Bikesrepublic

Masuk ‘Corner’ Terlalu Laju – ‘Overshoot’ atau Boleh Diselamatkan Lagi?

Bayangkan scenario ini: Anda tiba di sebuah selekoh. Ia kelihatan seperti selekoh yang laju, jadi anda pun menyusur masuk. Malangnya, anda barulah sedar bahawa puncak selekoh ini sebenarnya lebih jauh ke dalam. Dalam erti lain, selekoh itu sebenarnya lebih tajam. Tetapi kelajuan motosikal masih terlalu tinggi dan anda mula bergerak ke bahagian luar selekoh dan terbabas (‘overshoot‘).

Apa yang perlu anda lakukan? Apa yang boleh anda lakukan?

Kemahiran asas ketika menunggang motosikal

Terdapat lima kemahiran asas yang WAJIB dimiliki oleh setiap penunggang motosikal:

  1. Kemahiran mengemudi.
  2. Penglihatan.
  3. Kawalan pendikit.
  4. Kawalan brek.
  5. Kedudukan/kawalan badan.

Tidak semestinya dalam susunan itu, tetapi kemahiran ini perlu sentiasa dikuasai.

Mari kita ingat lima perkara ini semasa kita membawa anda melalui pengalaman menunggang yang mendebarkan.

Jangan panik!

Ini ialah perkara paling penting. Sensai panik hanya akan memburukkan keadaan—padahal anda sebenarnya masih boleh pulang dengan selamat kepada orang tersayang.

Perkara pertama yang terjadi ketika panik ialah badan anda menjadi tegang. Badan yang tegang akan mengunci posisi anggota badan, menyebabkan anda tidak mampu memberikan daya kemudi motosikal dengan berkesan.

Tumpukan pandangan ke dalam selekoh

Motosikal akan menuju ke mana anda memandang. Jadi, jika anda panik dan memandang ke kawasan di luar selekoh, anda akan terbabas.

Cara terbaik untuk mengatasi panik ialah dengan memusingkan kepala ke arah selekoh bersama pandangan mata. Perbuatan sedemikian akan meredakan rasa panik kerana anda tahu di mana selekoh dan akhirnya titik keluar selekoh.

Tambahkan daya kemudi

Ingat teknik countersteer: Tolak hendal bahagian dalam selekoh (tolak kiri untuk belok kiri/tolak kanan untuk belok kanan) serta tarik bahagian luar dengan pantas. Cara mengemudi ini dilakukan oleh penunggang motosikal yang ‘advanced’ dan motosikal akan lebih membelok dengan lebih cepat ke dalam selekoh.

Kawal pendikit

Patutkah tutup pendikit? Buka pendikit? Atau kekalkan sahaja?

Jawapannya: jangan buat apa-apa perubahan yang mendadak.

  • Jika anda sudah menutup pendikit ketika mula masuk selekoh, biarkan ia tertutup.
  • Jika pendikit sedikit terbuka, kekalkan di posisi itu – jangan ditutup atau dibuka lebih lanjut.

Sebarang perubahan pada pendikit akan mengalihkan berat motosikal dan mengganggu keseimbangan casis.

  • Berat beralih ke tayar depan.
  • Motosikal akan ‘overshoot’.
  • Tapak tayar hadapan melebar dan meningkatkan geseran
  • Pengendalian motosikal menjadi “berat” dan susah untuk dibelokkan.

Sebaliknya, jika anda menambah pendikit:

  • Berat beralih ke belakang.
  • Tayar hadapan menjadi ringan (tapak sentuhan tayar mengecil).
  • Tapak kecil kurang responsif terhadap daya kemudi.
  • Akibatnya: motosikal cenderung ‘overshoot.’
  • Pentingnya mengekalkan pendikit:
  • Keseimbangan casis kekal stabil.
  • Daya kemudi konsisten dan boleh diramal.
  • Jika terpaksa kurangkan pendikit:
  • Lakukan secara beransur-ansur (bukan tutup tiba-tiba).
  • Putar pendikit ke bawah dengan lancar.

Ketika keluar selekoh:

  • Mulakan buka pendikit untuk menstabilkan motosikal.
  • Gunakan pendikit untuk pacuan keluar yang terkawal.

Ingat: Pendikit bukan suis ‘ON/OFF’! Sebaliknya ia alat untuk mengawal:

  1. Kelajuan.
  2. Keseimbangan casis.
  3. Tahap cengkaman tayar.
Boleh brek atau tidak?

Sebelum masuk selekoh:

  • Boleh gunakan brek depan tetapi;
    • Jangan cengkam tuil brek ibarat hendak menghancurkan batu.
    • Sebaliknya, perah perlahan-lahan untuk rasa ‘gigitan’ brek.
    • Lepaskan tekanan secara beransur semasa memerengkan motosikal.
    • Buka pendikit setelah nampak laluan keluar dan brek dilepaskan.
    • Teknik ini dipanggil ‘trail braking.”

Ketika motosikal sudah condong di dalam selekoh:

  • Jangan sentuh brek depan – ini undang bencana!
  • Sebalinknya tekan brek belakang sedikit kerana ia akan:
    • Memberikan rintangan di belakang pusat graviti motosikal.

    • Dan meratakan casis (keberatan motosikal tidak berubah ke depan atau belakang) dan motosikal dapat mengikuti selekoh dengan ketat.

Teknik ini digunakan oleh hampir SEMUA pelumba MotoGP!

Penutup

Semuanya bermula dengan tidak panik, tetapi yang lebih penting – latih lima kemahiran tadi setiap kali ada peluang. Saya sendiri sentiasa amalkan teknik ini setiap kali menunggang. Latihan ini tidak perlu dilakukan pada kelajuan tinggi. Sebenarnya, anda akan lebih cepat mahir jika berlatih secara perlahan dan konsisten, dan tambahkan kelajuan secara beransur-ansur.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube