Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: StadiumAstro

MotoGP dengan rasminya mengabadikan nombor 69 milik Nicky Hayden dalam satu majlis yang diadakan di GP Amerika, semalam.

Bekas juara MotoGP 2006 itu – yang diberi jolokan The Kentucky Kid – meninggal dunia di usia 35 tahun apabila terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang mengayuh basikal dalam satu sesi latihan di Itali pada Mei 2017.

Mereka yang hadir ketika majlis penghormatan tersebut terdiri daripada ahli keluarga Hayden termasuk presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa, Jorge Viegas dan Carmelo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna.

Tommy Hayden meluahkan rasa terima kasih kepada penghargaan khas yang diberikan kepada adiknya itu.

“Terima kasih kepada semua yang bersama kami hari ini. Nicky amat menyayangi arena MotoGP kerana dia mengenali ramai individu yang baik.

“Nicky bukan sahaja melakar pelbagai kejayaan di atas litar malah memberi impak besar dalam kehidupan semua termasuk di luar litar.

‘Nombor 69 memberi makna istimewa dalam keluarga kami. Ayah saya berlumba dengan nombor yang sama termasuklah adik beradik kami.

“Nicky membawa nombor tersebut sepanjang kariernya jadi ini satu penghargaan kepada kami. Terima kasih kepada semua kerana memastikan legasi Nicky terus berjalan, katanya.

(SUMBER: StadiumAstro)

Sumber: StadiumAstro

Marc Marquez meneruskan dominasi dalam saingan MotoGP musim ini apabila berjaya merekodkan kedudukan pertama di GP Amerika buat kali ketujuh berturut-turut dalam kariernya.

Marquez telah pun memenangi kesemua enam perlumbaan di Litar Americas apabila dia memulakan perlumbaan di petak pertama.

Pelumba Sepanyol itu miliki peluang cerah untuk mengulangi kejayaan buat kali ketujuh di Austin selepas mencatatkan masa 2 minit 3.787 saat.

Dia juga muncul pelumba terpantas ketika sesi terakhir ujian tatkala FP3 terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat.

Sementara itu, pelumba veteran, Valentino Rossi bakal memberi saingan terhadap Marquez apabila bakal memulakan saingan di tempat kedua dengan Cal Crutchlow ketiga.

Dalam perkembangan lain, wakil tunggal negara, Hafizh Syahrin akan memulakan aksi di petak ke-21 selepas mencatat masa 2 minit 7.417 saat.

Keputusan sesi kelayakan:

1. Marc Marquez (Repsol Honda) 2:03.787
2. Valentino Rossi (Movistar Yamaha) 2:04.060
3. Cal Crutchlow (LCR Honda) 2:04.147
4. Jack Miller (Alma Pramac Racing) 2:04.416
5. Pol Espargaro (KTM) 2:04.472
6. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) 2:04.489
7. Alex Rins (Team Suzuki Ecstar) 2:04.534
8. Danilo Petrucci (Ducati) 2:04.696
9. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) 2:04.941
10. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) 2:05.278
11. Jorge Lorenzo (Repsol Honda) 2:05.383
12. Francesco Bagnaia (Pramac Racing) 2.05.887

(SUMBER: StadiumAstro)

  • Suzuki Malaysia telah memuatnaik dalam laman Facebook mereka gambar motosikal Suzuki Katana 2019 yang telah pun tiba di tanah air kita!
  • Bagaimana pun, maklumat tambahan mahu pun harga rasminya masih tidak diketahui.
  • Satu carian di Mudah.my mendapati ada pos-pos dari bulan lepas yang menawarkan motosikal berkenaan pada harga RM85,000.

(more…)

  • Fail paten telah menunjukkan yang Yamaha sedang berusaha menghasilkan sebuah enjin ‘twin’ cas turbo.
  • Yamaha ingin mengurangkan emisi ekzos dengan menggunakan pengecas turbo.
  • Pengecas turbo menambah keberkesanan lohong masukan dengan menyedut lebih banyak udara ke dalamnya.

(more…)

Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi telah terlibat dalam kemalangan apabila memecut laju di simpang tiga berdekatan pusat membeli-belah Atria di Petaling Jaya, semalam.

Dalam satu rakaman video ‘dashcam’ berdurasi 35 saat yang dimuat naik di laman Facebook Chan Brothers memaparkan kereta tersebut secara tiba-tiba bergerak dengan laju lantas melanggar bahu jalan sebelum ‘mendarat’di atas sebuah kenderaan jenis Toyota Camry.

Kedua-dua kereta mengalami kerosakkan dan sebuah lori tunda telah dipanggil bagi membantu menarik kedua-dua kenderaan terbabit.

Ketika ini, ramai yang masih belum mengetahui punca sebenar disebalik tindakan pemandu Myvi yang secara tiba-tiba memecut laju di atas jalan raya yang basah sehingga melanggar lampu merah sebelum menghentam bahu jalan.

(SUMBER: Facebook)

Md Helmi Azman yang menduduki tempat kedua ketika aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin bulan lalu menganggap litar Batu Kawan sebagai medan ujian sebenar bagi jentera Honda musim ini.

Pelumba Hi Rev SCK Honda Racing itu beranggapan kemenangan tiga pelumba Honda di Jasin sebelum ini dibantu oleh keadaan litar.

“Kalau kita perhatikan sewaktu di Jasin, walaupun laluan lurus hanya 159 meter berbanding di Batu Kawan yang mempunyai jarak 293, namun sudut selekoh kedua-dua litar ini agak berbeza,” jelas juara Underbone 150cc Asia 2018 itu.

“Sudut selekoh di Jasin agak lebar dan laju, jadi ia banyak memberi kelebihan kepada kami untuk mengekalkan kelajuan namun sedikit berbeza di Batu Kawan yang lebih teknikal.

“Di sini, sudut selekoh lebih kecil terutama di laluan ‘S’ dan terdapat bulatan yang akan memperlahankan kelajuan jentera dan pada masa sama memerlukan jentera kami untuk memberi tindak balas yang lebih tangkas berbanding jentera Yamaha,” jelas Helmi.

Helmi yang sekali lagi mahu menaiki podium minggu ini tekad menguji kemampuan Honda di Pulau Pinang yang rata-rata didominasi jentera Yamaha musim lalu.

“Kalau diperhatikan musim lalu, Yamaha mempunyai banyak kelebihan di litar teknikal seperti ini jadi minggu ini penting dalam mengukur prestasi jentera bagi menghadapi pusingan akan datang,” tambahnya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube