Bikesrepublic

Berita Terkini

 

  • Pol Espargaro dan Bradley Smith akan berlumba dengan KTM RC16 dalam MotoGP

  • Brad Binder dan Miguel Oliveira akan mulakan usaha KTM dalam kategori Moto2

  • Niccolo Antonelli dan Bo Bendsneyder akan mempertahan kejuaraan KTM dalam Moto3

KTM baru sahaja melancarkan kesemua motorsikal yang akan berlumba dalam ketiga-tiga kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3. Perlancaran berlangsung semalam di Austria bersama pelumba-pelumba yang telah dipilih oleh syarikat Austria tersebut. KTM merupakan satu-satunya pengeluar yang akan mengambil bahagian dalam semua kategori MotoGP. (more…)

  • Triumph telah menandatangani perjanjian dengan Dorna

  • Enjin 600cc 4-silinder Honda akan digantikan dengan enjin 765cc tiga silinder

  • Enjin sama yang digunakan untuk motorsikal 2017 Triumph Street Triple

Setelah sekian lama ura-ura berkeliaran di laman web, Triumph telah disahkan sebagai pembekal enjin utama MotoGP dalam kategori Moto2 mulai 2019. Berita ini telah pun dibincangkan sejak beberapa bulan lepas tetapi Triumph berjaya menandatangani perjanjian bersama Dorna sebagai pengganti Honda dalam kategori Moto2. (more…)

  • Hanya Vinales dan Marquez mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat

  • Vinales lengkap 101 pusingan di litar Phillip Island

  • Kemajuan besar dari Dani Pedrosa di tempat ketiga

Sekali lagi, Maverick Vinales dari pasukan Movistar Yamaha membuktikan bahawa dia adalah pelumba terlaju di sesi ujian di litar Phillip Island, Australia. Selama sesi tiga hari yang lepas, hanya Maverick Vinales dan Juara MotoGP 2016 Marc Marquez berjaya mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat. (more…)

  • Notis rasmi dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia

  • Pelan “recall” suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket)

Perhatian kepada semua pemilik Yamaha YZF-R25. Yamaha Motor Co. Ltd. (Jepun) baru sahaja membuat pengumuman untuk sebuah pelan “recall” kepada motorsikal Yamaha YZF-R25. Ini kerana terdapat isu dengan dua komponen motorsikal tersebut iaitu suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket). (more…)

  • Tuneboss ECU untuk tiga model motorsikal popular

  • Dibuat oleh FSR Technology, Syarikat 100% milik rakyat Malaysia

  • Produk TuneBoss juga terdapat di Thailand, Philippines, Vietnam, Eropah dan Mexico

FSR Technology baru sahaja melancarkan tiga TuneBoss ECU baru untuk tiga model popular di Malaysia iaitu Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R. Ketiga-tiga ECU baru dari TuneBoss boleh didapati pada hujung bulan ini. (more…)

Setelah Spark Racing memenangi tender untuk menyediakan rangka untuk jentera Formula E musim ke-5  mereka hadir dengan cabaran baru dimana jentera elektrik ini perlu melangkaui jarak 2 kali ganda daripada sebelumnya. Cabaran mereka adalah untuk menyediakan rangka yang ringan dan aerodinamik dan gambar-gambar ini adalah rekaan yang mungkin akan hadir pada 2018 nanti.

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube