Bikesrepublic

Adakah Kelebaran Tayar Penting?

Sama seperti kebanyakan bahagian pada motosikal, kelebaran tayar merupakan satu perdebatan yang “abadi.” Terdapat motosikal dengan kapasiti kecil dan kuasa enjin yang lebih rendah tetapi dipadankan dengan saiz tayar yang lebar, manakala terdapat beberapa motosikal yang lebih berat dan engin yang berkuasa tetapi dilengkapi dengan tayar yang lebih kurus (sempit).

Tetapi apa yang sebenarnya menarik perhatian kami untuk menulis artikel ini ialah melihat motosikal yang dipasang dengan tayar yang amat kurus, yang juga dikenali sebagai tayar sotong.

Tetapi adakah tayar yang lebih lebar mempunyai permukaan yang lebih besar dan oleh itu memberikan cengkaman yang lebih baik? Tanggapan itu tidak salah, tetapi ia sedikit lebih kompleks daripada itu. Mari kita lihat.
Tayar Lebar

Kelebihan

  • Lebih potensi cengkaman terutamanya semasa membelok.
  • Membolehkan kelajuan yang lebih tinggi di selekoh.
  • Membolehkan sudut mereng yang lebih banyak apabila membelok.
  • Lebih stabil.
  • Mampu tampung lebih kuasa enjin.
  • Membolehkan pembukaan pendikit yang lebih agresif ketika mengambil selekoh.
  • Lebih selamat untuk membrek ke dalam selekoh.
  • Membolehkan kita membrek dengan lebih keras.

Kekurangan

  • Biasanya lebih mahal.
  • Terasa “lebih berat” untuk dikemudi.
  • Meninggalkan lebih banyak bahagian yang tidak digunakan khususnya di tepi kerana tidak mengambil selekoh dengan tajam.
  • Sudut mereng motosikal lebih jauh apabila mengambil selekoh, berbanding tayar yang lebih kurus.
  • Lebih banyak jisim (keberatan) bermakna lebih banyak kuasa diperlukan untuk pecutan (rintangan bergolek).
  • Lebih banyak jisim juga bermakna suspensi dan brek perlu bekerja lebih keras.
Tayar Kurus

Kelebihan

  • Biasanya lebih murah.
  • Lebih mudah untuk mengemudi.
  • Lebih mudah untuk menggunakan keseluruhan tayar.
  • Rintangan bergerak yang kurang untuk pecutan lebih pantas dan penggunaan bahan api yang lebih rendah.
  • Dapat mengurangkan kekuatan spring dan redaman suspensi.
  • Motosikal tidak mereng sebanyak ke dalam selekoh pada kelajuan tertentu berbanding tayar yang lebih lebar.

Kekurangan

  • Kurang potensi cengkaman sisi, mengehadkan kelajuan selekoh dan sudut condong.
  • Motosikal berasa kurang stabil.
  • Tidak boleh membuka pendikit dengan agresif apabila motosikal dimerengkan.
  • Tidak boleh membrek dengan agresif.

Terdapat juga satu faktor untuk memasang tayar yang lebih lebar, iaitu gaya. Bagi kebanyakan penunggang motosikal, tayar belakang yang lebih lebar menjadikan motosikal itu kelihatan lebih agresif, lebih sporty. Tetapi dalam pengalaman kami menguji hampir setiap motosikal di pasaran, mempunyai tayar yang lebih lebar atau lebih kurus sebenarnya tidak penting. Ada kalanya tayar yang lebih lebar sebenarnya terasa keras di atas jalan awam.

Kembali kepada subjek tayar sotong, ia sebenarnya digunakan untuk pecutan garis lurus, seperti yang dilihat pada perlumbaan drag (dipanggil “sprint” di Malaysia). Mereka mungkin bagus untuk perlumbaan seperti itu kerana tiada selekoh, namun ia berbahaya di jalan raya. Itu kerana tayar terlalu kurus tidak dapat memberikan ruang untuk membrek kecemasan dan membelok. Tambahan lagi, profil yang rendah juga berisiko merosakkan rim akibat bonggolan tajam. Penulis ini sendiri pernah menyaksikan tayar sotong pada sebuah motosikal di hadapan meletup dan akibatnya penunggang itu tidak dapat mengawal motosikal.

Sebaliknya, kami juga menemui tayar yang terlalu lebar untuk saiz rim tertentu. Contohnya tayar dengan kelebaran 180 keratan pada rim untuk kelebaran 160 – disebabkan oleh salah tanggapan bahawa tayar yang lebih lebar bermakna lebih cengkaman. Tayar yang terlalu lebar akan menyebabkan bebibir rim mencubit tayar, dan menghasilkan tapak cengkaman yang sebenarnya LEBIH KECIL daripada yang disyorkan.

Sebagai kesimpulan, perkara terbaik ialah mematuhi cadangan pengeluar motosikal dan tayar. Ingin lebih cengkaman? Pilih satu dengan kompaun yang lebih lembut. Mahu lia tahan ebih lama? Pilihlah tayar sport-touring.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube