- Kawasaki telah merancang aktiviti yang hebat sempena pusingan Shell Malaysia MotoGP 2017 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (27 Oktober – 29 Oktober 2017).
- Gerai pameran Kawasaki yang telah disediakan akan memperagakan ke semua rangkaian motosikal Kawasaki, termasuklah model Ninja ZX-10R, Ninja ZX-10RR, Ninja H2 dan H2R.
- Konvoi besar-besaran melebihi 300 orang pemilik motosikal Kawasaki akan berhimpun di Padang Merbok sebelum menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan MotoGP.