Bikesrepublic

Motosikal Digalakkan Guna Lorong Kecemasan – MIROS

Demikian kenyataan dibuat Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim.

“Mengikut undang-undang, adalah menjadi satu kesalahan untuk mana-mana kenderaan termasuk motosikal menggunakan lorong kecemasan.

“Namun mengambil kira faktor keselamatan, adalah lebih baik pisahkan kereta dan kenderaan berat dengan motosikal lantas penunggang motosikal digalakkan guna laluan paling kiri atau lorong kecemasan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, keperluan untuk penunggang motosikal menggunakan lorong kecemasan masih berada di peringkat perbincangan.

Rata-rata lebuhraya di kawasan bandar menawarkan lorong motosikal khas namun lain kisahnya apabila melibatkan lebuhraya antara negeri.

Senario ini sekaligus memaksa penunggang motosikal menggunakan lorong kecemasan sebagai pilihan yang paling selamat berbanding jalan utama yang turut dikongsi kereta dan kenderaan berat.

Kenyataan Dr Khairil dibangkitkan kepada BH Online susulan isu kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Camry dan penunggang motosikal yang berlaku di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur baru-baru ini.

https://www.facebook.com/223545897823128/videos/311327966625586

Kemalangan tersebut yang turut dirakam kamera dashcam jelas menunjukkan pemandu Camry tersebut telah masuk ke laluan kecemasan secara melulu lantas menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal kemalangan.

Pemandu itu bagaimanapun tidak menghentikan kenderaan sebaliknya meneruskan perjalanan dalam percubaan melarikan diri.

Bagaimanapun, pemandu berusia 37 tahun tersebut kini telah pun direman pihak polis selama empat hari bagi siasatan lanjut. – BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube