Bikesrepublic

Berita Terkini

Tahun 2017 merupakan tahun yang sibuk buat juara Cub Prix kategori CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayuddin dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran juara kebangsaan dan pada masa sama bakal melangkah ke saingan antarabangsa Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV. Kasma akan berlumba dalam kelas Moto3 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing di pentas antarabangsa. (more…)

 

  • GIVI sebagai penaja utama pasukan Yuzy Racing Team

  • Pasukan diketuai oleh Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, bekas pelumba tersohor negara

Pembuat barangan aksesori motorsikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah melanjutkan penajaan bersama Yuzy Racing Team untuk kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) bagi tahun 2017. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut sejak 2012, GIVI telah menjadi penaja utama bagi pasukan diketuai oleh bekas pelumba tersohor negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini. (more…)

  • Rekabentuk luaran dan warna baharu: Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue)

  • Peningkatan prestasi bahan api

  • Diiktiraf sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) dan berpiawaian Euro3

Boon Siew Honda baru sahaja melancarkan model terbaru Honda Wave Alpha iaitu 2017 Honda Wave Alpha MMC. Model terbaru ini lebih bergaya, mesra alam serta cekap bahan api. (more…)

Peraturan Teknikal Akan Diperbaiki Bagi Memastikan Persaingan Sengit Dan Mencabar

Persaingan diantara dua jentera Supercub, Honda RS150R dan Yamaha 15ZR dalam kategori CP150 dijangka menjadi perhatian menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada 4 dan 5 Mac ini.

Dalam sesi ujian pra-musim yang berlangsung di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) baru-baru ini, prestasi kedua-dua jentera ini agak seimbang dengan tujuh pelumba terpantas mencatat masa yang tidak jauh berbeza.

Pendatang baharu kelas perdana, Onexox TKKR Racing, mengungguli sesi apabila naib juara kelas Wira 2016, Md Helmi Azman muncul pelumba terpantas dengan catatan 1’02.535s diikuti juara CP130 2017, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang mencatat masa 1’02.624s.   (more…)

  • Kembara ‘Global Dream Ride’ dari 11.9.2015 hingga 16.9.2016

  • 65,639km merentasi 40 negara dengan Yamaha FZ150i dan kelengkapan GIVI

Duta GIVI, Anita Yusof sekali lagi membanggakan negara dengan menjadi personaliti pertama dari Malaysia untuk menerima anugerah dari ‘Asia Book of Records’ di dalam kategori ‘Tunggangan Solo Seluruh Dunia (Wanita)’. Bermula di Putrajaya pada 11 September 2015, Anita menamatkan pengembaraan solo ‘Global Dream Ride’ nya di Bukit Kayu Hitam pada Hari Malaysia 16 September 2016. Berjaya merentasi 40 negara dan 4 benua, beliau mencatat sejumlah 65,639km secara keseluruhan. (more…)

Triumph Motorcycles Malaysia baru sahaja mengumumkan harga bagi lima model terbaru untuk tahun 2017. Kesemua model ini akan sampai di tanah air dalam masa terdekat kecuali model Street Triple 800 S yang akan hadir sedikit lambat dari yang lain (dengan harga anggaran dibawah RM50,000). Dibawah adalah senarai model-model 2017 bersama harga mereka. (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube