Marc Marquez mahu merampas kedudukan Fabio Quartararo dalam perlumbaan di Jerez yang akan berlangsung hari ini.
Fabio Quartararo – pelumba pasukan Petronas Yamaha – membuat kejutan di Litar Jerez dalam aksi kelayakan semalam apabila menjadi pelumba termuda untuk menduduki petak pertama, sekaligus memecah rekod yang sebelum ini dipegang Marquez.
Sementara itu, rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli akan memulakan perlumbaan di petak kedua di hadapan Marquez.
Minggu lalu, Marquez kecundang di GP Amerika – meskipun mendominasi litar tersebut selama enam tahun sebelum ini – namun pelumba berusia 26 tahun itu berharap dapat kembali ke podium di laman sendiri.
Sumber: StadiumAstro
“Saya masih gembira kerana dapat menduduki kelompok depan kerana bukan mudah untuk melakukan pintasan di litar ini.
“Saya tidak menjangkakan kedua pelumba di depan mampu mencatat masa yang sangat pantas! Tetapi saya akan terus berikan yang terbaik di perlumbaan nanti,” katanya.
Ketika Marquez melakar rekod sebagai pelumba termuda yang berjaya menduduki petak pertama, dia kemudiannya meneruskan kecemerlangan di Austin pada tahun 2013.
Quartararo berharap dapat mengikut langkah Marquez di samping memperbaiki rekod terbaiknya kedudukan ketujuh di MotoGP.
“Saya langsung tidak menjangkakan keputusan ini.
“Saya berasa teruja untuk memulakan perlumbaan di petak pertama,” tambahnya.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan pelbagai tawaran jualan dan selepas jualan istimewa sempena musim perayaan yang bakal tiba.
Orang ramai kini boleh melunaskan impian untuk membawa pulang kenderaan Volkwagen raya ini apabila pengeluar Jerman itu menawarkan penjimatan tambahan bagi model pilihan dengan kadar faedah serendah 1.88 peratus setahun bagi model Passat.
Orang ramai yang menempah model Volkswagen hari ini hingga 30 Jun 2019 turut akan menerima kad petrol bernilai RM1000!
Kalau berdepan masalah untuk membuat pilihan, Volkswagen menawarkan sesi pandu uji kepada orang ramai yang berminat – kerana penerangan sahaja tidak cukup untuk benar-benar merasai kemampuan sebenar kenderaan mereka.
Berikut maklumat terperinci mengenai tawaran Volkswagen:
Lebih menarik, Volkswagen turut menawarkan pemeriksaan ‘aircond’ secara percuma di samping diskaun tambahan 20 peratus untuk servis dan pertukaran penapis ‘aircond’.
Bimbang dengan keadaan tayar? Volkswagen menawarkan promosi tayar Continental dengan harga serendah RM184!
Setiap pemilikan kenderaan Volkswagen didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun dan jaminan perbatuan tanpa had selama 5 tahun.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi pengedar Volkswagen terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my
Family photo of some of the participating teams during day two of Shell Make the Future Live Malaysia 2019 at the Sepang International Circuit on Tuesday, April 30, 2019, south of Kuala Lumpur, Malaysia. (Edwin Koo/AP Images for Shell)
Shell Eco-marathon Asia 2019 akhirnya telah sampai ke penghujung memasuki hari keempat di Litar Antarabangsa Sepang dengan pasukan dari Thailand, China dan Singapura mempamerkan kenderaan cekap tenaga paling baik dalam kategori masing-masing.
Bagi kategori Mileage Challenge, RMUTP RACING dari Rajamangala University of Technology Phra Nakhon, Thailand mencatat perjalanan 1,546.9 kilometer – bersamaan dengan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangkok – dengan hanya satu liter ethanol bagi kenderaan Prototype mereka.
“Kami gembira dapat menang. Kami telah melakukan yang terbaik dan menggunakan pengalaman kami selama tiga tahun ini untuk memberikan yang terbaik tetapi keutamaan kami adalah mengekalkan kerjasama dikalangan ahli,”kata pengurus pasukan RMUTP, Peerapan Booncheuy.
Kategori bateri elektrik dimenangi pasukan HuaqQi-EV dari China sementara kategori hydrogen dimenangi wakil Singapura, TP ECO Flash.
Sementara itu, bagi kategori Drivers World Championship Qualifier, menyaksikan Nanyang E Drive dari Nanyang Technological University Singapura muncul juara selepas melepasi garisan penamat dengan kenderaan UrbanConcept mereka.
Tempat kedua jadi milik ITS Team 5 dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Indonesia sementara pasukan LH-EST dari Lac Hong University, Vietnam, ketiga.
Ketiga-tiga pasukan akan berentap dengan wakil Eropah dan Amerika di Drivers World Championship yang akan berlangsung di Make The Future Live London, pada 5 Julai ini.
Pasukan yang muncul juara dunia akan diberi peluang untuk berkunjung ke pusat Ferrari Scuderia di Itali di samping mendalami ilmu permotoran.
Pengurus Besar Make The Future Live, Norman Koch berkata: “Pertandingan ini menggabungkan kenderaan cekap tenaga dan skil serta teknik pemanduan pemandu. Kami telah menyaksikan pelbagai aksi hebat daripada setiap pasukan. Tahniah ke atas pencapaian mereka.”
Sementara itu wakil negara, pasukan MMY Grune Welt dari Multimedia Universiti Kampus Melaka, membawa pulang anugerah Circular Economy.
Berikut keputusan penuh pertandingan:
PROTOTYPE
Kategori
Pemenang
Keputusan
Internal Combustion Engine
RMUTP Racing
Rajamangala University of Technology Phra Nakhon (Thailand)
1546.9 (km/l)
Battery Electric
HuaQi-EV
Guangzhou College of South China University of Technology (China)
Seramai 258 kakitangan PROTON Shah Alam dan Tanjung Malim menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam satu majlis graduasi yang diserikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Dr. Mohd Rashid Buyong Hamzah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato Radzaif Mohamed.
Penganugerahan sijil tersebut menunjukkan komitmen PROTON dalam memastikan pembangunan pekerjanya di samping melahirkan lebih ramai pekerja mahir dalam industri automotif.
“Pekerja-pekerja kami merupakan aset utama untuk meningkatkan daya saing Syarikat di dalam industri. PROTON komited untuk membangun dan menghasilkan lebih ramai pekerja mahir dan sebagai pengeluar kereta kebangsaan, tugas kami bukan sekadar membina kereta tetapi menjadi pemacu utama dalam pembangunan modal insan.
“Selama bertahun yang lalu, kami telah melihat kesan positif latihan ini kepada kakitangan dari segi keberkesanan dan kualiti kerja mereka. Menerusi usaha berterusan untuk meningkatkan kemahiran para pekerja ini, Syarikat akan dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan mampu menghasilkan produk yang lebih berkualiti untuk mereka,” katanya Dato Radzaif.
Ketika ini, PROTON turut menyediakan latihan dari semasa ke semasa bagi memastikan ilmu dan kemahiran pekerja selari dengan arus teknologi yang kini diterapkan ke dalam model PROTON X70 dan terbaru PROTON Persona dan Iriz.
Percaya atau tidak, lebih daripada 50 peratus rakyat Malaysia tidak memiliki pengetahuan asas mengenai penjagaan kereta meskipun ia faktor perkara penting bagi setiap pemilik kenderaan.
Menyedari perkara ini, Bosch Automotive Aftermarket melancarkan kempen ‘Drive for Live bagi mendidik orang awam tentang kepentingan penjagaan kereta termasuk penggunaan alat ganti berkualiti.
Majlis turut dilancarkan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke bersama Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh.
Pengarah Penjualan Dan Pemasaran Bosch Automotive Aftermarket Asia Tenggara, Marcio Coelho mendapati kurang ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kereta memberi impak besar terhadap pemandu.
“Menerusi kajian yang kami lakukan pada 2018, kami mendapati lebih 50 peratus rakyat Malaysia kurang pengetahuan asas mengenai penjagaan kereta dan apakah kesannya terhadap penumpang, kereta dan keselamatan di jalan raya.
“Menerusi kempen ‘Drive for Live’, Bosch akan melengkapkan pemandu dengan ilmu asas penjagaan kereta bagi membantu mereka sekiranya kenderaan mengalami kerosakkan,” katanya.
Kempen ‘Drive for Life’ akan berjalan selama tiga tahun yang akan dilaksanakan dalam tiga peringkat – Educate, Engage dan Empower.
Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah, bengkel ilmu bagi mendidik pemilik kereta mengenai asas penjagaan, tip pemanduan selamat bagi pemandu baharu termasuk membantu dalam melahirkan mekanik pada masa akan datang.
Selain itu, segmen #BoschEmpowersWomen turut akan dijalankan bagi mengetengahkan idea bahawa penjagaan kereta bukan hanya tugas lelaki susulan laporan kajian mendapati hanya satu peratus pemandu wanita yang tahu cara bagi menangani masalah kerosakkan kereta.
Bosch yang turut sama dengan Petron akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada setiap kenderaan sempena balik kampung pada 18-19 Mei serta 25-26 Mei ini di beberapa stesen minyak Petron terpilih di sekitar Lembah Klang.
Bekas pemain Real Madrid yang ketika ini bersama Juventus, Cristiano Ronaldo telah didedahkan sebagai pembeli misteri Bugatti La Voiture Noire yang bernilai GBP10 juta (RM54j).
Ronaldo bukan nama asing dalam dunia automotif kerana sifatnya yang suka membeli jentera luar biasa dan menakjubkan.
Tahun lalu, pemain berusia 34 tahun itu telah pun membelanjakan GBP2.15j (RM11.7j) untuk membeli Bugatti Chiron.
Bugatti La Voiture Noire dipertontonkan kepada orang ramai buat julung kalinya di Pameran Moto Geneva awal tahun ini.
Bagaimanapun, kereta bertaraf prototaip itu – yang dibina sempena ulangtahun ke-110 Bugatti – dikhabarkan telah pun dijual dengan nama pembeli enggan didedahkan.
Menurut akhbar AS, Ronaldo merupakan pembeli misteri tersebut!
Dengan pendapatan mencecah GBP500 ribu seminggu (RM2.7j) tidak hairanlah Ronaldo mampu membelanjakan wang yang banyak begitu sahaja.