- Telah tersebar desas-desus yang mengatakan bahawa Jabatan Polis Dubai bakal menggunakan bantuan hoverbike sebagai sebahagian daripada kelengkapan pasukan petugasnya dalam masa yang terdekat.
- Menurut sebuah syarikat dari Russia, Hoversurf International, hoverbike buatan istimewa mereka telah lulus ujian ekstrim bahang haba dan debu.
- Jentera satu pelana janaan elektrik itu menggunakan empat kipas helikopter mini yang mampu menanggung beban sekitar 300kg sewaktu bergerak pada kelajuan 40km/j selama 25 minit pada satu-satu masa.