Bikesrepublic

Berita Terkini

  • Piaggio, Vespa dan Aprilia akan ditempat dibawah satu fasiliti di Naza Automall, Petaling Jaya

  • Ruang Pameran Konsep Piaggio Motoplex dan Pusat Teknikal Naza Premira Technical Centre untuk servis selepas jualan

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi Piaggio, Vespa dan Aprilia di Malaysia telah menyelaraskan operasi jualan mereka di bawah satu bahagian di Ruang Pameran Konsep Piaggio Motoplex bertempat di Naza Automall, Petaling Jaya. Usaha ini telah dijalankan untuk meningkatkan lagi kualiti pengalaman kepada pelanggan untuk ketiga-tiga jenama motorsikal ini. (more…)

Givi Malaysia membawakan bakul tengah berpenutup yang memberikan lebih keselamatan dan pelindungan kepada barangan anda.

Mampu memuatkan sehingga 2 kg barangan dengan kapasiti maksima 10 liter luas.

Saya setuju dengan rekaan ini sejak dari dulu lagi kerana ini cukup memudahkan. Tiada barangan yang mahu terbang dari bakul sekiranya anda menunggang motor dalam keadaan berangin.

Tambah bagus dengan pemikiran jurutera Givi untuk membuatkannya tidak menghalang tempat duduk semasa pengisian minyak.

Terdapat untuk model terpilih sahaja. Gambar diatas adalah untuk Y15ZR.

Ala, harga Givi tak maklumkan pula…

Aprilia baru sahaja melancarkan jentera yang akan bertanding dalam kejuaraan MotoGP 2017. Aprilia bersama dua pelumba terbaru bagi musim tahun ini adalah Sam Lowes dari United Kingdom dan Aleix Espargaro dari Sepanyol.

Sejak penyertaan semula pengeluar motorsikal berkuasa tinggi dalam MotoGP, mereka telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran untuk bertanding bersama motor-motor yang laju terutama dari Honda dan Yamaha. Tahun ini, mereka akan mencuba sekali lagi untuk berada di tapak hadapan dengan jentera dan pelumba baru. (more…)

Nota: kami tak jual ya, hanya berkongsi

AHM atau Ah Hong Motor terkenal dengan siri ekzos prestasi tinggi yang bingit hadir dengan ekzos perlumbaan untuk Yamaha Y15ZR. AHM M3 SPR sesuai untuk anda yang menggunakan jentera Y15ZR anda dalam litar perlumbaan dengan lebih kuasa dan bunyi yang lebih bingit.

Hanya RM480 dan boleh didapati di Chong Motor atau kedai berdekatan anda.

  • Kasma Daniel dan Jentera Yamaha Y15ZR dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor

  • Rakan sepasukan Ahmad Fazli Sham tamat di tempat ke-2

  • Zaqhwan Zaidi jatuh ke tempat ke-3 setelah dicantas Fazli di pusingan terakhir

Pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas telah melihat Kasma Daniel sekali lagi telah membuktikan mengapa beliau merupakan juara CP130 tahun 2016. Dalam kategori 150cc baru yang bermula di Temerloh, Pahang hujung minggu yang lepas, Kasma muncul sebagai juara dan rakan sepasukan beliau Ahmad Fazli Sham menamatkan pusingan pertama di tempat kedua. (more…)

  • Konvoi khas untuk wanita aturan kumpulan Throttle Riot

  • Lebih dari 100 penunggang wanita dianggar untuk menyertai konvoi dari Triumph Malaysia (Fast Bikes) ke The Bee, Publika

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2017, kumpulan motorsikal tempatan Throttle Riot akan menganjurkan satu acara konvoi istimewa yang bernama “Moto dan Gincu”. Konvoi ini akan bermula pada jam 4 petang esok (4 Mac 2017) dari Triumph Malaysia (Fast Bikes) di Petaling Jaya sehingga Publika, Solaris Dutamas untuk sambungan acara tersebut. (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube