Bikesrepublic

Berita Terkini

Kredit foto: Twitter MotoGP

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya merebut petak utama bagi aksi pembukaan saingan MotoGP 2019 di Qatar selepas mengungguli sesi kelayakan penuh drama.

Vinales meneruskan aksi mantap dari ujian pra-musim di Litar Losail untuk menewaskan wakil Ducati, Andrea Dovizioso dengan perbezaan 0.198 saat sementara juara bertahan, Marc Marquez terpaksa akur dengan kedudukan ketiga.

Jorge Lorenzo – yang membuat penampilan pertama musim ini bersama Honda – terbabas ketika memasuki selekoh kedua dengan sesi kelayakan berbaki tiga minit sekaligus memaksa pelumba berusia 31 tahun itu memulakan perlumbaan di petak ke-15.

Sementara itu, wakil tunggal negara, Hafizh Syahrin (Red Bull KTM Tech 3) akan memulakan perlumbaan di petak ke-22. Pelumba berusia 24 tahun itu masih dalam fasa penyesuaian ekoran berpindah daripada jentera Yamaha ke jentera KTM musim ini.

Dalam perkembangan lain, wakil negara dalam saingan Moto2, Khairul Idham Pawi, akan memulakan saingan di petak ke-21.

Berikut keputusan penuh sesi kelayakan:

 

 

 

 

Kredit foto: Facebook ARRC

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini.

Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC.

Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan Shah bersama jentera BMW S1000RR ternyata membawa perbezaan apabila berjaya memintas pencabarnya itu sebaik perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

Azlan Shah menamatkan perlumbaan 1.965 saat di hadapan Thitipong sementara tempat ketiga jadi milik pelumba Australia, Broc Parkes daripada pasukan Yamaha Racing Team.

Sementara itu, rakan sepasukan Azlan Shah, Farid Badrul Hisham menamatkan saingan di kedudukan keenam.

Berikut keputusan penuh perlumbaan:

Kredit foto: Facebook ZK Racing

Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, mahu merebut gelaran juara dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bagi kelas Supersports 600cc.

Pelumba berusia 20 tahun itu yakin pengalaman dimiliknya ketika bersaing di Moto3 akan memainkan peranan penting dalam merebut podium bersama pasukan SIC Junior ZK Racing.

Kredit foto: Facebook ZK Racing

Adam digugurkan hujung musim lalu daripada pasukan Moto3 Petronas Sprinta selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten selepas tiga tahun beraksi.

Enggan berasa kecewa sebaliknya Adam yakin merebut podium musim ini.

“Sasaran saya mahu mendapatkan podium. Sekarang saya masih dapat rasakan kecederaan tetapi ia tidak serius. Musim masih panjang dan saya sasarkan podium,” ujarnya.

Dalam aksi ujian bebas semalam, Adam menarik nafas lega berjaya merekodkan 2 minit 11.189 saat sekaligu memperbaiki rekod ketika sesi ujian rasmi, 2 minit 11.818s.

Adam akan beraksi hari ini dalam sesi kelayakan bagi memburu kelompok depan perlumbaan yang berlangsung pada Ahad.

Valentino Rossi, Marc Marquez, Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales menyokong cadangan disuarakan Jorge Lorenzo agar menganjak waktu perlumbaan satu jam lebih awal.

Menurut laporan GPOne.com, perlumbaan dijadualkan bermula jam 8 malam (waktu tempatan) namun Lorenzo mencadangkan perlumbaan dimulakan lebih awal ekoran suhu litar jatuh mendadak sementara kadar kelembapan meningkat pada waktu itu sekaligus boleh menyebabkan kemalangan.

Hakikatnya itu yang berlaku ketika sesi ujian apabila ramai yang jatuh termasuk pelumba kelahiran Mallorca, Sepanyol itu.

Wakil Honda itu sempat menyampaikan cadangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta yang kelihatan menerima baik cadangan tersebut.

Para pelumba bakal duduk bersama Suruhanjaya Keselamatan bagi membincangkan isu terbabit.

Dalam perkembangan lain, juara bertahan Marc Marquez menyifatkan siapakah yang bakal menjadi saingannya musim ini hanya akan dapat ditentukan selepas lima atau enam perlumbaan.

“Secara peribadi saya berasakan kedua-dua wakil Yamaha dan Ducati terutamanya Petrucci akan memberi saingan sengit. Alex Rins juga mencatat masa baik ketika sesi ujian. Tidak ketinggalan rakan sepasukan saya – Jorge Lorenzo,”ujarnya.

 

Seorang wanita yang telah diseret oleh peragut – Sumber imej: worldofbuzz
  • Peragut bermotosikal adalah satu masalah yang besar dalam negara.
  • Di mana masalah ini sukar untuk dihapuskan sepenuhnya, ada cara untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa ragut.
  • Cara terbaik adalah untuk mengurangkan peluang bagi mereka untuk bertindak.

(more…)

Harga minyak petrol bagi RON97 akan naik 3 sen kepada RM2.46 bermula tengah malam ini.

Bagaimanapun, tiada perubahan terhadap harga bagi RON95 (RM2.08sen) dan diesel (RM2.18).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa harga sebenar RON95 adalah RM2.16 diikuti diesel RM2.38 namun kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan harga minyak agar dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Dibawah Mekanisme Harga Automatik (APM), harga minyak negara akan diumumkan setiap hari Jumaat dan akan berkuatkuasa selama satu minggu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube