Bikesrepublic

Kena Kompaun RM300 Gara-Gara Motosikal Hasilkan CO Lebih Had

Seorang pengguna Facebook, Amirul Azhar berkongsi bagaimana dia telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) gara-gara ekzos.

Menurut perkongsiannya, dia yang ketika itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 telah dikompaun disebabkan ekzosnya menghasilkan CO (karbon monoksida) 9.93 peratus melebihi had ditetapkan 4.5 peratus.

Kami menghubungi saudara Amirul dan dia memaklumkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Bagaimanapun, menurutnya lagi meskipun jentera LC 135 miliknya bukan lagi dalam keadaan standard namun JAS hanya mengenakan kompaun terhadap jumlah CO yang dihasilkan.

Bagaimanapun, menurutnya JAS menawarkan diskaun 50 peratus sekiranya memenuhi syarat ini:

  1. Perlu pergi ke bengkel motosikal untuk menala semula enjin dan ekzos supaya kembali ke tahap stok atau standard dan mendapatkan surat/resit sebagai bukti daripada bengkel terbabit.
  2. Bawa motosikal ke PUSPAKOM untuk menguji tahap CO jentera dan pastikan tahap CO berada pada had yang dibenarkan (4.5 peratus) dan kemudian membawa surat daripada PUSPAKOM ke JAS untuk mendapatkan diskaun 50 peratus tersebut.

Kejadian seumpamanya jarang didengari berlaku namun sememangnya JAS mempunyai kuasa untuk mengenakan kompaun terhadap kenderaan yang menghasilkan CO melebihi had dibenarkan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube