Bikesrepublic

Berita Terkini

Khabar angin mengenai penghasilan model dengan enjin bersesaran 900cc telah pun bertiup kencang sebelum ini namun tiada siapa menyangka BMW akan memperkenalkan dua jentera dengan enjin tersebut di EICMA 2019.

Bagi yang mengikuti perkembangan BMW di EICMA, pengeluar motosikal Jerman itu telah pun melancarkan S 1000 XR yang telah dikemaskini bagi pasaran 2020.

Bagaimanapun, BMW Motorrad turut memperkenalkan versi 900cc.

Kedua-dua model ini merupakan langkah BMW untuk memeriahkan segmen pertengahan.

Meskipun didatangkan dengan cermin depan boleh laras dan ‘fairing’ namun F 900 XR bukanlah bercirikan motosikal adventure seperti F 850 GS, sebaliknya menawarkan ciri sebagai motosikal sport touring.

Sementara itu, F 900 R merupakan evolusi daripada F 800 R yang menawarkan rekaan motosikal jenis naked.

Kedua-duanya mengguna pakai enjin inline-twin 893cc yang menghasilkan 105hp dan didatangkan dengan beberapa teknologi terkini antaranya:

  • Mod tunggangan Pro
  • Penyerap hentakan elektronik boleh laras
  • ABS Pro
  • Adaptive cornering light

Bagi yang pernah menghadiri Ducati Red Weekend sebelum ini, anda mungkin akan kembali untuk edisi kali ini.

Ducati Red Weekend 2019 merupakan iniatif Ducati Malaysia untuk menghabiskan stok sedia ada sebelum berpindah ke Ducati PJ Showroom pada tahun 2020.

Menariknya, Ducati menawarkan rebat sehingga RM20,000 bagi setiap model yang ditawarkan.

Orang ramai yang hadir juga akan disajikan dengan tawaran 70 peratus diskaun bagi setiap pakaian Ducati.

Bukan itu sahaja, orang ramai yang berminat untuk merasai pengalaman menunggang jentera Ducati juga dialu-alukan apabila Ducati menawarkan pelbagai model tunggang uji!

Jangan ketinggalan kerana Ducati Malaysia menawarkan harga istimewa bagi jentera Ducati dan Ducati Scrambler serta diskaun menarik bagi pakaian dan aksesori Ducati dan Ducati Scrambler.

Bagi yang bercadang untuk membuat tempahan, Ducati juga menawarkan pelbagai hadiah percuma termasuk 2 tahun servis percuma menerusi Ducati Smart Service Program (mengikut terma dan syarat).

Jangan lupa untuk hadir ke Ducati PJ yang terletak di Naza Automall pada 9 hingga 10 November ini!

Suzuki telah melancarkan dua model V-Strom 1050 baharu bagi tahun 2020 – V-Strom 1050 dan V-Strom 1050 XT.

Jentera segmen adventure ini menerima pelbagai penambahbaikan antaranya dari aspek rekaan, elektronik dan enjin patuh piawaian Euro 5.

Model baharu ini didatangkan dengan enjin V-Twin 1037cc yang mampu menjana 105hp.

Enggan ketinggalan dengan jentera moden lain, Suzuki V-Strom 1050 ini dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), pakej elektronik yang meningkatkan lagi pengalaman tunggangan dan keselesaan serta Sisem Motion Track Brake dan ride-by-wire.

Rekaan keseluruhan V-Strom ini turut diinspirasikan daripada jentera ikonik Suzuki DR BIG dan DR-Z rali yang popular pada era 80an.

Selain daripada rekaan kerangka baharu, V-Strom 2020 ini turut dilengkapi dengan paparan LCD baharu serta tiga mod tunggangan.

Varian XT turut dilengkapi beberapa elektronik terkini antaranya:

  • Cornering ABS
  • Hill-hold control
  • Cruise control
  • Adjustable seat

Difahamkan, Suzuki akan memasarkan V-Strom 1050 ini bermula Mac 2020.

Seperti yang dijangkakan, BMW Motorrad memperkenalkan S1000 XR yang telah dikemaskini bagi tahun 2020.

Jentera baharu ini kini 10 kilogram lebih ringan berbanding sebelumnya dan enjin diguna pakai diambil terus daripada S1000 RR 2019 dan mampu menghasilkan 165hp pada 11,000rpm dan 114Nm pada 9,250rpm.

S1000 XR 2020 ini turut didatangkan dengan sistem BMW Motorrad Dynamic ESA terbaru dan Dynamic ESA Pro yang menawarkan dua mod ‘damping’ tambahan.

Pada masa sama, S1000 XR ini juga dilengkapi dengan mod tunggangan ‘Dynamic Pro’ yang membenarkan penunggang membuat tetapan mengikut kesesuaian sendiri.

Mengikut jejak model BMW Motorrad lain, S1000 XR ini turut dipasang dengan paparan TFT 6.5 inci terbaru.

Ruju spesifikasi di bawah:

Tak cukup dengan mendedahkan RS660 di EICMA 2019, Aprilia turut bertindak menayangkan buat julung kalinya jentera konsep Tuono 660!

Mengguna pakai enjin sama yang terdapat pada RS660, Tuono 660 menghasilkan 95hp – kurang 5hp daripada RS660.

Bukan itu sahaja, Aprilia turut mendedahkan versi 46hp turut bakal diperkenalkan tahun depan!

Tuono 660 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri elektronik terkini seperti yang didapati pada RS660 antaranya:

  • Traction control
  • Cornering ABS
  • Engine braking control
  • Kaliper brek Brembo
  • Lampu depan LED

Dijangkakan Aprilia Tuono 660 akan diperkenalkan ke pasaran dunia pada 2021.

Selepas bertahun penantian, Aprilia akhirnya mendedahkan RS 660 – jentera parallel twin – di EICMA 2019 yang dijamin akan mengembalikan seri dalam dunia sportbike segmen middleweight.

Enjin

Jurutera Aprilia telah mengambil bahagian depan daripada enjin RSV4 1100cc untuk menghasilkan nadi yang menjana lebih 100hp namun maklumat mengenai rpm dan tork tidak didedahkan.

Elektronik

Tidak seperti jentera ‘middleweight’ lain, RS 660 didatangkan dengan pelbagai sistem terkini antaranya:

  • Traction control
  • Cornering ABS
  • Lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya, dua untuk litar)
  • Quickshifter
  • Wheelie control
  • Engine Braking

Menariknya, Aprilia RS 660 turut didatangkan dengan sistem cruise control secara standard, ciri yang luar biasa bagi sebuah sportbike middleweight.

Ciri menarik lain:

  • Berat (kering) hanya 168kg
  • Kerangka aluminium
  • Swingarm aluminium
  • Fork Kayaba 41mm boleh laras
  • Brek kaliper Brembo
  • Double fairing – menyamai rekaan RSV4
  • Lampu depan LED
  • DRL
  • Paparan TFT 5 inci dengan sistem multimedia terbaru

Aprilia RS 660 2020 didatangkan dengan dua warna pilihan, ungu dan merah bagi meraikan Reggiana Replica RS 250 1994 dan hitam.

Jentera baharu ini dijangka akan memasuki pasaran dunia pertengahan tahun depan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube