Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: Caricos.com

Mitsubishi mengakhiri legenda Lancer Evolution dengan pelancaran model Final Edition pada 2015. Sejak daripada itu, Mitsubishi berulang kali menekankan bahawa Evo akan terus terkubur sebagai legenda dan tidak akan membuat penampilan semula.

Bagaimanapun, menurut laporan baharu oleh Autocar, Mitsubishi didakwa telah membuat pusingan U dan akan kembali dengan Lancer Evo serba baharu!

Autocar mendakwa generasi ke-11 Lancer Evo akan didatangkan dengan enjin daripada Renault Megane RS Trophy-R – 1.8 liter dengan 296hp dan 400Nm tork.

Bagaimanapun, hasil kerjasama di antara Renault-Nissan-Mitsubishi, dikhabarkan Lancer Evo XI akan datang bakal dilengkapi enjin 2.0 liter yang mampu menghasilkan 341hp dan 433Nm tork.

Jika dakwaan ini berasas, angka tersebut masih jauh ketinggalan di belakang Lancer Evolution X FQ-440 MR yang menghasilkan 440hp dan 559Nm tork.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa Evo XI akan menggunakan platform CMF-C/D F4 dengan sistem ‘all-wheel drive’.

Ketika ini masih tiada sebarang maklumat mengenai tarikh model ini akan dilancarkan namun pastinya peminat Lancer Evo tidak sabar untuk menyaksikan model ini kembali bersaing dengan seteru utama, Subaru WRX STI.

(SUMBER: Moto1)

Sebagai penghargaan terhadap pemilik Isuzu D-Max di Malaysia, Isuzu Malaysia mahu memberi ganjaran terhadap pemilik yang telah merekodkan perbatuan yang tinggi dengan kenderaan mereka menerusi Cabaran Super Mileage!

Pemilik D-Max hanya perlu menghantar maklumat terperinci secara atas talian (online) sebelum 31 Julai 2019 untuk berpeluang memenangi hadiah utama, RM15,000!

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki menyatakan keinginannya untuk bertemu dengan pemilik Isuzu D-Max.

“Kebanyakan pemandu Isuzu merekodkan perbatuan tinggi susulan setiap kenderaan Isuzu menawarkan kebolehpercayaan yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang rendah.

“Sekaligus ia bukan senario yang pelik apabila rata-rata daripada mereka merekodkan perjalanan beratus kilometer dalam masa seminggu. Kami berkenan untuk bertemu dengan pemilik sedemikian untuk mengetahui bagaimana jentera Isuzu membantu mereka setiap hari,”katanya.

Peraduan ini dibuka kepada pemilik individu dan korporat yang telah merekodkan minimum 200,000km dengan kenderaan mereka. Menerusi laman sesawang Isuzu Malaysia, pemilik yang perlu mengikuti arahan mudah untuk memuat naik bukti mereka telah melebihi perbatuan minimum ditetapkan termasuk keadaan kenderaan mereka.

Pemilik yang merekodkan perbatuan tertinggi akan membawa pulang hadiah bernilai lebih daripada RM38,888.

Layari isuzumalaysia.net untuk maklumat lanjut.

Seorang ibu telah bertindak menelefon pihak bomba setelah anak kecilnya mengunci pintu kereta jenis Perodua Axia kerana enggan membiarkan ibunya mengambil telefon kerana mahu bermain ‘game’.

Dalam kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan, minggu lalu itu, si ibu singgah sebentar di sebuah gerai tepi jalan untuk membuat pembelian.

Menurut satu perkongsian di Facebook,  kanak-kanak lelaki tersebut mengambil peluang itu untuk mengunci pintu kereta dari dalam lalu mencapai telefon bimbit ibu untuk bermain.

“Dia pandai buka kunci pintu tetapi (sengaja) tak nak buka sebab takut orang ambil telefon dari dia.”

Senario itu memaksa ibunya untuk memanggil bomba.

Difahamkan, ketika pihak bomba sampai dan berusaha untuk membuka pintu, kanak-kanak tersebut langsung tidak memberikan perhatian sebaliknya fokus dengan telefon bimbit tersebut.

Sebagai pemandu, antara perkara yang paling menyakitkan hati dan menguji kesabaran adalah terlibat dalam kemalangan.

Bagaimanapun, perkara yang paling memeritkan adalah kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu lain yang tidak memandu secara berhemah.

Dalam satu perkongsian video di laman Facebook Sukan Star TV memaparkan sebuah kereta jenis Volvo telah keluar daripada simpang dan ‘memakan’ lorong di sebelah yang sedang dilalui sebuah kereta jenis Mercedes.

Saksikan rakaman video di bawah:

Senario itu menyebabkan Mercedes tersebut terpaksa melakukan tindakan balas bagi mengelak daripada berlakunya perlanggaran dengan Volvo terbabit.

Namun, Mercedes itu kemudiannya melanggar sebuah kereta jenis Toyota.

Apa yang lebih menyakitkan hati, kereta Volvo – punca utama kemalangan – seakan berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

Pengedar rasmi kenderaan Kia, Naza Kia Malaysia menganjurkan Kia Pre-Owned Fest di Naza Automall Petaling Jaya dengan hampir 200 model Kia akan ditawarkan dengan harga bermula serendah RM8,000!

Hampir 200 unit Kia dari model Picanto hingga Sorento akan dijual pada 28 hingga 30 Jun ini. Selain itu, setiap model Kia turut akan dipamerkan di Naza Automall agar pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat.

Pengunjung yang hadir juga akan disajikan dengan pelbagai makanan dan minuman serta aktiviti termasuk cabutan bertuah!

Naza Automall dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang sepanjang Kia Pre-Owned Fest berlangsung. Untuk maklumat lanjut layari www.kia.com

Seorang pengguna jalan raya telah terlibat dalam satu kemalangan di Putrajaya pagi tadi namun apa yang lebih mengejutkan adalah individu yang datang menghulurkan bantuan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempat memberhentikan kenderaanya untuk menawarkan pertolongan ketika dalam perjalanan menuju ke mesyuarat pra kabinet dengan Perdana Menteri.

https://www.instagram.com/p/BzJxYlin95p/

Beberapa gambar memaparkan Sultan Abdullah berdiri di tepi jalan sambil memeriksa keadaan pemandu turut dikongsikan di Instagram Istana Negara (@istana_negara).

Bagaimanapun, difahamkan pemandu tersebut, Puan Jasliza Jamil hanya mengalami kecederaan ringan.

Sebelum ini, Sultan Abdullah mencuri tumpuan apabila singgah di restoran KFC Temerloh, Pahang dan beratur seperti pelanggan lain sebelum membuat pesanan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube