Bikesrepublic

Qianjiang Motorcycle

Baru-baru ini, Benelli membuat kejutan apabila mendedahkan bakal memperkenalkan beberapa model baharu tahun ini antaranya TRK800, 600RR dan 600GT.

Bagaimanapun, jenama motosikal Itali itu – meskipun dikilangkan di Wenling, China – dikhabarkan akan menghasilkan sebuah motosikal jenis touring yang tampak seiras dengan BMW RT1250.

Menggunakan enjin 1200cc, model baharu ini – yang dilabelkan sebagai QJ1200-3 – didakwa menghasilkan 134hp dan dijangka akan diperkenalkan di EICMA, hujung tahun ini.

Berdasarkan maklumat yang disebarkan, jentera terbabit berkemampuan mencapai kelajuan maksima sekitar 220km/j.

Difahamkan, jentera ini akan dipasarkan pada 2021.

Adakah rakyat Malaysia akhirnya akan mendapat sebuah jentera segmen GT namun dengan harga mampu milik berbanding yang ditawarkan jenama lain?

Zhejiang Qianjiang Motorcycle Group Co – pemilik jenama Benelli – mendedahkan beberapa perkara bagi tahun 2020 ketika sesi penyampaian syarikat itu, baru-baru ini.

Selain daripada mendedahkan kerjasama dengan Harley Davidson dalam menghasilkan HD 338, Qianjiang Motorcycle turut bakal memperkenalkan beberapa model baharu – Benelli TRK800, 600RR dan Imperiale 530.

Berdasarkan penyampaian tersebut, Benelli akan melancarkan TNT600i pada Februari, TKR 502X 2020 pada Mac dan Leoncino 800 pada hujung April tahun ini.

Bermula bulan Mei ke atas, Benelli akan memperkenalkan beberapa model baharu antaranya 600N dan 600RR.

Sementara bulan Jun akan menyaksikan pendedahan dua model baharu, HD 338 dan sebuah motosikal 250cc – maklumat terperinci tidak didedahkan.

Bagaimanapun, bulan September bakal menjadi fokus utama apabila Benelli akan memperkenalkan TRK 800 selepas mendedahkan Leoncino 800 di EICMA, November tahun lalu.

Difahamkan, TRK 800 akan menggunakan enjin parallel twin 754cc yang menghasilkan 81hp.

Kemudian pada bulan November, Benelli akan memperkenalkan 600RR versi touring yang dinamakan 600GT.

Benelli TRK502

Meskipun tidak semegah jenama motosikal Itali lain seperti Ducati dan Aprilia namun Benelli berjaya merekodkan penjualan lebih 63,000 unit bagi tahun 2019.

Siapa sangka jenama yang suatu ketika dulu menghasilkan senapang patah, kini berjaya merekodkan penjualan lebih tinggi berbanding Ducati bagi 2019.

Meskipun DNA Itali semakin pudar – setelah dimiliki Qianjiang Motorcycle – angka penjualan terbabit membuktikan orang ramai tidak peduli dengan senario tersebut.

Malah, jumlah penjualan tersebut turut meningkat berbanding 59,750 pada 2018.

Kos pengeluaran yang rendah – susulan dikilangkan di China – sekaligus membawa kepada harga mampu milik termasuk rekaan jentera moden membolehkan Benelli semakin mendapat perhatian ramai.

Menariknya, langkah ini juga kini diekori pengeluar lain antaranya KTM, Triumph dan kini Harley Davidson yang bekerjasama dengan Qianjiang Motorcycle dalam menghasilkan jentera yang lebih kecil.

Harley Davidson HD338

Bagaimanapun, tidak dinafikan, Benelli merupakan pengeluar motosikal Eropah pertama yang mengambil langkah berani ini.

Pembukaan kilang di India – pasaran motosikal terbesar dunia – juga dilihat akan terus memacu penjualan Benelli bermula dengan Benelli 302S yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Benelli Leoncino Trail 800

Bagi tahun 2020, Benelli dijangka akan memperkenalkan Leoncino Trail 800 selepas diperkenalkan kepada dunia di EICMA, November tahun lalu.

Segmen 500cc turut rancak di Malaysia tatkala Benelli menawarkan dua model menarik, TRK 502 dan Leoncino 500 – kedua dua model ini juga ditawarkan dalam versi 250cc.

Harley-Davidson bersama rakan kongsi di China, Qianjiang Motorcycle Co difahamkan telah pun menandatangani pengesahan rekaan untuk menghasilkan projek ‘HD350’ di China.

Difahamkan, jentera ‘baby Harley’ ini akan dilancarkan hujung tahun 2020 di pasaran China sebelum menawarkan jentera tersebut ke pasaran dunia.

Kerjasama di antara pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu bersama Qianjiang Motorcycle – pemilik jenama Benelli – merupakan langkah baharu dalam menawarkan jentera untuk pasaran yang lebih luas.

Difahamkan, HD350 akan didatangkan dengan enjin 338cc parallel twin.

Berdasarkan gambar yang diedarkan beberapa bulan lalu, jentera tersebut kemungkinan akan berkongsi kerangka sama dengan Benelli 302S.

(SUMBER: Bikedekho)

Benelli telah mencatatkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus bagi penjualan motosikal separuh pertama 2019 sekaligus beri bayangan mahu kembali perkukuhkan nama selaku pengeluar motosikal Itali tertua di dunia.

Benelli mungkin berdepan pelbagai cabaran untuk kembali memperkukuhkan jenama selaku pengeluar motosikal tertua di dunia namun mereka mampu menarik nafas lega apabila merekodkan penjualan memberangangkan ketika separuh pertama 2019.

Membuat kemunculan pertama sejak 1911, jenama Benelli hampir terkubur sebelum diselamatkan syarikat pengeluar motosikal China, Qianjiang Motorcycle.

Meskipun pembuatan keseluruhan tubuh Benelli kini dilakukan sepenuhnya di China namun DNA Benelli tetap diteruskan menerusi ibu pejabat yang terletak di Pesaro, Itali.

Kini jenama itu terbukti kembali mendapat kepercayaan peminat dua roda seluruh dunia apabila merekodkan penjualan sebanyak 43,137 unit bagi tahun 2018 berbanding hanya 10,000 unit terjual pada 2015.

Memasuki separuh pertama 2019, Benelli telah pun merekodkan penjualan lebih 23,578 unit.

Menariknya, angka ini disumbang oleh penjualan di benua Eropah terutamanya di Itali – yang sebelum ini lebih memandang jenama terkenal lain antaranya Ducati dan Aprilia.

Dalam perkembangan lain, Benelli turut akan memperkenalkan Benelli TNT 600 bagi mencabar pasaran yang didominasi Kawasaki Z650, Honda CBR650R dan Yamaha MT-07.

Benelli TNT 600 dijangka bakal membuat penampilan di EICMA, hujung tahun ini.

(SUMBER: VisorDown)

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley-Davidson (HD) akan menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle untuk menghasilkan enjin bersaiz kecil bagi pasaran Asia.

Hari ini telah disahkan bahawa jentera tersebut bukanlah sebuah cruiser sebaliknya motosikal jenis naked bike yang akan dijana dengan enjin 338cc parallel-twin dengan cecair penyejuk.

Harley-Davidson (HD) baru-baru ini telah menyiarkan gambar sebuah prototaip yang dijangka bakal menjadi jentera yang akan dipasarkan pada tahun 2020.

Daripada gambar yang dikongsikan, jelas HD mengambil pendekatan baharu dengan mengetepikan pengayaan cruiser yang sinonim dengan jenama itu.

Struktur kerangka trellis dan enjin parallel twin cylinder dengan cecair penyejuk akan dihasilkan di fasiliti Qianjiang di China.

Meskipun tiada maklumat yang lebih terperinci ketika ini namun berdasarkan gambar semata-mata, menunjukkan bahawa jentera ini akan didatangkan dengan ‘upside-down fork’ di bahagian depan dan monoshock di bahagian belakang.

Difahamkan, ‘dual channel ABS’ turut akan didatangkan secara standard.

(SUMBER: GaadiWaadi)

Dalam usaha untuk menembusi pasaran Asia dengan motosikal bersesaran 250 hingga 500cc, Harley Davidson telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar motosikal China.

Harley Davidson mengumumkan bahawa mereka akan bergandingan dengan Qianjiang Motorcycle dalam menghasilkan dua model motosikal berenjin kecil yang akan mula dijual tahun depan di bawah jenama Harley.

Harley mensasarkan untuk memasarkan motosikal pertama di China terlebih dahulu sebelum beralih ke pasaran Asia lain.

Qianjiang merupakan anak syarikat milik Geely, yang merupakan pemilik Volvo dan ada menjalinkan kerjasama untuk memasang kereta di China dengan anak syarikat Mercedes-Benz, Daimler.

Kenapa China? Harley Davidson melihat negara dengan penduduk seramai 1.6 bilion itu memiliki pasaran motosikal yang besar dan mampu membantu meningkatkan penjualan.

Tahun lalu, Harley Davidson terpaksa tutup kilang pemasangan di Missouri tatkala penjualan di AS semakain merudum.

Pada masa sama, Harley Davidson memindahkan beberapa kilang ke Thailand susulan tarif Kesatuan Eropah (EU) terhadap motosikal yang dieksport dari Amerika Syarikat.

EU meningkatkan tarif daripada 6 peratus ke 31 peratus Jun lalu sebagai tindak balas terhadap tindakan Presiden AS, Donald Trump yang memperkenalkan tarif pada import besi dan aluminium.

Kilang di Thailand akan menghasilkan motosikal berenjin kecil bagi penjualan di pasaran Asia. Kilang terbabit akan mula mengeksport motosikal ke China pada hujung tahun ini.

Tindakan Harley Davidson – yang dianggap sebagai ikon Amerika Syarikat – turut menerima tempelak Trump yang tidak berpuas hati dengan arah tuju baharu syarikat itu.

Trump turut menggesa rakyat AS untuk memboikot jenama Harley Davidson.

Motosikal Benelli – yang dijual di Malaysia ketika ini – merupakan salah satu anak syarikat milik Qianjiang Motorcycle.

(SUMBER: CNN)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube