Bikesrepublic

Berita Terkini

sepangcircuit

Shell dan Dorna Sports mengumumkan berita gembira dengan Shell telah memperbaharui tajaan mereka sehingga 2020. Ini bermakna selama 4 tahun berturut-turut iaitu pada 2017, 2018, 2019 dan 2020, tajaan ini adalah eksklusif kepada Shell sebagai penaja utama di MotoGP Sepang dengan nama Shell Malaysian Motorcycle Grand Prix.   (more…)

khairul-superkip
Khairul Idham Pawi aka SUPERKIP #89

Lima pelumba Malaysia akan beraksi di siri perlumbaan Moto2 dan Moto3 di Sepang hujung minggu ini pada 28-30 Oktober ini. SUPERKIP #89 akan beraksi dalam siri Moto3 bersama dengan Adam Norrodin #7. SUPERKIP atau Khairul Idham Pawi telah menunjukkan prestasi yang sangat baik pada tahun pertama kemunculannya dalam siri Moto3 dimana beliau telah menjuarai dua litar dalam keadaan hujan di Argentina dan Jerman(more…)

shell-advance-oil

Buat pertama kali dari mana-mana pihak pengeluar minyak pelincir enjin di negara ini, Shell Malaysia akan menawarkan servis tukaran minyak pelincir secara percuma kepada semua yang membeli minyak pelincir Shell Advance pada hujung minggu ini sempena MotoGP pusingan ke-17 di Sepang International Circuit (SIC).

Dengan nama rasmi Shell Advance Ride-Thru Service, servis percuma ini disediakan untuk beberapa motorsikal terpilih bawah 250cc. Proses penukaran minyak pelincir ini akan dilakukan dalam masa kurang dari 10 minit sahaja.

Sambil menunggu untuk servis percuma, pemilik-pemilik motorsikal boleh rehat dengan cukup selesa kerana Shell Malaysia akan menyediakan tempat menunggu yang sejuk disertakan dengan minuman ringan. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan servis mencuci visor topi keledar khas untuk penunggang motorsikal.

Proses penukaran minyak pelincir akan dilakukan oleh seramai 16 mekanik terlatih dari bengkel rasmi Shell agar para penunggang berasa senang hati dan yakin bahawa jentera-jentera mereka diservis oleh pihak yang berpengalaman.

Minyak pelincir Shell Advance boleh dibeli di tempat letak kereta P1 atau di Welcome Centre, Sepang International Circuit (SIC).

Program ini akan dijalankan di tempat letak kereta P1, bertentangan dengan pintu masuk SIC yang menuju ke arah Welcome Centre. Beberapa papan tanda akan ditempatkan menuju ke arah tempat letak kereta P1 untuk membantu para penunggang sampai ke tempat servis Shell Advance dengan mudah.

Servis penukaran minyak pelincir ini akan bermula pada hari Jumaat ini (28 Oktober 2016) hingga Ahad (30 Oktober), dari 9 pagi hingga 5 petang.

Para pelanggan juga akan mendapat peluang untuk memenangi sesuatu yang istimewa dari “Wheel of Fortune” dimana mereka boleh memenangi hadiah-hadiah yang cukup istimewa seperti ‘Steam Wash’ percuma setelah motorsikal mereka selesai diservis.

Tekan sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd membawakan sesuatu yang istimewa kepada peminat pasukan Suzuki ECSTAR dengan model mini jentera perlumbaan mereka ini di MotoGP Sepang. (more…)

2017-yamaha-yzf-r3-white

Yamaha kembali seperti biasa setiap tahun dengan mengemaskini grafik pada jentera-jenteranya dan kini model YZF-R3 mendapat grafik yang lebih segar. Terdapat 3 pilihan warna bagi pengguna di Amerika Syarikat iaitu warna Race-Blu, hitam dan warna putih.  (more…)

cal-crutchlowMotoGP

Cal Crutchlow dari LCR Honda menjadi juara pertama pelumba British di Philip Island setelah Marc Marquez terbabas. Manakala di tempat kedua adalah Valentino Rossi yang bermula dari petak ke-15. Tempat ketiga pula dari pelumba Suzuki iaitu Maverick Vinales. Musim ini menyaksikan tempat 1, 2 dan 3 tidak didominasi oleh pelumba yang sama yang menjadikan perlumbaan lebih menarik dan menunjukkan bahawa setiap pelumba dalam MotoGP adalah bertaraf kelas dunia yang mampu menang.  (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube