- Jonathan Rea yang menunggang jentera Kawasaki Ninja ZX-10RR WorldSBK 2018-nya itu telah menetapkan catatan masa terpantas pada sesi ujian hari Jumaat di Jerez, Sepanyol pada minggu lalu.
- Juara WorldSBK tiga kali itu lebih pantas daripada ke lapan-lapan orang penunggang MotoGP yang lain yang telah mengadakan ujian jentera masing-masing pada hari Jumaat itu.
- Sesi ujian empat hari itu berkesudahan dengan Rea mencatat masa keempat terpantas yang hanya 0.323 saat di belakang Andrea Dovizioso yang menunggang jentera Ducati Desmosedici MotoGP-nya.