Hammy Dawg, dari saluran YouTube Hammy Moto, telah terlibat dengan satu kemalangan yang paling menggerunkan melibatkan sebuah treler.
Penunggang tersebut hilang kawalan bahagian hadapan motosikalnya, menyebabkannya di ‘tank-slap’ dan terhumban ke bawah lori, dan keluar di sebelah yang bertentangan dengan SELAMAT.
Hammy bernasib baik tidak kehilangan nyawanya dan hanya mengalami luka-luka di bahagian pinggang dan lututnya.
Suzuki telah merancang untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit Suzuki dalam siri MotoGP bagi musim 2019.
Pelan mereka bagi 2019 adalah untuk menempatkan empat buah jentera Suzuki GSX-RR MotoGP di atas grid bagi mempercepatkan proses pembangunan dan kutipan data.
Pasukan persendirian seperti Tech3, Angel Nieto Team, Marc VDS dan Reale Avintia Racing bakal menukar jentera mereka bagi musim yang akan datang.
Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram.
Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi.
Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang untuk pusingan pembukaan hujung minggu ini.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah memperkenalkan motosikal terkini mereka, Kawasaki Z900RS 2018.
Tawaran moden klasik terbaru ini dijana oleh enjin empat selari 948cc yang sama seperti motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017.
KMSB telah menetapkan harga bagi motosikal Kawasaki Z900RS ini pada harga RMM69,900 bagi skema warna Special Edition Orange dan RM67,900 bagi edisi standard berwarna hijau dan hitam (harga asas beserta GST).
Sebuah video YouTube yang telah dimuatnaik baru-baru ini menunjukkan sekumpulan mat rempit Amerika Syarikat cuba meloloskan diri dari sekatan polis.
Penunggang jalanan dari Amerika Syarikat cukup terkenal kerana aksi lagak ngeri di atas jalan raya awam menggunakan motosikal ‘dirt bike’ dan ATV mereka.
Ianya telah dirakam dalam sebuah kamera salah seorang penunggang tersebut yang dipaut pada helmetnya.