Bikesrepublic

Berita Terkini

Seluruh dunia terutamanya pasaran Asia Tenggara ternanti-nanti kedatangan Kawasaki ZX-25R sejak dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

Antara negara yang telah pun disahkan menerima model tersebut adalah Thailand yang ditawarkan pada harga sekitar RM36,450.

New Zealand turut bakal menerima model tersebut yang ditawarkan pada NZD15,999 (RM44,000).

Kini, Filipina muncul sebuah lagi negara Asia Tenggara yang dilaporkan bakal menerima tawaran baharu daripada Kawasaki itu dengan harga PHP410,000 (RM35,231).

Kawasaki ZX-25R merupakan jentera sportsbike 250cc 4-inline yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm.

Bagaimanapun, penunggang motosikal di Filipina tidak dapat merasai kemampuan sepenuhnya ZX-25R – melainkan memasuki litar – tatkala peraturan negara itu tidak membenarkan jentera bawah 400cc memasuki lebuhraya.

Ketika ini, pasaran Malaysia masih berputih mata tatkala belum ada sebarang info bila model ini akan dipasarakan dan oleh siapa.

Saat dramatik menyingkap di Litar Silverstone apabila Lewis Hamilton menjuarai GP Britain dengan hanya tiga tayar.

Hamilton mendahului perlumbaan sebaik dilepaskan dan tampak menamatkan aksi dengan selesa sehinggalah jenteranya mengalami masalah apabila tayar depan pancit sebaik memasuki lap terakhir.

Bagaimanapun, dia berjaya meneruskan aksi dengan ketiadaan tayar depan disebelah kiri untuk merekodkan kemenangan ke-87 dalam kariernya.

Kemenangan ketiga berturut-turut meletakkan Hamilton kini mendahului carta pendahulu dengan kelebihan 30 mata berbanding pencabar terdekat dan rakan sepasukan Valtteri Bottas.

Bottas yang berada di belakang Hamilton sepanjang perlumbaan turut berdepan masalah tayar lalu memaksanya memasuki pit namun senario itu menyaksikan dia gagal mengutip sebarang mata apabila menamatkan aksi di kedudukan ke-11.

Max Verstappen (Red Bull) dan Charles Leclerc (Ferrari) melengkapkan podium dengan kedudukan kedua dan ketiga.

Verstappen menamatkan perlumbaan hanya dipisahkan 5.856 saat dengan Hamilton yang berpeluang untuk muncul juara jika tidak kerana pasukannya memutuskan untuk membuat hentian pit percuma selepas masalah tayar yang menimpa Bottas.

Ini merupakan kejayaan ke-7 Hamilton di GP Britain yang juga merupakan rekod baharu bagi rekod paling banyak kemenangan di laman sendiri.

Selaras dengan usaha untuk mengukuhkan pasaran kereta mewah dan tawaran bernilai kepada pelanggan, Quill Automobiles mengumumkan kerjasama dengan Samsung Malaysia.

Kerjasama ini menyaksikan Quill Automobiles menawarkan televisyen premium 2020 daripada Samsung yang merangkumi The Sero, The Serif dan The Frame bagi setiap pembelian kereta BMW.

Tawaran ini selaras dengan pengumuman kerajaan yang mengecualikan cukai jualan 100 peratus kepada semua kereta baharu sekaligus menjaminkan harga lebih rendah.

Penawaran produk premium Samsung ini merupakan antara inisiatif Quill Automobiles dalam menawarkan pengalaman pembelian terbaik kepada pelanggan selain daripada program QA Rewards kempen Pandu Uji di depan rumah.

“Pelanggan kami akan berasa teruja apabila selain daripada menikmati pengecualian cukai mereka juga akan ditawarkan dengan pengalaman terbaik daripada Quill Automobiles bagi setiap pembelian.

“Kami sudah sekian lama merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia,” jelas Prinsipal Pengedar QA, Alex Tang.

The Sero, The Serif dan The Frame hanya ditawarkan di Quill Automobiles Petaling Jaya.

Ketika kami menghadiri Ducati World Premier (DWP) 2020 di Rimini, Itali tahun lalu, kami dikejutkan dengan dua model basikal elektrik oleh pengeluar motosikal Itali itu.

Kini, Ducati mengorak langkah baharu apabila memperkenalkan tiga basikal elektrik boleh lipat untuk pasaran dunia.

Ducati Urban-E

Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan rangka aluminium yang direka oleh Centro Stile Ducati yang merupakan salah satu cawangan milik Ducati.

Ducati Urban-E paling mencuri tumpuan hasil kerjasama dengan syarikat pereka Itali, Giugiaro.

Antara ciri ditawarkan adalah lampu LED, paparan LCD, fork depan dan tayar 20 x 4 inci dengan lining Kevlar bagi menawarkan perlindungan ekstra daripada pancit.

Model ini dilengkapi dengan bateri 378-Wh litium yang terletak di bahagian lengkungan di antara handle bar dan tempat duduk menyamai tangki minyak pada jentera Ducati bermotor lain.

Dua model berikutnya dijenamakan bahawa payung Ducati Scrambler menerusi SCR-E dan SCR-E Sport.

Ducati SCR-E

Ducati SCR-E didatangkan dengan bateri 374.4-Wh yang mampu menawarkan jarak sehingga 70km sementara SCR-E Sports mampu pergi sejauh 80km dengan bateri 468-Wh.

Ducati SCR-E Sports

Menurut laporan, SCR-E dan SCR-E Sports akan diperkenalkan ke pasaran dunia seawal bulan ini diikuti Urban-E pada Oktober.

Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada ketiga-tiga model ini akan dibawa masuk ke Malaysia setakat ini.

Kawasaki melancarkan Versys-X 250 2020 untuk pasaran Indonesia.

Model 2020 ini masih lagi mengekalkan rekaan dan ciri sama seperti model sebelumnya namun dengan pilihan warna grafik serba baharu.

Versys-X 250 ini masih lagi menawarkan penghadang angin, handguard, fork teleskopik dan monoshock.

Model baharu ini juga mengekalkan enjin 249cc dengan silinder parallel-twin yang menghasilkan 33.5hp pada 11,500rpm dan 21.7Nm pada 10,000rpm.

Kawasaki Versys-X 250 diperkenalkan di Malaysia awal 2017 sebagai jentera segmen adventure paling mampu milik dengan harga sekitar RM23,789.

Teringin nak rasa seperti Pol Espargaro di litar lumba?

KTM menawarkan dua jentera MotoGP RC16 dengan harga EUR288,000 (RM1.4juta) (sebelum VAT) tetapi dengan harga tersebut anda juga akan menerima:

  • race suit Pol Espargaro
  • helmet perlumbaan dengan tandatangan Pol Espargaro
  • pakej MotoGP VIP bagi musim 2021 termasuk pas belakang tabir, berjumpa dengan pelumba MotoGP dan set pakaian lengkap Red Bull KTM Factory Racing Team

KTM RC16 merupakan jentera yang bertanggungjawab membantu (Pol) Espargaro memulakan perlumbaan di barsian depan di Misano World Circuit Marco Simoncelli sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik.

Pihak yang berminat hanya perlu menghantar e-mel ke rc16@ktm.com untuk sebarang pertanyaan atau membuat pembelian.

Bagaimanapun, KTM akan menentukan pembeli yang benar-benar layak untuk membeli kedua-dua jentera terbabit.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube