
Honda mengemaskini Wave Dash dengan menukarkan sistem karburetor kepada sistem suntikan bahanapi untuk 2016. Wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini menerima peningkatan dengan lampu hadapan berkembar dan lampu isyarat yang lebih besar pada bahagian reraup. Pada pandangan kasar, wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini ada menyamai model Honda Future.
Honda nampaknya mendengar permintaan dari peminatnya dan dengan ini, Honda menggunakan sistem brek cakera untuk brek hadapan dan juga brek belakang untuk varian R yang berharga RM5,549. 
Model dengan hanya brek cakera hadapan dan brek dram di belakang juga dikekalkan sebagai salah satu varian yang sedia dipilih oleh penunggang yang menginginkan sistem PGM-FI pada harga lebih murah. Varian S adalah varian paling asas dengan harga RM5,299.

Varian edisi Repsol sangat popular pada model Wave Dash yang terdahulu dan kini hadir juga untuk model Wave Dash PGM-FI pada 2016 ini. Varian ini datang dengan warna Repsol Jingga Berkilau yang hampir sama dengan model Honda RC213V yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP. Harga untuk model ini adalah RM5,699.
| Spesifikasi Teknikal Honda Wave Dash PGM-FI 2016 | |
| Enjin | |
| Engine / Enjin | Air-Cooled, 4-stroke, OHC / Penyejuk Udara, 4 Lejang, OHC |
| Bore & Stroke / Gerek & Lejang | 50.0 X 55.6 |
| Displacement / Sesaran Enjin | 109 |
| Compression Ratio / Nisbah Mampatan | 9.0 : 1 |
| Lubricating Oil Capacity / Muatan Minyak Pelincir |
1.0 liter (After Disassembly / Selepas Ditanggalkan) 0.8 liter (After Draining / Selepas Pembuangan) |
| Fuel System / Sistem Bahan Api | PGM FI (Programmed Fuel Injection) / (Suntikan Bahan Api Terancang) |
| Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol | 4.0 liter |
| Transmisi | |
| Clutch / Klac | Automatic Centrifugal Clutch Wet Type / Automatik Empar Plat Jenis Basah |
| Transmission / Transmisi | 4 Speed Constant Mesh / Jejaring Tetap 4 Kelajuan |
| Primary Reduction Ratio / Nisbah Penurunan Utama | 4.059 (69/17) |
| 1st Gear / Gear 1 | 2.615 (34/13) |
| 2nd Gear / Gear 2 | 1.555 (28/18) |
| 3rd Gear / Gear 3 | 1.136 (25/22) |
| 4 th Gear / Gear 4 | 0.916 (22/24) |
| Final Reduction Ratio / Nisbah Penurunan Akhir | 2.642 (37/14) |
| Sistem Elektrik | |
| Starter / Sistem Penghidupan | Kick & Electric Starter / Penghidup Tendang & Elektrik |
| Ignition System / Sistem Pencucuhan | DC-CDI |
| Battery / Bateri | 12V / 3.0 Ah |
| Dimensi | |
| Length x Width x Height / Panjang x Lebar x Tinggi |
1907 mm X 709 mm X 1080 mm |
| Wheelbase / Jarak Roda | 1227 mm |
| Kerb Weight (kg) / Berat (Dengan Minyak & Tangki Penuh) |
Dash S Type: 102kg Dash R Type: 104kg |
| Rangka | |
| Frame Type / Bentuk Kerangka | Underbone / Tulang Belakang |
| Suspension / Suspensi | Front / Depan – Telescopic / Teleskopik Rear / Belakang – Twin / Kembar |
| Tyre Measurement / Ukuran Tayar | Front / Depan : 70/90-17 M/C 38P Rear / Belakang : 80/90-17 M/C 50P |
| Tyre Pressure / Tekanan Tayar – One Person / Satu Orang – Two Person / Dua Orang |
FR: 200kPa / RR : 225kPa FR: 200kPa / RR : 280kPa |
| Caster Angle / Sudut Caster | 26.5° |
| Trail Distance / Jejak Trail | 68 mm |
| Prestasi | |
| Maximum Power / Kuasa Maksimum | 6.25Kw @ 7500 rpm |
| Maximum Torque / Tork Maksimum | 8.42Nm @ 6000 rpm |