Bikesrepublic

CFMoto 800MT Explore Edition 2023 Lancar Di Eropah – 90HP, 75Nm

CFMoto telah menaik taraf motosikal ‘adventure touring’ 800MT bagi tahun 2023 dengan memperkenalkan edisi Explore.

Menurut pengeluar motosikal dari China itu, CFMoto 800MT Explore Edition merupakan naik taraf daripada model 800MT (Sport dan Touring) yang dilancarkan tahun lepas. 

Bagi tahun 2023, 800MT Explore Edition tampil dengan sistem ‘traction control’ yang telah dikemas kini, radar RDS belakang baharu dan panel meter 8-inci MMI serba baharu. 

Bukan itu sahaja, 800MT Explore Edition juga kini didatangkan dengan tayar Michelin Anakee Adventure secara standard berbanding sebelum ini. 

Dalam pada itu, spesifikasi lain masih lagi sama seperti 800MT Touring antaranya berat 231kg, tangki 19L, kaliper brek J. Juan dengan cakera brek 320mm depan dan 260mm belakang serta ABS. 

Enjin juga kekal sama dengan platform parallel-twin 799cc 8-valve DOHC dengan penyejukan cecair yang menghasilakn 90hp pada 9,250rpm dan 75Nm pada 8,000rpm. Untuk rekod, ini adalah enjin sama yang menggerakan KTM 790 Adventure. 

Buat masa ini, CFMoto masih belum mengumumkan harga rasmi bagi 800MT Explore Edition di Eropah namun kami jangkakan perkara itu akan dilakukan tidak lama lagi. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube