-
Boon Siew Honda baru sahaja mengumumkan kapcai terbaru mereka iaitu 2017 Honda Wave 125i
-
Honda Wave 125i mempunyai ciri-ciri premium penambahbaikan dari segi rupa, keselesaan dan juga prestasi pengunaan petrol
-
Enjin 125cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI diiktiraf Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) mampu bergerak lebih dari 300km bagi setiap tangki petrol 5.4 liter
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan 2017 Honda Wave 125i hari ini. Motorsikal kapcai dengan pelbagai ciri-ciri premium menambahkan lagi keselesaan menunggang dan kecekapan bahan api.