Bikesrepublic

Honda Memperkenalkan Pasukan Honda Asia-Dream Racing bersama Zaqhwan Zaidi!

  • Pasukan Honda Asia-Dream Racing Team telah dilancarkan secara rasmi pada awal hari ini bersama dengan penunggang handalannya, Zaqhwan Zaidi.
  • Pasukan yang baru dibentuk itu akan memulakan persaingannya dengan menyertai All-Japan Road Race Championship 2018 dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8-hour.
  • Mereka kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah kelas Superbike baru dalam siri perlumbaan Asia Road Racing Championship bermula pada tahun 2019.

Bagi memperkukuhkan lagi keberadaan mereka yang senantiasa berkembang pesat dan dominasi mereka di dalam dunia perlumbaan motosikal. Honda Group of Companies Asia & Oceania telah secara rasminya memperkenalkan pasukan Honda Asia-Dream Racing pada awal hari ini. Pelancarannya itu telah berlangsung di Bangkok, Thailand, yang mana ianya turut disertai oleh salah seorang penunggang terkemuka dari negara kita, Zaqhwan Zaidi.

Perjanjian yang telah dimeterai akan menyaksikan Zaqhwan Zaidi mengemudi jentera Honda CBR1000RR Fireblade dalam kelas Superbike bagi siri perlumbaan “Motorcycle Federation of Japan (MFJ) All-Japan Road Race Championship untuk musim 2018. Dia kemudiannya akan berpindah ke sebuah kelas yang julung kalinya bakal dibuka pada tahun 2019 nanti dalam siri perlumbaan FIM Asia Road Racing Championship, iaitu kelas ASB1000.

Hadir sewaktu majlis pelancaran tersebut adalah Encik Susumu Mitsuishi, Pengurus Besar, Asian Honda Motor Co., Ltd.; Encik Makoto Tamada, Pengurus Pasukan, Honda Asia-Dream Racing; dan Zaqhwan Zaidi, penunggang bagi pasukan tersebut, bersama dengan keseluruhan ahli-ahli pasukan berkenaan.

Dengan pengalaman yang meluas di dalam kedua-dua kelas AP250 dan SS600 dalam siri perlumbaan FIM Asia Road Racing Championship, pengeluar dari Jepun itu berharap yang mereka boleh memberikan saingan yang hebat sewaktu kelas ASB1000 superbike terbaru itu bermula pada tahun 2019. Pasukan Honda Asia-Dream Racing telah mengambil langkah utamanya yang pertama dengan pengenalan dan penyertaannya dalam kelas premier tersebut.

Langkah pertama dalam hala tuju terbaru ini akan bermula di siri perlumbaan MFJ All-Japan Road Racing Championship (JRR) 2018, di mana Zaqhwan akan bersaing dalam kelas JSB1000. Dia juga akan bertanding dalam perlumbaan tahunan “Suzuka 8-Hour Endurance Race” pada tahun ini. Bagi tahun 2019, pasukan Honda Asia-Dream Racing akan menukar fokusnya dari JRR ke kelas ASB1000 yang julung kali diadakan dalam siri perlumbaan ARRC dengan matlamat utama memenangi perlumbaan dan yang muktamadnya, memenangi kejohanan tersebut.

Kami di MotoMalaya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Honda Asia-Dream Racing dan berharap yang Zaqhwan Zaidi akan bersaing dengan hebat dan mengharumkan lagi nama negara di persada perlumbaan motosikal. Selamat maju jaya kami ucapkan!

Pusat Honda BigWing Pertama Di Malaysia Dilancarkan Di Setapak!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan