Bikesrepublic

Berita Terkini

Ducati Multistrada V4 Rally (2026) telah didedahkan, dan menampilkan beberapa penyemakan berbanding versi pertama yang dilancarkan hanya 3 tahun lalu.

Sebelum kita teruskan, tarik nafas sedalam-dalamnya (dan lebih dalam lagi) kerana motosikal baharu ini dilengkapi dengan hampir segala-gala ciri dalam abjad.

Ciri-ciri utama

  • Masih dikuasakan oleh enjin V4 Granturismo 1158cc yang rancak, yang menghasilkan 170 hp pada 10,750 RPM dan 121 Nm pada 8,750 RPM.
  • Ducati mengatakan ia menyampaikan “keluk tork yang sangat linear,” tetapi kami tertanya-tanya adakah itu bermakna mereka telah menangani penghantaran kuasa enjin yang sedikit lemah pada putaran dan kelajuan rendah.
  • Seperti model Panigale V4/V4 S, Multistrada V4/V4 S, dan Diavel V4/V4 S, enjin ini menyahaktifkan barisan silinder belakang semasa berhenti dan pada putaran rendah, untuk menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan.
  • Granturismo V4 mempunyai sistem injap konvensional, berbeza dengan sistem Desmo Ducati, jadi selang penyelenggaraan jarak injap ditetapkan pada 60,000 km.
  • Bagi servis, selangnya adalah setiap 15,000 km.
  • Untuk meningkatkan keupayaan luar jalan, suspension pada Rally ini mempunyai jarak 200 mm untuk kedua-dua gandar hadapan dan belakang, yang meningkatkan kelegaan tanah kepada 230 mm.
  • Ducati Multistrada V4 Rally (2026) menampilkan gantungan separa-aktif elektronik Marzocchi baharu, dipanggil Adaptive DSS Evo.
  • Ia membolehkan pelarasan prabeban dan redaman mampatan hidraulik serta lantunan bagi fork depan dan penyerap hentakan belakang.

  • Penderia juga boleh mengenal pasti jika anda menunggang di atas bonggol atau memasuki lubang, dan melaraskan redaman sewajarnya. (Sangat sesuai untuk jalan raya Malaysia!)
  • Suspensi ini dilengkapi dengan ciri larasan automatik (ALD) yang menurunkan ketinggian tempat duduk motosikal apabila kelajuan jatuh di bawah 9 km/j – bagus untuk menunggang dalam keadaan off-road atau menunggang melalui kesesakan lalu lintas.
  • Ia kemudian kembali ke ketinggian normal apabila anda mencapai 20 km/j di luar jalan, atau 45 km/j di atas jalan raya.
  • Pelarasan suspensi boleh dibuat semasa motosikal sedang bergerak.
  • Algoritmanya berfungsi bersama-sama dengan Unit Pengukuran Inersia (IMU), yang seterusnya menghantar data kepada unit kawalan atau servo ABS, ECBS, EBC, DTC, DWC, ACC, BSD, BSW, FCW, BLE. Tapi tunggu, tiada fungsi karaoke? (Bergurau sahaja.)
  • Ciri-ciri elektronik lain termasuk Sistem Brek Gabungan Elektronik, dan Kawalan Pelayaran Adaptif yang menggunakan radar motosikal.
  • Radar itu juga menjalankan ciri pengesanan titik buta dan amaran perlanggaran hadapan.
  • Skrin TFT berukuran 6.5 inci dan melaluinya, anda boleh memilih mod penunggaan anda, Ducati Connect, kawalan gantungan, dan banyak lagi.

  • Ducati memberi banyak perhatian kepada aerodinamik semestinya, bukan hanya untuk motosikal MotoGP mereka. Oleh itu, Multistrada V4 Rally mempunyai pembelok angin hadapan yang meningkatkan perlindungan untuk penunggang dan pembonceng.
  • Skrin pelindung angin juga 40 mm lebih lebar dan 20 mm lebih tinggi.
  • Selain itu, kedudukan pemasangan pannier telah disemak untuk “memberikan lebih banyak ruang kepada pembonceng.”
  • Roda adalah jenis aluminium berjejari.
  • Akhir sekali, motosikal ini dilengkapi dengan tangki bahan api 30 liter.

Pilihan warna adalah Ducati Red/Brushed Aluminium dengan roda jejari hitam, dan Jade Green/Brushed Aluminium dengan roda berjejari emas.

Harga Ducati Multistrada V4 Rally (2026) bermula daripada USD31,995 (lebih kurang MYR135,194.81).

Juara MotoGP, Marc Marquez, tidak akan mengambil bahagian di MotoGP Malaysia 2025 setelah mengalami patah tulang dan kecederaan ligamen pada bahu kanan dalam kemalangan di Grand Prix (GP) Indonesia, menurut pasukannya Ducati. Beliau akan juga mengecualikan diri di Australia.

Ducati menyatakan Marquez : “Mengalami patah tulang di pangkal proses korakoid dan kecederaan ligamen pada bahu kanan.

“Pemeriksaan klinikal dan penilaian radiologi menolak sebarang kaitan dengan kecederaan terdahulu dan menggesahkan tiada peralihan tulang yang signifikan.”

Marquez masih berkemungkinan untuk beraksi di GP Portugal (7–9 November) dan Valencia (14–16 November), namun beliau menegaskan bahawa dia tidak akan tergesa-gesa dalam proses pemulihan.

“Matlamat saya untuk kembali sebelum musim berakhir, tetapi tanpa tergesa-gesa melangkaui nasihat doktor,” kata pelumba Sepanyol itu.

“Kedua-dua matlamat peribadi dan pasukan telahpun dicapai, jadi keutamaan sekarang ialah pulih dengan betul dan kembali pada tahap 100%.”

Motosikal Marquez telah dirempuh oleh pelumba pasukan pengilang Aprilia, Marco Bezzecchi ketika di dalam perlumbaan utama di litar Mandalika, Indonesia. Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang terpelanting ke kawasan kerikil pada kelajuan tinggi, dengan Marquez kelihatan kesakitan selepas berpusing ke udara sebelum jatuh.

Marquez yang memenangi kejuaraan MotoGP ketujuhnya di GP Jepun bulan lalu, dilihat membongkok kesakitan di tepi litar selama beberapa minit sebelum perlahan-lahan bangkit sambil memegang bahunya.

Kecederaan kali ini berlaku pada bahu sama dengan lengan yang pernah patah di GP Sepanyol 2020 di Jerez, insiden yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang dan menjalani beberapa siri pembedahan.

Sebuah Yamaha LC135 mendapat bidaan RM150, manakala sebuah Perodua Myvi mendapat bidaan RM26,00 menerusi Lelongan Awam Siri 2/2025 anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur. Harga-harga bidaan tersebut masing-masing merupakan yang terendah dan tertinggi.

Sebanyak 149 kenderaan berjaya dilelong dengan kutipan keseluruhan mencecah RM257,100.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, sebanyak 150 kenderaan ditawarkan untuk lelongan awam ini yang berlangsung berlangsung di sini, hari ini.

“Program ini merupakan inisiatif berterusan JPJ dalam pengurusan aset sitaan secara telus dan berintegriti.

“Pada masa sama, ia memberi peluang kepada orang awam untuk memiliki kenderaan pada harga berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hamidi berkata, daripada 150 kenderaan ditawarkan untuk lelongan itu membabitkan 128 motosikal, 13 kereta, tiga van dan enam lori rigid.

“Lelongan awam ini turut menunjukkan minat dan penyertaan aktif daripada orang awam.

“Rekod pelaksanaan juga menunjukkan peningkatan dari segi penyertaan awam serta keberkesanan program yang dijalankan secara berkala,” katanya.

Menurutnya, ketika Lelongan Awam Siri 1/2025 pada 21 Mei lalu yang menawarkan 124 kenderaan dan semuanya berjaya dilelong dengan kutipan hasil RM237,000.

Katanya, ia membabitkan bidaan tertinggi pada harga RM27,000 bagi lori rigid tipper/dumper serta bidaan terendah RM200 untuk motosikal untuk sekerap.

“JPJ WPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidi berkata, orang awam digalakkan untuk mengikuti saluran rasmi JPJ bagi maklumat terkini mengenai lelongan akan datang.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 16 akaun syarikat dan 25 akaun bank individu yang terbabit dalam siasatan penyeludupan tayar serta pemalsuan dokumen import dan eksport tayar.

Badan itu telah memberikan kemaskini dan perkembangan terbaharu setelah menjalankan sitaan melalui Op Grip pada 29 September 2025.

Dalam sitaan terbaharu itu, SPRM melalui Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) juga menyita empat aset tak alih bernilai kira-kira RM13 juta. Jumlah di dalam akaun-akaun bank yang dibekukan dinilaikan sehingga RM70 juta.

Dalam perkembangan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, berkata SPRM kini membuka kertas penyiasatan tatakelola berkaitan kes itu.

“Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) akan melakukan siasatan dokumen berkaitan perolehan tayar-tayar kerana didapati tayar-tayar ini tidak didaftarkan serta ada unsur penyeludupan atau import tidak sah yang boleh menyebabkan risiko keselamatan pengguna,” katanya di sini hari ini.

BH kelmarin melaporkan, SPRM membekukan dan menyita sejumlah aset bernilai RM83 juta dalam Ops Grip membabitkan siasatan penyeludupan tayar yang mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit cukai kerajaan.

Antara yang dibekukan ialah akaun-akaun bank persendirian dan akaun syarikat-syarikat dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM70 juta.

Aset lain yang disita kerana disyaki diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram ialah enam lot tanah yang dijadikan tapak untuk gudang/kontena bernilai RM4.5 juta dan dua unit rumah teres dua tingkat dengan nilai anggaran RM2 juta.

Turut disita ialah satu unit rumah jenis ‘townhouse’ dengan nilai anggaran RM2 juta dan satu unit rumah kedai empat tingkat bernilai RM4 juta.

Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor (JPJ) akan melelong sebanyak 200 kenderaan pelbagai jenis pada 5 November ini. Jualan lelongan awam itu akan dijalankan di pekarangan Dewan Setia, JPJ Selangor, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

JPJ Selangor turut memaklumkan bahawa kenderaan yang dilelong dibahagikan kepada dua kategori iaitu boleh dilesenkan dan tidak boleh dilesenkan.

Dokumen tawaran yang mengandungi butiran kenderaan dan syarat khas jualan boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ Selangor mulai 29 Oktober hingga 4 November dari jam 10 pagi hingga 4 petang dengan bayaran RM100 tunai bagi setiap salinan.

“Orang ramai yang berminat perlu membawa kad pengenalan asal atau salinan semasa pembelian dokumen tawaran lelongan awam.

“Selepas pembayaran, dokumen tawaran boleh dituntut di Bahagian Penguatkuasa dengan membawa resit asal sebagai bukti pembayaran,” kata JPJ dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPJ Selangor memaklumkan lelongan ini terbuka hanya kepada warganegara Malaysia manakala kenderaan yang bakal dilelong akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 3 dan 4 November dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada JPJ Selangor di talian 03-55669454,” katanya.

Terdapat warna baharu untuk Yamaha MT-09 2025, dipanggil Lightning Blue. Warna Tech Black yang sebelumnya masih dikekalkan.

MT-09 merupakan model yang telah lama berada di pasaran sejak dilancarkan pada 2014, dan telah melalui beberapa kali kemas kini. Namun yang lebih penting ialah harganya yang berpatutan untuk motosikal sekitar 900cc.

Yamaha menyatakan bahawa rangka belakang motosikal ini telah dirombak semula, bersama kadar spring suspensi.

Selain itu, semua komponen lain kekal tidak berubah, termasuk enjin 890cc tiga silinder sebaris yang menghasilkan 117 hp (87.5 kW) pada 10,000 RPM dan 93.0 Nm pada 7,000 RPM. Tambahan lagi, motosikal ini mempunyai mod menunggang yang boleh disesuaikan melalui fungsi Yamaha Ride Control (YRC), panel suis yang senang dicapat, dan kawalan jelajah (cruise control).

Warna baharu ini akan mula ditawarkan di semua pengedar sah Yamaha Big Bike di seluruh negara mulai 9 Oktober 2025, dengan harga runcit disyorkan RM57,998.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Galeri foto

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube