Bikesrepublic

Berita Terkini

2016-Yamaha-Ego-Avantiz-color

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kini dengan rasminya melancarkan model automatik terbaru mereka iaitu Yamaha Ego Avantiz. Rekaan Yamaha Ego Avantiz ini adalah menarik dan  sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Hadir dalam Kuasa Yamaha Ego Avantiz ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Memandangkan ini adalah model automatik, maka daya tersebut dihantar ke tayar menerusi sistem automatik talisawat V(more…)

yamaha-mio-soul-gt

Sekilas pandang teaser yang dimuatkan oleh Yamaha Events Malaysia sudah cukup untuk mengesahkan bahawa model skuter Yamaha yang akan diperkenalkan pada 22 Julai ini adalah berasaskan model Yamaha Mio Soul GT yang telah diperkenalkan di Indonesia sebelum ini.

Yamaha-Avantis-challenger-gunmetal

Rekaan Mio Soul GT ini adalah sangat menarik dan sangat sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Kuasa Mio Soul GT ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Sistem suntikan bahanapi juga ada pada model ini dan Yamaha Indonesia memaklumkan bahawa sistem ini adalah 50% lebih jimat bahanapi berbanding enjin 125cc menggunakan karburator. (more…)

Benelli-TnT25_BLACK-Hitam-001

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) kini memperkenalkan warna baharu untuk model TnT25 iaitu warna Hitam. Sebelum ini, Benelli TnT 25 dua warna ditawarkan iaitu Merah dan Hijau. Pengenalan warna hitam ini menjadikan dua warna pilihan untuk barisan TnT25 dengan warna hijau telah digugurkan.

Benelli TnT25 menggunakan enjin silinder tunggal selain beberapa perubahan kecil dilakukan terhadap model baru ini seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, sistem gantungan teleskopik terbalik 41mm dan sistem pembrekan dengan cakera tunggal 280 mm.  (more…)

khairul-idham-pawi-german-696x464

Raja Litar Basah – ini adalah satu gelaran yang patut diberikan kepada Khairul Idham Pawi (KIP). Semasa menyaksikan perlumbaan ini di kaca TV, saya banyak kali mendengar pengulas berkata mengenai KIP yang sangat mahir dalam litar basah. Mereka berkata “apabila hari hujan dan perlumbaan dalam keadaan basah, kita akan terfikirkan KIP”. Ini menunjukkan ramai telah bersetuju dengan kemahiran pengendalian motosikal dalam keadaan basah oleh KIP.

KIP bermula pada kedudukan 20 pada permulaan perlumbaan dan meneruskan kemaraannya kedudukan pertama dengan hanya 4 pusingan sahaja. Keberanian dan kemahirannya mengendalikan motosikal dalam keadaan hujan yang masih turun sememangnya tidak dapat ditandingi oleh pelumba lain.

Pada pusingan ke 14, KIP sedikit tersasar ke luar litar pada selekoh pertama, dan nampaknya beliau perlu untuk memperlahankan sedikit mesinnya.  (more…)

unnamed(1)

Monster Yamaha Tech3 mengesahkan bahawa pelumba Perancis, Johann Zarco akan menyertai mereka untuk musim 2017 dalam siri MotoGP. Johann Zarco telah bermula pada 2009 sebagai pelumba dalam kategori 125cc. Beliau mendapat kedudukan terbaik di tempat kedua pada 2011.

Kini, beliau adalah pelumba dalam kategori Moto2 dan pada 2015 beliau merupakan juara dunia Moto2. Setakat ini, 11 kemenangan telah dicapai dengan 9 kedudukan permulaan pertama (pole) dan 14 kemenangan diatas podium.

Semoga terus maju Zarco!

Sumber: http://www.yamaha-racing.com/motogp/articles/news/2016/662070/zarco-to-join-motogp-with-tech33

teaser-Honda-CBR250RR-002

PT Astra Honda, Indonesia kini mempersembahkan iklan pendek model 250cc iaitu Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan hadir dengan enjin 250cc 2-silinder yang fokus kepada prestasi. Menurut jangkaan kami berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kami di blog-blog di seberang, Honda CBR250RR dijangkakan akan dilancarkan pada Ogos ini, kurang sebulan dari sekarang. Iklan pendek ini seperti mengesahkan perkhabaran tersebut.  (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube