Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengembaraan Modenas “Explore the Unexplored” Ride kini telah sampai ke penghujungnya minggu depan dan bagi mengakhiri program epik ini, Modenas telah menyediakan program yang istimewa bagi para peserta.

Bagi edisi kali ini, pengembaraan akan bermula pada pagi 13 Julai 2019 daripada Juru Auto City, Perai dan akan menuju ke Cameron Highlands untuk menikmati cuaca dingin.

Konvoi kemudiannya akan turun ke Bentong menerusi jalan Cameron Highlands – Sungai Koyan sebelum menuju ke destinasi terakhir yang terletak di Rimba Valley Motocamp di mana peserta akan berkhemah di tepi sungai yang jernih sambil ditemani bintang-bintang di langit pada waktu malam.

 

Rimba Valley Motocamp turut merupakan tuan rumah kepada Rimba Raid yang akan berlangsung seminggu kemudian.

Peserta hanya perlu menanggung kos minyak motosikal masing-masing sementara segala makanan, minuman serta tempat penginapan akan disediakan pihak Modenas, jadi usah risau!

Inisiatif “Explore the Unexplored” bermula selepas Modenas Dominar D400 dilancarkan di Malaysia. Seperti namanya, ia membuka peluang kepada pemilik Dominar bukan sahaja untuk menjelajah seluruh Malaysia dengan jentera kesayangan mereka malah berkongsikan pengalaman dengan pemilik Dominar D400 di seluruh dunia!

Bukan itu sahaja, peserta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi pertandingan gambar terbaik bersama jentera Dominar masing-masing.

Diingatkan peluang ini terbuka untuk pemilik Modenas Dominar D400 sahaja dan atas faktor keselamatan serta memastikan kelancaran tunggangan, tidak dibenarkan untuk membawa penumpang (pillion).

Anda yang berminat sila hantarkan email kepada safrin@modenas.com.my

Polis sedang memburu dua penjenayah yang telah melarikan beg tangan milik seorang penolong pegawai perubatan dengan memecahkan tingkap keretanya dalam kejadian yang berlaku di Jalan Gombak, Kuala Lumpur, semalam.

Mangsa berusia 28 tahun itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dengan memandu kereta jenis Kia Sorento sebelum didatangi dua suspek yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk penumpang depan sebelum melarikan beg tangan.

“Mangsa terdengar bunyi ketuk di bahagian tempat duduk penumpang depan lalu melarikan diri dengan motosikal mereka,” demikian kenyataan dibuat Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa mengalami kerugian RM2,000.

Difahamkan polis telah mengenal pasti kedua-dua suspek dan usaha memburu sedang dijalankan ketika ini.

PROTON terus mengorak langkah positif bagi tahun 2019 apabila merekodkan penjualan sebanyak 7,615 unit bagi bulan Jun yang merupakan penjualan kedua tertinggi tahun ini.

Proton merekodkan penjualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan apabila berjaya menjual lebih 10,611 unit, Mei lalu.

Kesinambungan itu diteruskan bagi bulan Jun 2019 yang menyaksikan kenaikan 23 peratus berbanding bulan sama bagi 2018.

Di antara jumlah yang terjual bagi Jun, 78 peratus daripadanya terdiri daripada Proton Persona, Iriz, Saga dan Exora. Jumlah itu menyaksikan kenaikan 2 peratus berbanding 76 peratus pada bulan Mei.

Setakat ini, Proton Persona telah menerima lebih 11,500 tempahan diikuti 3,500 tempahan bagi Iriz dan 1,500 bagi Exora.

Sementara Proton X70 terus unggul sebagai SUV pilihan rakyat Malaysia dengan lebih 15,175 unit telah pun dijual.

Dalam tempoh setengah tahun pertama (Januari hingga Jun) Proton telah mencatat penjualan sebanyak 43,679 unit – 61 peratus kenaikan berbanding tahun 2018.

Bulan September tahun ini bakal menyaksikan acara paling ekslusif bakal diadakan di bandar Maranello, Itali. Universo Ferrari merupakan acara sulung yang didedikasikan untuk dunia Ferrari.

Selain memberi peluang tontonan peribadi kepada klien ekslusif untuk melihat jentera baharu Ferrari dengan lebih dekat, orang ramai turut berpeluang untuk menyaksikan barisan kereta Ferrari.

Bagi memeriahkan acara, Ferrari turut membina struktur khas berdekatan dengan kilang pengeluaran bagi mempamerkan segala model dari klasik hingga terkini.

Antara model yang dijangka akan menarik perhatian orang ramai adalah Ferrari SF90 Stradale, jentera hibrid serba baharu oleh Ferrari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ferrari.com.


Gara-gara meletakkan kereta sehingga menghalang laluan kenderaan lain, sebuah kereta jenis Toyota Vios telah dicalarkan dengan beberapa tulisan dalam satu kejadian yang berlaku di Kuching, Sarawak.

Menurut perkongsian di laman Facebook Sarawak Viral, kereta terbabit telah menghalang laluan keluar parkir di sebuah hotel di Kuching.

Kereta tersebut disyaki telah dicalarkan oleh salah seorang pemandu yang ternyata berang dengan tindakan pemilik Vios itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji tindakan individu yang mencalarkan Toyota Vios terbabit.

(SUMBER: Sarawak Viral)

 

Baru-baru ini BMW telah mendedahkan perancangan mereka bagi kenderaan elektrik antaranya akan melancarkan 25 kenderaan elektrik menjelang 2023.

Pada masa sama, BMW turut memperkenalkan dua model EV konsep, motosikal Motorrad Vision DC Roadster dan kereta sport BMW Vision M NEXT.

Kedua-dua kenderaan ini ternyata mempamerkan rekaan futuristik dan seakan mendapat inspirasi daripada filem cyberpunk – tidak hairanlah jika kelibat dua jentera ini akan terlihat di beberapa filem akan datang.

Bagaimanapun, seperti semua sedia maklum EV tidak menghasilkan sebarang bunyi daripada enjin.

Justeru, BMW menggunakan khidmat komposer terkenal, Hans Zimmer – yang bertanggungjawab menghasilkan muzik untuk filem Dark Knight Rises, The Amazing Spider-Man 2, Interstellar dan Batman v Superman – bagi menghasilkan bunyi khas bagi setiap kenderaan elektrik.

Tindakan ini bukan perkara baharu kerana pengeluar lain, Jaguar atau Harley-Davidson telah pun menghasilkan bunyi khas bagi kenderaan elektrik mereka.

Zimmer bersama-sama pereka bunyi BMW, Renzo Vitale telah menghasilkan bunyi futuristik bagi Bagi BMW Vision M NEXT, yang seakan-akan menyerupai bunyi yang hanya boleh didapati ketika menonton filem Star Wars!

Dengar bunyi yang dihasilkan untuk BMW Vision M NEXT di bawah:

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube