Bikesrepublic

Perhimpunan Motosikal Sturgis Dikaitkan Dengan 250,000 Kes Covid-19 Di AS

Perhimpunan Motosikal Sturgis, telah dilabel sebagai ‘super-spreader’ apabila kajian mendapati acara itu telah menyumbang lebih 19 peratus daripada kes positif yang direkodkan minggu lalu.

Meskipun angka kes positif Covid-19 mencecah 6.7 juta di Amerika Syarikat namun perhimpunan yang memasuki ulang tahun ke-80 itu terus berjalan seperti biasa.

Media tempatan melaporkan acara tahun ini berlangsung lebih meriah dengan majoriti yang terlibat langsung tidak mempraktikan pemakaian topeng muka dan penjagaan jarak.

Ada sebuah bar turut mengadakan pertandingan bersin bagi membuktikan Covi-19 bahaya seperti yang disangkakan.

Bagaimanapun, kajian baharu yang dijalankan mendapati acara itu kini menjadi penyumbang kepada lebih 250,000 kes positif baharu Covid-19.

Kajian oleh Universiti San Diego itu turut mendapati perhimpunan tersebut menyebabkan kerajaan perlu membelanjakan lebih USD12 bilion untuk kos rawatan dan pemeriksaan.

Difahamkan, para penyelidik dari universiti berkenaan telah mengesan lokasi individu yang menyertai Sturgis 2020 serta destinasi yang dituju kemudian menjalankan siasatan kes Covid-19 di setiap lokasi individu tersebut telah pergi.

Keputusan kajian mendapati kawasan yang terdapat individu menghadiri Sturgis telah mempamerkan peningkatan kes Covid-19 lebih 10 peratus.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube