Bikesrepublic

Berita Terkini

 

 

  • Kedua-dua tempat bagi pasukan Pull&Bear Aspar Team bagi musim 2018 telah disahkan setelah pengumuman mereka menandatangani Karel Abraham untuk satu lagi musim bersama pasukan MotoGP berkenaan.
  • Kemunculan semula Abraham di grid MotoGPtelah membuahkan hasil yang memberangsangkan buat setakat ini dengan keputusan perlumbaan yang sentiasa berada di dalam kedudukan 10 teratas serta satu permulaan perlumbaan di barisan hadapan buat penunggang berusia 27 tahun dari Republik Czech ini.
  • Abraham akan meneruskan usaha dalam MotoGP pad musim hadapan bersama dengan teman sepasukan semasanya yang berasal dari Sepanyol, Alvaro Bautista.

(more…)

 

  • Takaaki Nakagami telah pun diumumkan sebagai penunggang terbaru yang akan menyertai MotoGP musim 2018 dan akan bersaing dengan pasukan LCR Honda.
  • Penunggang berusia 25 tahun dari Jepun itu telah menandatangani kontrak bagi tahun 2018 sebagai penunggang di bawah kontrak HRC dan akan bertanding di samping teman sepasukannya, Cal Crutchlow.
  • Dengan LCR Honda akhirnya telah berjaya mendapatkan tempat bagi penunggang keduanya, grid MotoGP kini telah muktamad dengan 24 orang penunggang.

(more…)

 

 

  • Motonation 2017 telah menandatangani satu kerjasama dengan program TERAJU SUPERB untuk menganjurkan pertandingan SUPERB Walk-In Bizpitch @ Motonation 2017.
  • Sejumlah RM3 juta akan di bahagikan kepada beberapa para pemilik perniagaan terpilih dalam industri permotoran bagi membantu mereka yang sedang meningkat naik dalam industri automotif untuk berkembang menjadi perniagaan yang berjaya.
  • Pemilihan usul perniagaan secara jumpa terus ini akan bermula pada hujung minggu ini semasa Motoring Art Festival (26 Ogos 2017) dan ianya akan berterusan sepanjang tempoh jelajah berkenaan di enam lokasi yang berbeza.

(more…)

 

  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah membuat hentian kedua di Pasir Gudang,Johor sebagai sebahagian daripada jelajah Kawasaki “Always Closer to You” pada hujung minggu yang lalu.
  • Lebih daripada 2,500 pengunjung telah menghadiri jelajah ini bagi menyertai acara-acara jelajah ini terutamanya sesi tunggang uji bagi ke semua model motosikal Kawasaki yang terbaru.
  • Orang ramai dari sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru telah diberikan peluang bagi menunggang uji ke semua motosikal bermula daripada motosikal ‘pit’ Z125 yang menyeronokan sehinggalah model yang cukup gah berkuasa, Z900 ABS 2017.

(more…)

 

 

  • Jelajah Motonation Edisi 2 telah kembali dan akan bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur pad 26 Ogos 2017.
  • Diberi nama Motonation “Motoring Art Festival”, para penggemar permotoran dan seluruh ahli keluarga dapat hadir dan luangkan hari mereka di samping kenderaan yang hebat, muzik serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan.
  • Jelajah Motonation ini akan mengelilingi Malaysia bagi mempromosikan acara utamanya yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

(more…)

Sekeping gambar intipan sekilas penampakan jentera Yamaha YZF-R15 yg sedang diuji di Sungai Buloh dikirim oleh pembaca, Haziq. 

Telah lama peminat motosikal di Malaysia menginginkan jentera ini, tetapi belum ada perkhabaran mengenainya. Kali ini, ia sedang diuji. Mungkin hanya sekadar ujian dalaman atau ujian jalanan untuk pelancaran pada masa depan. Kami pun tak pasti.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube