Aprilia baru sahaja melancarkan jentera yang akan bertanding dalam kejuaraan MotoGP 2017. Aprilia bersama dua pelumba terbaru bagi musim tahun ini adalah Sam Lowes dari United Kingdom dan Aleix Espargaro dari Sepanyol.
Sejak penyertaan semula pengeluar motorsikal berkuasa tinggi dalam MotoGP, mereka telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran untuk bertanding bersama motor-motor yang laju terutama dari Honda dan Yamaha. Tahun ini, mereka akan mencuba sekali lagi untuk berada di tapak hadapan dengan jentera dan pelumba baru. (more…)