Bikesrepublic

Berita Terkini

Benelli telah mencatatkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus bagi penjualan motosikal separuh pertama 2019 sekaligus beri bayangan mahu kembali perkukuhkan nama selaku pengeluar motosikal Itali tertua di dunia.

Benelli mungkin berdepan pelbagai cabaran untuk kembali memperkukuhkan jenama selaku pengeluar motosikal tertua di dunia namun mereka mampu menarik nafas lega apabila merekodkan penjualan memberangangkan ketika separuh pertama 2019.

Membuat kemunculan pertama sejak 1911, jenama Benelli hampir terkubur sebelum diselamatkan syarikat pengeluar motosikal China, Qianjiang Motorcycle.

Meskipun pembuatan keseluruhan tubuh Benelli kini dilakukan sepenuhnya di China namun DNA Benelli tetap diteruskan menerusi ibu pejabat yang terletak di Pesaro, Itali.

Kini jenama itu terbukti kembali mendapat kepercayaan peminat dua roda seluruh dunia apabila merekodkan penjualan sebanyak 43,137 unit bagi tahun 2018 berbanding hanya 10,000 unit terjual pada 2015.

Memasuki separuh pertama 2019, Benelli telah pun merekodkan penjualan lebih 23,578 unit.

Menariknya, angka ini disumbang oleh penjualan di benua Eropah terutamanya di Itali – yang sebelum ini lebih memandang jenama terkenal lain antaranya Ducati dan Aprilia.

Dalam perkembangan lain, Benelli turut akan memperkenalkan Benelli TNT 600 bagi mencabar pasaran yang didominasi Kawasaki Z650, Honda CBR650R dan Yamaha MT-07.

Benelli TNT 600 dijangka bakal membuat penampilan di EICMA, hujung tahun ini.

(SUMBER: VisorDown)

Helmet merupakan kelengkapan wajib bagi seorang penunggang motosikal tetapi hakikatnya nak memiliki helmet yang berkualiti dan berjenama selalunya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Tetapi jika anda berkunjung ke Power Store Modenas yang terletak Sunsuria Avenue, Kota Damansara, terdapat satu helmet yang akan memadam stigma – kalau berjenama mesti mahal.

 

Perkenalkan SHARK Ridil, helmet yang menawarkan pelbagai ciri tak kira untuk kegunaan harian, menempuh perjalanan jauh mahupun di litar yang berharga hanya RM450!

Antara ciri menarik yang terdapat pada SHARK Ridil:

  • bahagian cengkerang diperbuat daripada resin thermoplastic tahan lasak
  • lohong udara dioptimumkan menerusi rekaan Computational Fluid Dynamics (CFD)
  • didatangkan dengan sunvisor
  • visor anti-calar
  • tempat pemasangan Pinlock anti-kabus disediakan
  • SHARK Easy Fit memudahkan pemakaian cermin mata
  • padding mudah dibuka dan dibasuh

Menariknya, bagi helmet yang menawarkan harga marhaen ini, rekaan keseluruhan tetap menampakkan sebuah helmet premium seperti varian SHARK Race-R Pro.

Berat sekitar 1,500 gram turut menjaminkan pemakaian selesa bagi penunggang apatah lagi hanya dibezakan 180 gram jika dibandingkan dengan helmet SHARK karbon!

Apa tunggu lagi? Bergegas ke Power Store Modenas di Kota Damansara atau hubungi/WhatsApp 012-8003470  untuk mendapatkan SHARK Ridil dengan hanya RM450!

Ohlins Asia telah menghasilkan penyerap hentakan khas untuk motosikal ‘funbike’ Honda Monkey 125, hari ini.

Meskipun Honda Monkey tidak mencapai populariti di Malaysia namun lain kisahnya di negara jiran, Thailand, dengan rata-rata menggunakan motosikal jenis ‘fun bike’ sebagai kaedah pengangkutan utama.

Menyedari perkara ini, Ohlins, selaku peneraju utama dalam teknologi penyerap hentakan telah menghasilkan produk khas bagi meningkatkan lagi keselesaan tunggangan Monkey dengan memperkenalkan kit redaman fork depan dan sistem penyerap hentakan belakang.

Pengurus Ohlins Asia, Alex D’Antoni mengakui berasa seronok sepanjang projek menghasilkan produk untuk Honda Monkey.

“Kami teruja sepanjang projek ini. Mengenakan penyerap hentakan berteknologi tinggi terhadap Honda Monkey ternyata meningkatkan lagi kemampuan serta keselesaan tunggangan. Dua faktor ini amat penting terutamanya dalam menempuh perjalanan harian di kawasan bandar yang sesak,” jelasnya.

Kit redaman depan Ohlins terbukti meningkatkan daya serap hentakan di samping mengoptimumkan kemampuan membrek.

Ohlins Asia telah mereka dua jenis penyerap hentakan belakang bagi Honda Monkey 125 iaitu penyerap hentakan berkembar STX 36 jenis emulsion – yang didatangkan dengan spring preload boleh laras – dan penyerap hentakan premium dengan gaya twin piggy back reservoir.

Kedua-dua produk ini mampu menahan berat penunggang lebih dari 80 kilogram.

Semua produk ini boleh didapati di setiap pengedar Ohlins di Asia.

 

Jika anda seorang ‘gamer’tegar dan meminati permainan berkonsepkan perlumbaan, sila bergegas ke kedai permaianan konsol atau PC mahupun X-Box kerana Bigben Interactive baru sahaja melancarkan World Rally Championship (WRC) 8, hari ini.

Menariknya, WRC 8 bakal menampilkan Proton Iriz R5 yang baru sahaja memenangi perlumbaan Rali Woodpecker Stage 2019 baru-baru ini.

 

Jentera tersebut turut membuat penampilan di dalam trailer WRC 8 yang turut menampilkan sembilan kereta rali ikonik lain termasuklah kereta jenis Lancia.

Saksikan trailer WRC 8 di bawah:

Daripada sembilan kereta ikonik itu, hanya empat sahaja yang boleh didapati secara percuma dan salah satu diantaranya adalah Proton Iriz R5.

Bagaimanapun, lima kereta lain hanya boleh dimiliki menerusi pembelian pek RWD Legends DLC dan Deluxe Edition.

Menurut reviu oleh RealSport, WRC 8 merupakan permainan perlumbaan paling realistik tahun ini!

WRC 8 dilancarkan hari ini dan boleh didapati untuk platform PS4, Xbox One dan PC.

(SUMBER: Lowyat.net)

Sumber: Miguel Oliveira @ Twitter

Keputusan mengejut oleh Johann Zarco untuk meninggalkan pasukan KTM hujung musim ini mencetuskan persoalan, siapa yang bakal menjadi penggantinya bagi musim 2020?

Tatkala rata-rata pelumba lain telah pun terikat, timbul dakwaan bahawa slot Zarco akan diisi pelumba muda Tech3, Miguel Oliveira.

Pelumba Portugal itu tampak sebagai calon terbaik apatah lagi secara tidak langsung memiliki kontrak bersama KTM di Tech3.

Bagaimanapun, sekiranya senario itu direalisasikan pastinya akan memeningkan kepada pengurus Tech3, Herve Poncharal, yang tidak sabar menyaksikan gandingan Oliveira dan Bradn Binder musim depan.

“Saya sangat teruja dan bangga kerana kami memiliki gandingan terbaik bagi musim depan.

“Miguel (Oliveira) seorang pelumba yang hebat. Saya sudah mengenalinya untuk beberapa tahun dan dia seorang yang baik.

“Keputusan yang dilakar di Austria cukup membanggakan kerana meskipun tidak mendapat pakej yang mantap dia masih mampu mencatat keputusan baik. Saya anggap dia sebagai seorang hero.

“Miguel dan Brad (Binder) pernah sepasukan sebelum ini tetapi saya dapat berasakan saingan sengit bakal ditampilkan kedua-dua pelumba ini.

“Ketika saya sedang membayangan segala kemungkinan yang boleh dicapai dengan gandingan Miguel dan Brad tiba-tiba boom! Zarco membuat pengumuman mengejutkan itu!” jelas Poncharal.

Poncharal telah ditanyakan tentang masa depan Oliveira berkali-kali dan ketika ini soalan itu merupakan pertanyaan wajib di setiap sidang media.

Bagaimanapun, dia boleh menarik nafas lega takala pengurus KTM, Stefan Peirer, juga tidak bercadang untuk ‘mencuri’ Oliveira dari Tech3.

“Saya mahu Miguel (Oliveira) kekal disini tetapi banyak perkara boleh berubah menuju November.

“Kalau boleh saya mahu Miguel dan Brad bergandingan musim depan tetapi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas perbincangan,” tambahnya.

Terdahulu, Oliveira akui dia tertarik untuk berhijrah ke KTM seandainya peluang itu hadir.

(SUMBER: Crash.net)

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa proses perpindahan pemilikan kenderaan kini boleh dijalankan secara atas talian.

Pembeli dan penjual kenderaan tidak lagi perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pertukaran pemilikan.

Menurut Anthony Loke, segala proses itu boleh dilakukan secara atas talian sekiranya kedua-dua pihak memiliki ID MySikap yang boleh diperolehi di pejabat JPJ.

Sementara itu, bagi mereka yang belum memiliki ID MySikap, pembeli dan penjual boleh mendaftarkan diri secara berasingan dalam tempoh tujuh hari selepas permohonan pertukaran pemilik dibuat.

Sebelum ini, kedua-dua pihak – pembeli dan penjual – perlu hadir pada masa sama di pejabat JPJ bagi melakukan perpindahan pemilikan kenderaan.

Senario itu dianggap terlalu leceh tatkala pembeli dan penjual terpaksa mencari waktu lapang yang sama agar proses tersebut dapat dilaksanakan.

(SUMBER: The Sun)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube