Bikesrepublic

Nombor plat fancy

Penggunaan nombor plat terlampau fancy merupakan antara kesalahan dilakukan oleh penunggang motosikal dalam Op Lejang yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di susur masuk Plaza Tol Senawang di sini malam tadi.

Operasi selama lima jam bermula pukul 12 tengah malam itu diadakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Bandaraya Seremban dengan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal bagi mengekang aktiviti lumba haram.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, ramai yang beranggapan penggunaan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi tidak penting daripada segi keselamatan jalan raya.

“Dalam operasi ini, kami menemukan pelbagai jenis nombor plat yang menyalahi peraturan termasuk ada yang berkilat, ada hanya sebesar dua jari, malah ada juga pemilik motosikal yang berani menunggang tanpa mempamerkan langsung nombor pendaftaran.

“Jika berlaku kemalangan, ia akan menyusahkan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan sama ada pemilik motosikal yang melanggar atau dilanggar,” katanya.

Jelas Hanif Yusabra, tindakan mereka juga seolah-olah cuba mengaburi mata pihak berkuasa jika dikesan melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat atau melakukan aksi berbahaya.

“Sebanyak 68 motosikal diambil tindakan oleh JPJ atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai ekzos dan penggunaan nombor plat fancy.

“Selain itu, sebanyak 102 notis  telah dikeluarkan termasuk menyita lima motosikal dan 89 saman,” katanya. 

Seorang anggota polis telah dikenakan tindakan saman apabila didapati menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan menggunakan nombor plat ‘fancy’.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak selepas tular video rakaman menerusi aplikasi Tik Tok yang dimuat naik akaun @haikaliskandar.

“Kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap anggota terbabit dengan mengeluarkan saman trafik bagi kedua-dua kesalahan berkenaan.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan ditetapkan,” jelasnya.

Difahamkan, anggota polis dari Balai Polis Ampang itu sedang melakukan rondaan sewaktu dirakam melakukan kesalahan tersebut.

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube