
- Kemunculan sebuah motosikal terbang telah mengemparkan warga Thailand.
- Kejadian ini berlaku apabila sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan tidak semena-mena tersangkut pada kabel elektrik.
- Kemalangan itu telah berlaku di wilayah Surin.


Menjelang saingan pembukaan Formula 1 minggu ini di Australia, Suruhanya Formula 1 mengumumkan bahawa pelumba yang berjaya mencatat masa terpantas akan dianugerahkan dengan kutipan mata bonus.
Pengumuman yang dibuat semalam itu menjelaskan kutipan mata bonus itu akan dianugerahkan kepada pemandu dan pasukan yang berjaya mencatat masa terpantas dengan syarat mereka berjaya menamatkan perlumbaan dikedudukan 10 terbaik.
Suruhanya Formula 1 meluluskan usul tersebut yang kemudiannya disahkan Majlis Sukan Permotoran Dunia.
Perkara tersebut akan dilaksanakan di GP Australia hujung minggu tatkala Lewis Hamilton akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan.

Musim lalu, rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas memenangi Anugerah Pusingan Terpantas selepas mencatat masa terpantas dalam tujuh perlumbaan.

Mesti pernah terlintas di fikiran perasaan untuk melancong ke negara luar dengan menggunakan jalan darat tetapi bagi sekumpulan pemilik Proton X70, mereka menjadikan angan-angan itu sebagai satu kenyataan.
Pasukan Borneo Leisure Touring telah menganjurkan Trip Menakjubkan Malaysia-China melibatkan sekumpulan pemilik SUV premium itu yang sedang pun berlangsung ketika ini.
Merentasi empat negara – Malaysia, Thailand, Laos dan China – trip tersebut melibatkan perjalanan sejauh 13,000 km yang akan memakan masa selama 33 hari.
Bahagian pertama perjalanan telah pun dimulakan dengan setiap pemilik Proton X70 telah memandu sejauh 540km – merangkumi 12 jam pemanduan – dari Malaysia ke Hatyai, Thailand.d

Konvoi turut sempat singgah di PROTON Juru Auto-City dan menikmati makan malam bersama wakil PROTON Motors Thailand.
Hari kedua menyaksikan konvoi bergerak ke Hua Hin yang melibatkan perjalanan sejauh 720km namun peserta disajikan dengan keselesaan sepanjang pemanduan Proton X70.
Sebaik tiba, mereka disambut dengan kawasan pantai yang serba indah dan kelibat pelancong daripada serata dunia.

Memasuki hari ketiga, konvoi berjalan sejauh 619km menuju ke ibu kota Tak – yang berkongsi sempadan panjang dengan Myanmar.
Seperti biasa, peserta tidak berdepan sebarang masalah apabila Proton X70 dengan enjin 1.8TGDI dengan mudah memintas kenderaan lain yang lebih perlahan. Walaupun menempuh banyak lampu isyarat namun fungsi Auto Hold memudahkan peserta menikmati perjalanan.

Hari keempat dan kelima hampir pasti menjelmakan cabaran yang paling terbesar sejak trip Road Less Travelled diadakan. Bagaimanapun ia tidak menjadi masalah buat setiap peserta yang terlibat dengan masing-masing disajikan dengan pengalaman terbaik.
Manakan tidak, mereka sempat singgah di Magic Hill – terletak di Lebuhraya 105 – dan menyaksikan sendiri bagaimana Proton X70 yang dimatikan enjin mampu bergerak sendiri mendaki bukti sejauh 10 meter!

Konvoi kini telah pun berjaya sampai di sempadan China dan sudah pasti pelbagai lagi cabaran dan keindahan yang bakal menanti mereka untuk tempoh 28 hari akan datang.
Apakah yang akan terjadi dalam kisah seterusnya?

Setiap yang baik, ada pengakhirannya dan bagi peminat jentera dua roda, perkara yang paling menyedihkan sebagai seorang pemilik apabila tiba masa untuk kita melepaskan jentera kesayangan atas faktor-faktor tertentu.
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Kamal Adli meluahkan rasa sedih di laman Instagram miliknya apabila terpaksa melepaskan Aprilia Shiver 750 miliknya.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi suka dan duka yang ditempuh bersama jenteranya dalam tempoh beberapa tahun ini.
“good bye baby.. sumpah banyak gilaaa dugaan selama sy menjaga awak.. excident orang lain buat.. sadai bengkel 2 tahun..sy repair balik awak mahal nok harem.. tp syg pnya pasal repair jgk.. lepas elok, tiba2 excident pulak bersama saya.. alhamdulillah minor injury ja.. repair balik awak sebab syg.. dah elok kene curi pulak ngn org jahat.. lepas tu polis jumpa balik awak (tq Polis Diraja Malaysia) simpan kt balai setahun sebab mcm give up.. tp amik jgk kat balai repair lagi sekali n its time utk lepas kan awak kt org yg lebih baik n bertanggungjawab.. tqq my black babyy ? tolong jgn lupakan sy.. igt moment kita time jatuh tu okk.”
Daripada terlibat kemalangan berpunca daripada orang lain sehingga dicuri sebelum ditemui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kamal mengakui sudah sampai masa untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain.
Di mata orang ramai, mungkin kenyataan Kamal kelihatan kelakar dan tidak serius namun bagi peminat jentera dua roda mahupun jentera empat roda, bukan mudah untuk melepaskan kenderaan kesayangan lebih lagi apabila sudah banyak duit dibelanjakan.

Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mendominasi saingan pembukaan MotoGP di Litar Losail,Qatar namun sebaik perlumbaan berakhir, empat pasukan telah menyatakan bantahan terhadap kemenangan tersebut.

Segalanya berpunca daripada ‘winglet’yang diletakkan di bahagian depan tayar belakang.
Ducati mempertahankan penggunaan alat itu dengan alasan alat tersebut bertindak menyejukkan tayar bagaimanapun, pasukan yang menyatakan bantahan berpendapat ‘winglet’tersebut menghasilkan ‘downforce’ – sekaligus melanggar peraturan penggunaan ‘winglet’ berlebihan musim ini.
Antara yang lantang menyuarakan bantahan adalah, Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola yang turut memiliki pengalaman selama 20 tahun di pentas Formula 1 – Rivola bekerjasama dengan Minardi dan Toro Rosso sebelum ke Ferrari.
Sebelum ini, peraturan dengan jelas menyatakan penggunaan ‘winglet’ atau ‘deflector’ hanya boleh digunakan ketika litar dalam keadaan basah kerana fungsi utamanya adalah ia mampu memindahkan air di sekeliling tayar bagi memastikan keselamatan pelumba.
Bagaimanapun, peraturan tersebut telah pun dikemaskini dan kini penggunaan ‘deflector’ itu turut dibolehkan dalam keadaan litar kering, sekaligus membuka peluang kepada Ducati untuk menggunakan ‘winglet’ atas alasan sama.
Di mata pengeluar lain, jelas sekali penggunaan ‘winglet’memberikan kelebihan daripada aspek aerodinamik – Yamaha menggunakan alat sama ketika perlumbaan litar basah di Valencia tahun lalu.
Aduan yang dikemukan kepada Race Direction MotoGP telah disertakan dengan laporan teknikal intensif oleh Rivola bagi menyokong hujahnya bahawa penggunaan ‘winglet’ menghasilkan downforce.

Selain Aprilia, Suzuki, Honda dan KTM turut sama menyatakan bantahan terhadap penggunaan ‘winglet’ oleh Ducati. Mereka berasa ragu dengan alasan Ducati bahawa alat tersebut digunakan untuk menyejukkan tayar meskipun suhu litar di hari perlumbaan berada di bawah 25 darjah celsius.
Keputusan penuh oleh FIM dijangka bakal dilakukan dalam masa beberapa hari.
BMW Malaysia memperkenalkan The 8, sebuah jentera baharu dalam keluarga BMW yang dijanjikan akan menggegar dunia empat roda dengan prestasi luar biasa, reka bentuk emotif serta inovasi yang tiada bandingannya. (more…)