Bikesrepublic

Berita Terkini

Kredit foto: Facebook ARRC

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini.

Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC.

Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan Shah bersama jentera BMW S1000RR ternyata membawa perbezaan apabila berjaya memintas pencabarnya itu sebaik perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

Azlan Shah menamatkan perlumbaan 1.965 saat di hadapan Thitipong sementara tempat ketiga jadi milik pelumba Australia, Broc Parkes daripada pasukan Yamaha Racing Team.

Sementara itu, rakan sepasukan Azlan Shah, Farid Badrul Hisham menamatkan saingan di kedudukan keenam.

Berikut keputusan penuh perlumbaan:

Kredit foto: Facebook ZK Racing

Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, mahu merebut gelaran juara dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bagi kelas Supersports 600cc.

Pelumba berusia 20 tahun itu yakin pengalaman dimiliknya ketika bersaing di Moto3 akan memainkan peranan penting dalam merebut podium bersama pasukan SIC Junior ZK Racing.

Kredit foto: Facebook ZK Racing

Adam digugurkan hujung musim lalu daripada pasukan Moto3 Petronas Sprinta selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten selepas tiga tahun beraksi.

Enggan berasa kecewa sebaliknya Adam yakin merebut podium musim ini.

“Sasaran saya mahu mendapatkan podium. Sekarang saya masih dapat rasakan kecederaan tetapi ia tidak serius. Musim masih panjang dan saya sasarkan podium,” ujarnya.

Dalam aksi ujian bebas semalam, Adam menarik nafas lega berjaya merekodkan 2 minit 11.189 saat sekaligu memperbaiki rekod ketika sesi ujian rasmi, 2 minit 11.818s.

Adam akan beraksi hari ini dalam sesi kelayakan bagi memburu kelompok depan perlumbaan yang berlangsung pada Ahad.

Valentino Rossi, Marc Marquez, Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales menyokong cadangan disuarakan Jorge Lorenzo agar menganjak waktu perlumbaan satu jam lebih awal.

Menurut laporan GPOne.com, perlumbaan dijadualkan bermula jam 8 malam (waktu tempatan) namun Lorenzo mencadangkan perlumbaan dimulakan lebih awal ekoran suhu litar jatuh mendadak sementara kadar kelembapan meningkat pada waktu itu sekaligus boleh menyebabkan kemalangan.

Hakikatnya itu yang berlaku ketika sesi ujian apabila ramai yang jatuh termasuk pelumba kelahiran Mallorca, Sepanyol itu.

Wakil Honda itu sempat menyampaikan cadangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta yang kelihatan menerima baik cadangan tersebut.

Para pelumba bakal duduk bersama Suruhanjaya Keselamatan bagi membincangkan isu terbabit.

Dalam perkembangan lain, juara bertahan Marc Marquez menyifatkan siapakah yang bakal menjadi saingannya musim ini hanya akan dapat ditentukan selepas lima atau enam perlumbaan.

“Secara peribadi saya berasakan kedua-dua wakil Yamaha dan Ducati terutamanya Petrucci akan memberi saingan sengit. Alex Rins juga mencatat masa baik ketika sesi ujian. Tidak ketinggalan rakan sepasukan saya – Jorge Lorenzo,”ujarnya.

 

Seorang wanita yang telah diseret oleh peragut – Sumber imej: worldofbuzz
  • Peragut bermotosikal adalah satu masalah yang besar dalam negara.
  • Di mana masalah ini sukar untuk dihapuskan sepenuhnya, ada cara untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa ragut.
  • Cara terbaik adalah untuk mengurangkan peluang bagi mereka untuk bertindak.

(more…)

Harga minyak petrol bagi RON97 akan naik 3 sen kepada RM2.46 bermula tengah malam ini.

Bagaimanapun, tiada perubahan terhadap harga bagi RON95 (RM2.08sen) dan diesel (RM2.18).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa harga sebenar RON95 adalah RM2.16 diikuti diesel RM2.38 namun kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan harga minyak agar dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Dibawah Mekanisme Harga Automatik (APM), harga minyak negara akan diumumkan setiap hari Jumaat dan akan berkuatkuasa selama satu minggu.

 

Mitsubishi Motors Malaysia menganjurkan Mitsubishi 4Sure Thrill Event bersama bekas juara dunia dua kali Rali Dakar, Hiroshi Masuoka dan pelumba negara Leona Chin di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, yang akan bermula esok hingga Ahad.

Acara tersebut membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri kehebatan model terbaru Mitsubishi Triton sambil ditemani pemandu profesional.

Hiroshi dan Leona bakal mengetuai sesi pemanduan dengan menampilkan kemampuan sebenar Mitsubishi Triton dengan melalui trek istimewa yang telah disediakan.

Hiroshi Masuoka merupakan bekas dua kali juara dunia rali Dakar – 2003 dan 2004 – sementara Leona dinobat sebagai Atlet Permotoran Wanita Harapan di Anugerah Automotif Asia 2019.

Selain itu, orang ramai yang hadir turut diberi peluang memandu uji Triton baharu di atas trek yang disediakan khas bagi menguji sistem pacuan empat roda Super Select II dan Hill Descent Control.

Senarai harga model Triton di bawah:

Varian

Harga (RM)

Warna

Triton Adventure X

RM135, 200

White Diamond, Jet Black Mica
Triton AT Premium

RM118, 600

White Diamond, Graphite Gray
Trition MT Premium

RM112, 500

White Diamond, Graphite Gray
Triton AT

RM105, 990

White Diamond, Sterling Silver
Triton MT

RM100, 200

White Diamond, Sterling Silver

 

Orang ramai yang bertandang ke acara tersebut akan dihujani dengan pelbagai hadiah antaranya:

  • 1,000 pelanggan pertama yang membeli Triton baharu itu bakal menerima bag Thule Subterra edisi terhad bernilai RM2,000.
  • Kad petrol bernilai RM30 untuk 30 pelanggan pertama yang membuat tempahan untuk sebarang model Mitsubishi
  • Payung ekslusif Ralliart untuk sesiapa yang membuat tempahan kenderaan Mitsubishi
  • Kopi Starbucks percuma bagi 100 peserta yang melengkapkan semua tiga cabaran.
  • Pemenang pertandingan foto/video 4Sure Thrill akan menerima baucer kad petrol bernilai RM800, kad Touch & Go bernilai RM500 dan baucar Tesco RM300.
  • Hadiah cabutan bertuah bernilai RM5,000

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube