Bikesrepublic

Tindakan Tegas Pada Rakyat Kelantan Bagi Pinjam Kenderaan Pada Etnik Rohingya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan tindakan tegas pada rakyat tempatan yang didapati meminjamkan kenderaan mereka kepada etknik Rohingya yang tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Perkara itu disampaikan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah. 

Jelasnya, selain daripada tindakan kompaun, pihaknya juga mahu individu yang membenarkan kenderaan mereka digunakan etnik Rohingya dibawa ke mahkamah. 

Memetik laporan Berita Harian, JPJ Kelantan dedah terdapat peningkatan dikalangan etnik Rohingya yang memandu kereta dan menunggang motosikal di negeri itu. 

“Kes sebegini sangat serius malah kebelakangan ini semakin meningkat dan berleluasa terutama membabitkan pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

“Mereka ini tidak mempunyai lesen memandu dan kenderaan juga ada yang tiada insurans, jadi jika terbabit dalam kemalangan atau kesalahan jalan raya, memang menimbulkan masalah besar.

“Sehubungan itu, kami sedang berusaha untuk membawa kes itu ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan berbanding sebelum ini hanya dikenakan kompauns sahaja,” jelasnya kepada Berita Harian. 

Misuari juga mendedahkan bahawa etnik Rohinya juga lebih berani memandu kereta tanpa lesen berbanding warga asing lain yang hanya menunggang motosikal dan basikal. Ini kerana ada dikalangan mereka berasa kebal kerana memiliki kad UNCHR. – Berita Harian

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan