- Triumph Motorcycles baru sahaja melancarkan rangkaian motosikal terkini mereka, Triumph Tiger 800 XC dan XR 2018 di EICMA 2017 di Milan.
- Rangkaian Tiger 2018 yang serba baru telah dikemaskini secara meluas dengan lebih daripada 200 pengemaskinian pada bahagian casis dan enjin.
- Mengorak setapak lebih jauh ke hadapan ke masa depan permotosikalan, motosikal Tiger 800 terbaru ini bercirikan panel instrumen TFT terbaru, lampu LED keseluruhan, kawalan bersiar baru dan pelbagai lagi ciri-ciri yang lain.