Bikesrepublic

Tak Perlu Imbas MySejahtera Untuk Isi Minyak – Persatuan Pengusaha Stesen Minyak

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menjelaskan orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR MySejahtera ketika memasuki premis, menggunaakan surau dan tandas sahaja.

Perkara itu dijelaskan Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz yang menjelaskan bahawa mereka telah diarahkan untuk hanya mendaftarkan pelanggan yang memasuki premis.

Jelasnya, tiada keperluan untuk mengimbas kod QR MySejahtera jika hanya mengisi minyak.

“Kami diberitahu bahawa kod QR dan pemeriksaan suhu hanya perlu dilakukan oleh pelangggan yang memasuki kedai, surau dan tandas.

“Tiada keperluan untuk melakukannya jika tidak memasuki kawasan ini,” jelasnya.

Pada masa sama, Khairul menjelaskan bahaya menggunakan telefon pintar berhampiran pam minyak.

Menurut laporan media tempatan, pihak Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) turut menjelaskan bahawa orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR MySejahtera jika hendak memasuki premis.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid menjelaskan orang ramai boleh dikenakan kompaun RM1,000 jika tidak mengimbas kod QR sebelum mengisi minyak. – The Star

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan