Bikesrepublic

Berita Terkini

image

Majalah motosikal popular di Jepun, Young Machine, memperlihatkan gambaran jentera Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan dikuasakan oleh enjin 2-silinder.
Sebelum ini, model konsep CBR250RR telah ditunjukkan di Tokyo Motor Show 2015 dan konsep tersebut sememangnya menarik minat orang ramai.
Lebih menarik, model CBR250RR ini dikelaskan sebagai model lebih premium daripada CBR250R sekarang dimana CBR250RR lebih menfokuskan kepada prestasi dan tunggangan mirip perlumbaan.
Rekaan CBR250RR secara keseluruhannya lebih tajam dan lampu depannya berkembar yang sepet memberikan aura ‘sport’ yang sebenar.
Setakat ini, kami dikhabarkan Honda CBR250RR (2016) ini sedang dalam produksi untuk dilancarkan pada Ogos 2016 ini di Indonesia.

Sumber: Young Machine FB

image

Satu iklan dari SMC Chang Motors Sdn Bhd di Melaka menunjukkan bahawa satu motosikal berkuasa 150cc kategori moped akan hadir ke Malaysia. Model 150cc ini adalah setara dengan model 150cc dari Vietnam iaitu Honda Winner 150.
Tidaklah dapat saya pastikan bahawa perkara ini benar atau tidak, namun ura-ura kehadiran Honda 150cc samada dalam bentuk moped atau ‘naked’ ke Malaysia memang sedang hangat diperkatakan.

Sumber: mesej dari Kalaivanan Rajagopal. Tq bro!

image

Demak, jenama yang kini semakin popular di Malaysia membawakan kepada anda model naik taraf Skyline 200 kepada Skyline GT250.
Paling menarik perhatian saya pada motosikal ini adalah harganya yang cukup rendah untuk kategori motosikal berkapasiti 250cc. Walaupun Demak bukan jenama yang besar, Demak sangat cepat bertindak terhadap kehendak pasaran. Kadang-kala ada rekaan Demak yang sangat menyerupai rekaan motosikal jenama lain, namun harganya yang cukup mesra pengguna menyebabkan ada yang jatuh hati dengannya.  (more…)

2016-Yamaha-Saluto

Yamaha Motor Co., Ltd (Iwata, Japan) memperkenalkan jentera Yamaha Saluto RX yang akan dipasarkan di India pada penghujung April 2016 ini. Yamaha Saluto RX dikatakan sebagai ‘next-generation 110cc street model’ dan ini adalah bersesuaian dengan rekaan jalanan yang menghampiri rekaan Yamaha RX-S, RX-Z dan sangat berbeza dengan model moped seperti Yamaha Lagenda 110cc.

Yamaha Saluto RX dikuasakan oleh enjin 110cc ‘BLUE CORE’ yang lebih efisien sebanyak 13% berbanding dengan enjin 110cc dari Yamaha sebelum ini. Yamaha telah memperbaiki enjin 110cc dengan menggunakan bentuk kebuk pembakaran untuk pembakaran lebih baik dan juga rekaan sirip penyejuk yang diletakkan pada tempat yang optimum untuk penyejukaan enjin. Penambahbaikan dari segi pemasaan pencucuhan juga memastikan enjin lebih efisien.  (more…)

2016-Yamaha-MT07TR-EU-Radical-Red-Studio-001

Yamaha Europe memperkenalkan model 2016, Yamaha Tracer 700, jentera pengembaraan yang diasaskan dari model Yamaha MT-07. Yamaha Tracer 700 menerima perubahan dari segi kosmetik yang nampak jelas pada penggunaan lampu hadapan yang berbeza dengan visor pelindung angin yang tinggi (boleh diubah ketinggian)2016-Yamaha-MT07TR-EU-Radical-Red-Action-001

Memandangkan jentera ini adalah untuk pengembaraan, Yamaha Tracer 700 hadir dengan tangki lebih besar iaitu 17 liter, berbanding dengan model MT-07 yang hanya 14 liter.

Tracer 700 juga berdimensi lebih tinggi pada ukuran 1,270mm berbanding 1,090 pada MT-07. Namun begitu, mempunyai ‘ground clearance’ yang sama pada 140mm.  (more…)

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-005

Siapa yang tak kenal dengan helmet jenama SGV di Malaysia ni? Harga yang murah dengan kualiti yang tinggi sememangnya menjadi pilihan penunggang motosikal disini. Kini, Solid Gold Helmets membawakan helmet edisi terhad SGV dengan warna ‘Champion Gold’ untuk peminatnya.  (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube