- Ketika pusingan terbaru Cub Prix Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu di MAEPS, Serdang, ruangan pameran Boon Siew Honda telah
mempamerkan beberapa buah motosikal supercub Honda RS150R yang amat istimewa. - Sepasang motosikal Honda RS150R telah diperagakan pada petang Ahad menggayakan warna yang amat berbeza dan unik sekali, Hitam dan Putih dengan sedikit warna Merah dan Biru.
- Kakitangan BSH menyatakan bahawa warna ini masih lagi dalam tahap konsep buat masa ini namun akan boleh didapati pada masa hadapan jika ke semua maklumbalas dan kaji selidik mendapat reaksi positif (yang kami rasa ianya sudah pasti).