapa varian namun hanya varian Bagger diperkenalkan disini. 

Antara naik taraf terbesar dilaksanakan adalah di bahagian enjin bagi mencapai standard emisi Euro5.

Juga terdapat beberapa penambahbaikan lain termasuk ‘engine control’, sistem ‘knock sensor’ baharu dan ‘engine drag torque control’ baharu.

Meskipun platform tersebut masih lagi menghasilkan 160hp namun kuasa itu kini hadir pada RPM lebih rendah, 6,750rpm. Tork juga lebih tinggi, 180Nm pada 5,250rpm. 

Menemani angka kuasa itu termasuk pakej elektronik premium termasuk mod menunggang; Road, Dynamic dan Rain serta beberapa ciri lain antaranya Dynamic Traction Control, Hill Start Control dan ‘cruise control’. 

BMW K 1600 B ini juga dilengkapi dengan Gear Shift Assistant Pro, Reverse Assistant dan TPMS (tire pressure monitoring system) secara standard.

Selain itu, model ini juga datang dengan suspensi elektronik Dynamic ESA Next Generation dengan fungsi ‘auto levelling’ yang menyelaraskan suspensi depan dan belakang mengikut kesesuaian.

Menariknya, model baharu ini juga datang dengan panel meter TFT berwarna 10.25 inci yang turut dilengkapi fungsi ‘turn-by-turn navigation’. Turut disertakan adalah slot USB dan ruang letak telefon pintar. 

GALERI: BMW K 1600 B

Meskipun beberapa jenama dari China seperti CFMOTO, QJMotor dan Zontes memilih untuk kekal original dengan tidak meniru reka bentuk jenama lain namun masih terdapat banyak budaya “copy paste” yang diamalkan pengeluar lain dari negara itu.

Terbaru, Jiajue memperkenalkan CN 800 Zhen yang tampil dengan reka bentuk mirip Honda CB650R. 

Lebih memeranjatkan, bukan sahaja reka bentuk tampak sama malah kelengkapan lain juga kelihatan sama termasuk fork depan berwarna emas, sistem ekzos ‘underbelly’ dan reka bentuk bilah rim.

Meskipun begitu, CN 800 Zhen datang dengan suspensi KYB berbanding Showa pada CB650R. Namun, kedua-dua model ini datang dengan kaliper brek Nissin yang sama. 

Menariknya, walaupun rekaan tampak sama, namun Jiajue CN 800 Zhen datang dengan enjin lebih berkuasa menerusi platform empat silinder 796cc yang menjana 117hp dan 93Nm. Angka kuasa itu meletakkan CN 800 Zhen setaraf Yamaha MT-09. 

CN 800 Zhen juga dilengkapi panel meter TFT berbanding panel LCD pada CB650R. 

Walaupun datang dengan kelengkapan menarik, lebih tinggi berbanding Honda CB650R namun Jiajue tidak merancang untuk menjual model itu diluar pasaran China. 

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda Wave Alpha baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan asas RM5,179.

Menurut BSH, Honda Wave Alpha baharu ini telah dikemas kini bagi tahun 2023 termasuk bahagian enjin 110cc yang kini mencapai standard emisi Euro4 dan datang dengan teknologi “Programmed Fuel Injection”. 

Enjin tersebut menghasilkan 8.7hp pada 7,500rpm dan 8.67Nm pada 5,500rpm.  

Menariknya, model baharu ini juga datang dengan tangki yang lebih besar, 4.1L berbanding 3.7L sebelum ini sekaligus menyumbang kepada kecekapan bahan api yang paling efisien dalam kelasnya.

Menurut BHS, Wave Alpha baharu ini juga datang dengan lampu belakang yang telah direka semula agar lebih segar dan sporty.

Pada masa sama, model baharu ini juga lebih praktikal apabila ruang letak barang bawah tempat duduk kini lebih besar dengan 7.3L,

Honda Wave Alpha 2023 ini boleh didapati dalam tiga warna menarik; Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow.

Tahun lalu, Kawasaki Malaysia telah pun mengadakan sesi previu Kawasaki Ninja ZX-25R yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang sempena minggu MotoGP.

Acara itu bertujuan memberi peluang pada orang awam melihat dengan lebih dekat tawaran akan datang Kawasaki Malaysia untuk pasaran tempatan. 

Untuk rekod, Kawasaki Malaysia bakal melancarkan Ninja ZX-25R tahun ini sebagai model pemasangan tempatan (CKD). 

Pada waktu itu, kami diberitahu pada model tersebut akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Lantaran Malaysia telah pun memasuki kalendar 2023, ini bermakna pasaran negara semakin hampir untuk menerima Ninja ZX-25R. 

Difahamkan, model yang akan dipasarkan nanti adalah varian ABS SE, yang merupakan varian tertinggi yang ketika ini ditawarkan di negara jiran, Indonesia dan Thailand.

Lebih menarik, sekiranya dipasarkan secara CKD, model tersebut akan dijual sebagai Modenas Ninja ZX-25R ABS SE. Pihak Kawasaki Jepun juga sedang mempertimbangkan kebarangkalian itu selepas mengambil kira respon positif pasaran negara.

Dalam pada itu, Ninja ZX-25R yang akan dipasarkan nanti adalah berasaskan model dari Thailand. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube