Bikesrepublic

Berita Terkini

Kawasaki telah meningkatkan pegangan dalam Modenas sebanyak 30 peratus – dan mampu naik sehingga 48 peratus – sekaligus mencetuskan persoalan sama ada jenama motosikal nasional itu akan menghasilkan jentera baharu dengan sentuhan pengeluar Jepun?

DRB-HICOM Berhad telah memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) untuk menjual saham biasa 14,300,000 dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) bernilai RM40.3 juta sekaligus meningkatkan pegangan Kawasaki yang sebelum ini memiliki 19 peratus.

Menurut kenyataan dikeluarkan MODENAS, KHI juga akan membeli 52 juta saham keutamaan boleh tukar (CPS) – apabila diaktifkan, pegangan ekuiti KHI akan melompat ke 48 peratus.

Bagaimanapun CPS hanya berlaku sekiranya MODENAS mencapai tanda aras yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar meluahkan keyakinan struktur baharu ini akan memberi manfaat terhadap MODENAS.

“KHI telah memegang ekuiti didalam MODENAS sejak penubuhannya lagi. Ketika itu pun, produk mereka telah membantu MODENAS mencapai persada carta jualan di pasaran motosikal tempatan. Pegangan ekuiti yang lebih besar ini juga bererti KHI akan mengambil bahagian didalam operasi MODENAS, berbanding hanya sebagai pemegang saham. Saya yakin pengalaman dan kepakaran teknikal KHI akan membawa kepada suatu fasa produk yang lebih baik untuk pelanggan MODENAS, terutamanya didalam segmen street bike serta sports bike,” jelasnya.

Perhubungan ini dilihat membolehkan kedua-dua pihak untuk bekerjasama dengan lebih rapat dalam membangunkan produk yang lebih baik bagi pasaran tempatan.

“Kawasaki dan MODENAS bukan tidak mengenali sesama sendiri, maka sinergi antara kedua-dua kumpulan akan memastikan kerjasama dengan berkesan untuk membangunkan produk bagi pasaran domestik. Rakyat Malaysia telah lama menggemari produk dari Kawasaki, yang dikenali sebagai jenama global yang berkualiti dan mempunyai rekod yang kukuh di arena sukan bermotor,” tambah Syed Faisal.

BMW Motorrad baru sahaja melacarkan dua skuter berkonsepkan tunggangan urban baharu, BMW C400 X dan BMW C400 GT dengan harga ditawarkan bermula di sekitar RM44 ribu.

Sekilas pandang, kedua-dua jentera ini menerapkan tema yang sama; gaya moden dengan reka bentuk terkini dan praktikal, ciri yang sama diterapkan dalam jenama skuter lain seperti Yamaha XMax, Suzuki Burgman dan Honda Forza.

Jadi apa yang sebenarnya membuatkan skuter BMW ini berbeza? BMW mendakwa, kedua-dua model ini mendapat suntikan jentera ‘abang’ mereka, BMW GS1200, kenyataan yang agak berani memandangkan model GS merupakan model paling popular bagi pengeluar Jerman itu sejak diperkenalkan pada tahun 1980 menerusi R80GS!

Seperti GS, dua model ini turut menerapkan proporsi vertikal, tetapan madgad (mudguard) hadapan, komponen trim berwarna yang jelas dan terdiri daripada grafik pembahagi, serta lampu hadapan LED asimetrik yang besar dengan pilihan reka bentuk pencahayaan waktu siang.

Lihat sahaja lampu depan C400X sememangnya dipinjamkan terus daripada GS!

C400 X dan C400 GT juga memiliki ruang penyimpanan di bawah tempat duduk namun apa yang membezakan daripada skuter lain adalah sistem ‘Flexcase’ yang membenarkan pemilik menyimpan helmet pelbagai saiz.

Jika C400 X adalah untuk kegunaan harian, C400 GT merupakan varian Gran Turismo – skuter yang dipersiapkan untuk menempuh perjalanan lebih jauh. Dengan rekaan fairing yang lebih lebar serta ‘windscreen’ yang lebih tinggi, model ini menghadirkan keselesaan maksimum tanpa perlu risau ‘patah pinggang’ bila menyelusuri lebuhraya.

Antara ciri yang menonjol bagi C400 GT berbanding varian X, lampu hadapan LED yang jauh lebih besar. Namun, jika varian X meminjam rekaan GS, varian GT pula seakan diinspirasikan daripada kenderaan empat roda BMW.

Kedua-dua model ini digerakkan dengan enjin silinder tunggal bersasaran 350cc yang digabungkan dengan sistem Continuously Variable Transmission (CVT) dan Automatic Stability Control (ASC) yang didatangkan secara standard!

Meskipun kedua-dua jentera ini memiliki berat sekitar 200 kilogram (C400 X dengan 204kg, C400 GT dengan 212kg) tetapi BMW telah melengkapkan dengan pelbagai sistem bantuan tunggangan bagi memastikan keselamatan penunggang berada di tahap optimum.

Sistem ASC memastikan jentera kekal stabil ketika dalam pecutan sementara sistem kawalan antigelincir memberikan pemilik kawalan yang lebih baik. Sistem ABS yang didatangkan secara standard bagi kedua-dua model juga membantu ketika membrek.

Bukan itu sahaja, kedua-dua model turut dilengkapi skirn TFT 6.5 berwarna yang membenarkan penunggang mengakses fungsi motosikal di samping sistem navigasi apabila dihubungkan dengan telefon mudah alih menerusi aplikasi ‘BMW Motorrad Connected App’.

Tidak lupa juga, model C400 X dan C400 GT didatangkan dengan akses tunggangan tanpa kunci (Keyless).

BMW C 400 GT yang terbaharu ditawarkan menerusi tiga warna, Alpine White, Moonwalk Grey serta Black Storm. BMW C 400 X juga boleh dapati menerusi tiga warna Zenith Blue, Black Storm dan Alpine White.

  • AJP Malaysia telah memperkenalkan model AJP PR5 250 dan PR7 600 Adventure 2019 untuk pasaran Malaysia.
  • Tawaran terkini bagi segmen motosikal enduro di Malaysia ini berasal dari Portugal dan memiliki pengalaman yang luas dalam penunggangan dwi-sukan.
  • Model PR5 250 didatangkan dalam 3 varian: Enduro, Extreme, dan Supermoto.

(more…)

Ferrari terus memperkasakan servis selepas jualan kepada pelanggan setianya dengan memperkenalkan program Premium Ferrari yang melibatkan servis penyelenggaraan bagi 13 model yang dihasilkan sebelum ini.

Berikut 13 model yang disenaraikan:

  • 456 GT / GTA
  • 456 M GT / GTA
  • 550 Maranello
  • 550 Barchetta
  • 360 Modena (all versions)
  • 575 Maranello
  • 575 Superamerica
  • 612 Scaglietti (all versions)
  • F430 (all versions)
  • 599 GTB Fiorano
  • 599 SA Aperta
  • 599 GTO
  • Ferrari Enzo

Skim terbaru ini menawarkan sijil yang akan memaparkan segala servis dan penyelenggaraan yang telah dilaksanakan terhadap kereta pemilik masing-masing.

Bagi memastikan kereta dijaga dengan rapi mengikut standard sewajarnya, program Premium Ferrari turut menawarkan pertukaran alat ganti yang berkemungkinan untuk haus atau rosak dimamah usia.

Program terbaru ini dilihat sebagai pelengkap kepada servis selepas jualan Ferrari yang cukup komprehensif dan fleksibel. Setiap kenderaan baharu Ferrari didatangkan dengan waranti tiga tahun dan servis penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun.

Bagi kenderaan yang berusia enam hingga 15 tahun, pemilik boleh menghidupkan waranti New Power yang menawarkan perlindungan terhadap bahagian mekanikal utama.

Ducati Malaysia bersama Next Bike – pengedar tunggal jentera Ducati di Malaysia – bakal menawarkan beberapa tawaran ekslusif bagi jentera dan aksesori Ducati esok, di Naza Automall sempena kempen Red Weekend 2019.

Dengan penjimatan sehingga RM40,000 peminat boleh menjangkakan tawaran terbaik bagi beberapa model terpilih antaranya Ducati Panigale V4S, Monster 821 dan Scrambler.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian turut melayakkan anda untuk sesi Akademi DRE Racetrack, pakej jelajah DRE Bike Travel Scrambler (ekslusif bagi pengunjung yang hadir pada 27 April sahaja).

Pengunjung juga akan berpeluang untuk menyaksikan Hypermotard 950 yang akan dilancarkan di Malaysia hujung tahun ini!

Ketua Divisyen 2-Wheel, Naza Automotive Group, Nazman S.H. Yusof berkata Next Bike sentiasa mengutamakan pelanggan terutamanya dalam menyediakan pengalaman terbaik.

“Kami di Next Bike sentiasa mencari jalan terbaik bagi meningkatkan lagi pengalaman tunggangan Ducati apatah lagi terdapat lebih daripada 600 ahli dalam komuniti Ducati, Desmo Owners Club (DOC) Malaysia.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan DOCM dalam menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya konvoi kebajikan sekitar Malaysia termasuklah Sesi Perjumpaan Bersama Pasukan MotoGP Ducati setiap tahun di Sepang,” katanya.

Jangan lupa berkunjung ke Ducati PJ esok 27 April hingga 28 April ini!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube