Bikesrepublic

Ducati Hypermotard Baharu Bagi Tahun 2019?

Gambar intipan Ducati Hypermotard – Sumber imej: MCN
  • Ducati mungkin sekali akan merombak semula motosikal Hypermotard bagi tahun 2019.
  • Ia pasti akan tampil sedia untuk piawaian emisi Euro5 yang akan dikuatkuasa bermula tahun 2020.
  • Walaupun masih belum disahkan lagi, sudah ada desas desus mengatakan yang enjin baharunya akan dilengkapi dengan DVT (Desmodromic Variable Timing).

Sebuah Ducati Hypermotard yang dirombak semula telah diintip sedang menjalani ujian jalan raya. Adakah ia bakal diperkenalkan untuk tahun 2019?

Jika diperhatikan pada gambar intipannya itu, motosikal yang ‘baharu’ itu tampak seperti memiliki sebuah enjin yang baharu, beserta dengan pertukaran gaya dan juga peredam ekzos berganda di bawah pelana.

Menurut MCN, ekzosnya adalah satu petanda jelas yang motosikal Hypermotard yang baharu ini akan mematuhi piawaian emisi Euro 5 yang bakal diperkenalkan pada tahun 2020. Peraturan yang baharu itu dikatakan lebih ketat terhadap emisi karbon monoksida, karbon dioksida, nitrus oksida, dan juga pencemaran bunyi.

Oleh dengan itu, sistem ekzos Hypermotard yang baharu akan mengasingkan bahagian pengubah pemangkin dan ‘baffles’nya dan bukannya menyatukan kedua-duanya di dalam satu unit. Motosikal Supersport dan Multistrada yang baharu juga mungkin akan mengikuti cara ini.

Menyebut tentang Multistrada 1260 yang baharu itu, enjin Hypermotard mungkin sahaja akan juga bakal dilengkapi dengan DVT (Desmodromic Variable Timing) kerana sistem tersebut membolehkan kecekapan yang lebih baik di sepanjang julat ‘rev’.

Gambar intipan itu juga turut mendedahkan yang motosikal tersebut bercirikan sub kerangka keluli trellis yang baharu, menggantikan unit tempa ‘one-piece’ sebelum ini, pelitup klac dan alternator yang telah dibesarkan untuk menjadikannya lebih kalis bunyi, dan fork Marzocchi serta penyerap hentakan belakang tunggal Sachs.

Motosikal Hypermotard 2019 ini dijangka akan diperkenalkan sewaktu pertunjukan tahunan EICMA, di Milan, Itali, pada penghujung tahun ini.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan