Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Motorrad International GS Trophy 2026 yang diadakan dua tahun sekali akan berlangsung di Romania. Sudah tentu, sebahagian laluannya merangkumi istana terkenal Count Dracula, iaitu Istana Bran.

Menurut kenyataan media BMW Motorrad, “Setelah mengharungi banyak kawasan berpasir dan stepa, acara ini kembali ke kawasan pergunungan.” “Hutan tebal, jalan berbatu, lintasan sungai, serta pendakian dan penurunan yang curam akan menjadi ciri utama International GS Trophy 2026 di Romania.”

Negara ini “kaya dengan sejarah dan budaya serta memiliki banyak istana zaman pertengahan, kubu, dan gereja, termasuk Istana Bran yang sering dikaitkan dengan legenda Dracula,” tambah kenyataan media itu. “Secara keseluruhan, Romania menawarkan gabungan unik keindahan alam, kekayaan budaya, dan pengembaraan, menjadikannya destinasi ideal untuk peserta International GS Trophy 2026.”

Sejak 2008, GS Trophy diadakan setiap dua tahun, dan pada 2026, acara ini akan memasuki edisi kesepuluh. Lokasi sebelumnya termasuk Namibia (2024), Albania (2022), New Zealand (2020), dan Mongolia (2018).

Kira-kira 15 pasukan akan menyertai acara tahun depan, terdiri daripada peserta dari seluruh dunia. Untuk menyertai pasukan ini, penunggang motosikal perlu melalui latihan navigasi GPS, peringkat khas off-road, dan ujian teknikal. BMW menyatakan akan ada sembilan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita.

Tarikh tepat acara ini belum disahkan.

Model rasmi kali ini bukanlah R 1300 GS atau F 900 GS, sebaliknya R 12 G/S. Berdasarkan platform Boxer 1170cc yang disejukkan udara dan minyak, motosikal ini merupakan penghormatan kepada R80G/S yang dilancarkan pada 1980. R80G/S merupakan asal-usul semua motosikal dwi-fungsi/pengembara moden.

Pengarang ini baru sahaja melawati sebuah air terjun di Hulu Langat, dan mendapati kawasan tersebut serta pinggiran jalan dipenuhi sampah-sarap seperti botol air, cawan plastik, pembalut makanan, puntung rokok, lampin pakai buang, dan berbagai lagi. Malah, bau sampah sarap menyengat hidung sebaik sahaja kami membuka pintu kereta. Ia merupakan sesuatu yang jijik dan memalukan.

Sampah rubbish littering

Namun perkara ini juga berlaku di beberapa negara lain, termasuk di Itali. Oleh itu kerajaan negara itu mengambil langkah untuk menguatkuasakan undang-undang baharu dimana pesalah yang membuang sampah daripada kenderaan mereka boleh disaman sehingga €18,000 (RM88,464.96).

Undang-undang tersebut terpakai tidak kira samada pesalah membuang sampah daripada kenderaan yang bergerak ataupun tidak bergerak.

Tambah lagi, seseorang pesalah boleh dilucutkan lesen memandunya, atau/dan berdepan hukuman penjara jika didapati membuang sampah di kawasan rizab alam semula jadi atau kawasan perlindungan lain.

Itali sudah pun mengenakan denda sehingga €1,188 (RM8,843) sebelum ini terhadap pembuangan barangan seperti tisu, botol plastik dan puntung rokok.

Pesalah tidak lagi perlu ditangkap ketika melakukan kesalahan dan dihentikan oleh polis seperti sebelum ini, kerana rakaman daripada kamera pengawasan sudah memadai untuk membuktikan kesalahan.

Sampah sering dibuang begitu sahaja di jalan-jalan di Itali, sama ada di kawasan bandar mahupun di jalan kampung dan lebuh raya. Malah, sesetengah jalan di kawasan tumpuan pelancong turut kelihatan seperti tapak pembuangan sampah.

Peraturan baharu ini turut terpakai kepada pelancong asing.

Sebagai perbandingan, denda daripada RM2,000 hingga RM10,000 boleh dikenakan terhadap pesalah yang membuang sampah merata di Malaysia. Mahkamah juga boleh mengarahkan pesalah melakukan perkhidmatan komuniti. Namun, penguatkuasaan amat lemah di sini, ditambah pula dengan mentaliti sesetengah individu yang tidak tergamak untuk membuang sampan secara merata.

Pelancaran Suzuki GSX-R1000R M6 (2026) baru-baru ini mendapat sambutan positif di seluruh dunia, dengan ramai yang mengalu-alukan kembalinya model ini. Sambutan ini mungkin tidak menghairankan memandangkan ramai peminat kecewa apabila Suzuki mengumumkan perhentian pengeluaran model Gixxer sebelumnya sejak 2022.

Walaubagaimanapun, tidak banyak butiran teknikal yang disertakan semasa pelancaran M6 ini kecuali fakta bahawa ia memperingati ulang tahun ke-40 GSX-R1000.

Jadi, mari kita teliti dengan lebih mendalam tentang pembaharuan teknikal Suzuki GSX-R1000R M6 (2026).

Prestasi lebih tinggi, tetap mudah dikendalikan
  • Suzuki mengekalkan ciri mudah dikendalikan yang menjadi kegemaran pemandu, sementara meningkatkan prestasi enjin untuk mematuhi piawaian Euro 5+.
  • Enjinnya kekal jenis 999.8cc, 4-silinder sebaris, penyejukan cecair.
  • Ia kini menghasilkan suasa maksimum 192.3 hp pada 13,200 RPM, dan tork maksimum 110.09 Nm (81.2 lb·ft) pada 11,000 RPM.
  • Kuasa maksimum kini lebih rendah berbanding model sebelumnya, tetapi Suzuki mendakwa ia meningkatkan ketahanan enjin dan membuka lebih banyak potensi untuk pengubahsuaian.

  • Nisbah mampatan dinaikkan kepada 13.8:1 (dari 13.2:1) melalui perubahan bentuk kepala omboh.
  • Saiz injap ekzos diperbesar kepada 25mm (dari 24mm).
  • Omboh diperbuat daripada aluminium tempa dengan pin penyambung bersalut DLC (Diamond-Like Carbon) untuk mengurangkan geseran.
  • Rekabentuk rusuk bawah omboh juga diubahsuai, mengurangkan berat 3 gram setiap omboh.

  • 3g mungkin kedengaran kecil, tetapi ia memberikan perbezaan besar apabila omboh bergerak naik-turun 22,000 kali seminit pada 11,000 RPM!
  • Silinder bersalut SCEM untuk mengurangkan geseran dan meningkatkan pemindahan haba, dengan potongan dalaman di bahagian bawah bagi membenarkan udara terperangkap keluar dengan lebih cekap antara lejang dan meningkatkan kedap cincin piston dengan dinding silinder.
  • Engkol aci (crankshaft) kini mempunyai bearing journal lebih tebal pada 37mm berbanding 35mm sebelumnya untuk meningkatkan kapasiti menanggung beban.
  • Sistem penghantaran bahan api juga dikemaskini – injektor kini mempunyai lapan lubang berbanding sepuluh lubang sebelumnya.

  • Tambahan pula, terdapat empat penyuntik bahan api kelajuan tinggi di dalam airbox yang menyembur terus ke dalam velocity stack baru untuk atomasi bahan api yang lebih baik pada RPM tinggi.
  • Saiz badan pendikit (throttle body) juga diperbesarkan kepada 48mm dari 46mm sebelumnya.
  • Semua pengubahsuaian ini tidak akan bermakna jika aliran gas tetap sama. Justeru, Suzuki telah mengubahsuai kepala silinder, port masuk dan ekzos, serta bentuk gasket.
  • Sistem penyejukan kini lebih cekap dengan menghilangkan zon mati dalam jaket penyejuk sambil menggunakan kurang cecair secara keseluruhan, menyumbang kepada penjimatan berat tambahan.

  • Sistem ekzos 4-2-1 turut menerima pembaharuan menyeluruh, kini dilengkapi sensor O2 sebelum dan selepas pemangkin (catalytic convertor) yang direka semula untuk memberikan maklum balas data pembakaran kepada ECU.
  • Unit pemangkin itu sendiri telah direka bentuk baru dengan bentuk bujur dan kapasiti lebih besar, serta dipasang lebih dekat dengan enjin bagi mempercepatkan masa pemanasan.
  • Dengan peningkatan isipadu kotak pemangkin, peredam bunyi dibuat lebih padat berbanding sebelumnya.
  • Suzuki juga menambah baik aksi klac dengan menggunakan sistem klas assist dan slipper untuk pengendalian lebih lancar.

  • Ciri enjin yang terpenting adalah sistem pemetaan injap bolehlaras SR-VVT.
  • Rantai shaf sesondol (camshaft) yang lebih lebar mengurangkan kehilangan tenaga akibat geseran, manakala bentuk gear shaf sesondol (cam) telah direka bentuk semula dengan profil baharu untuk prestasi lebih optimum.
  • Seperti model sebelumnya, sistem SR-VVT menggunakan mekanisme emparan yang dipasang pada shaf sesondol kemasukan dan beroperasi berdasarkan kelajuan enjin – berbeza dengan sistem hidraulik berkomputer yang digunakan beberapa pengeluar lain.
  • Sistem ini menggunakan 12 bebola keluli dan alur condong untuk memutar gear shaf sesondol serta melambatkan masa bukaan injap intake pada RPM tertentu – menghasilkan tork kust pada RPM rendah, seria kuasa maksimum yang tinggi pada RPM tinggi.

  • Profil sesondol juga menerima peningkatan dengan penggunaan finger-followers bersalut DLC (Diamond-Like Carbon) yang telah diperhalusi bagi mengurangkan kegeseras, untuk kecekapan mekanikal lebih baik, ketahanan lebih tinggi mengurangkan kehausan komponen, dan tindakbalas lebih lancar pada semua julat RPM.
Penutup

Pembaharuan ini sememangnya menarik dan dijangka meningkatkan lagi keupayaan motosikal ini, sambil menawarkan prestasi maksimum yang lebih tinggi. Kami benar-benar berharap dapat menguji motosikal ini apabila ia tiba di pasaran!

Honda X-ADV (2026) akan hadir dengan satu warna edisi khas. Honda juga telah mengumumkan warna baharu untuk Forza 750, tetapi kami akan tumpukan perhatian kepada X-ADV kerana Forza 750 sudah tidak lagi dijual di Malaysia.

X-ADV akan mendapat warna edisi khas Matt Pearl Glare White dengan grafik merah dan biru yang terinspirasi dari motosikal adventure Honda Africa Twin dan Transalp. Warna ini menyertai pilihan warna sedia ada seperti Graphite Black, Matt Deep Mud Gray, dan Pearl Glare White.

Dari segi mekanikal, X-ADV kekal tidak berubah—itu bukanlah satu perkara buruk. Mengekalkan spesifikasi yang sambil mengemas kini atau menggantinya beberapa tahun kemudian membolehkan sesuatu modelmotosikal matang daripada segi ketersediaan alat ganti, kemudahan penyelenggaraan, dan nilai jual semula.

Enjinnya masih menggunakan 745cc parallel-twin yang berkuasa, dipadankan dengan Dual Clutch Transmission (DCT) yang telah dikemas kini sejak model MY2025. Sistem suspensi kekal dengan fork 41mm upside-down di depan dan sistem suspensi Honda Pro-Link di belakang. Brek depan kekal menggunakan dua cakera dengan kaliper empat piston.

Honda juga mempromosikan kelestarian dengan X-ADV. Bahagian badan (termasuk Forza 750) menggunakan plastik kitar semula dan berasaskan biojisim seperti Durabio, bahan berasaskan tumbuhan yang tidak memerlukan cat, sekaligus mengurangkan jejak alam sekitar semasa pengeluaran. Ini adalah sebahagian daripada usaha Honda untuk menggunakan hanya bahan mampan menjelang 2050.

Triumph Thruxton 400 yang dinanti-nantikan telah dilancarkan di India, dengan pasaran global lain menyusul.

Seperti namanya, bayangkan semula Bonneville Thruxton 1200 yang telah dihentikan pengeluarannya, dan kini kami mempunyai sebuah café racer 400cc lengkap dengan hendal clip-on, tangki yang dibentuk khas, dan fairing penutup pelana penumpang berbentuk peluru. Menariknya, varian 1200cc dijual tanpa fairing depan sebagai peralatan standard, tetapi ia disertakan secara standard pada varian 400cc. Namun, fairing Thruxton 400 jelas mengambil inspirasi daripada Speed Triple RR.

Thruxton 400 kini menjadi varian keempat berdasarkan platform TR, mengikuti jejak Speed 400, Scrambler 400 X, dan Scrambler 400 XC. Enjinnya berkapasiti 398cc, satu silinder, dengan kuasa maksimum 39.5 hp. Namun, seperti varian 1200cc, ia ditingkatkan kepada 41.4 hp untuk Thruxton 400 bagi memberikan “kuasa maksimum yang lebih mengasyikkan” menurut Triumph. Tork maksimum kekal sama.

Triumph tidak memberikan butiran terperinci mengenai peningkatan prestasi ini, tetapi kita boleh membuat anggaran bahawa ia disebabkan oleh pemetaan semula ECU, serta pengubahsuaian kotak udara dan sistem ekzos.

Berat Thruxton 400 adalah 183 kg, berbanding Speed 400 yang hanya 179 kg, kerana tambahan fairing pada model ini.

Ditawarkan dalam empat warna menarik: Lava Red Gloss dan Aluminium Silver, Phantom Black dan Aluminium Silver, Metallic Racing Yellow dan Aluminium Silver, serta Pearl Metallic White dan Storm Grey, Triumph Thruxton 400 dijual pada harga ₹2,74,137 (RM13,215.99) di pasaran India. Sebagai perbandingan, Speed 400 dijual pada harga RM27,200, Scrambler 400 X pada RM30,200, dan Scrambler 400 XC pada RM34,200.

Kami telah menguji dan mengulas Speed 400, dan ia adalah antara motosikal dengan kendalian terbaik yang pernah kami tunggang—jika bukan yang terbaik. Ia juga penuh dengan karakter dan gaya, sehingga memenangi kategori Klasik Moden Terbaik (Bawah 500cc) dalam Anugerah Motosikal Tahunan Allianz-BikesRepublic.com 2025.

Triumph Speed 400 – Klasik Moden Terbaik 2025 (Bawah 500cc)

Berikut adalah satu lagi produk yang membuatkan kita berharap menjadi wakil perbankan Wall Street. Jika anda menyukai motosikal BMW dan kopi sebenar, BMW Big Coffee Boxer memenuhi kedua-dua keperluan tersebut.

Mesin espresso ini berdasarkan enjin R 18 Boxer sejukan udara dan minyak BMW, dan dihasilkan melalui kerjasama antara BMW Motorrad dan ECM Espresso Coffee Machines Manufacture GmbH.

Bahagian depan unit kuasa ini yang menghadap tetamu anda kelihatan seperti enjin R 18, manakala bahagian penghasilan “emas hitam” (kopi) dipasang di belakangnya. Terdapat dua sistem peredaran air bebas untuk menyediakan kopi dan buih susu secara serentak, dengan paip yang menyerupai saluran minyak.

BMW menyatakan bahawa mesin ini dilengkapi “pam putaran yang sangat senyap dan paparan masa penyediaan.” Oleh itu, tiada bunyi deruman Boxer atau “tendangan” ke sisi semasa kopi anda dibuat.

Mesin ini berharga €7,900 (RM38,597.82, setakat hari ini) dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang mesin kopi ini di pengedar eksklusif ECM. Hanya 80 unit akan dikeluarkan.

Sebagai info, enjin R 18 adalah jenis kembar mendatar 1802cc (lebih mudah dipanggil Boxer) yang menghasilkan kuasa maksimum 89 hp dan tork puncak 163 Nm. Ia merupakan enjin Boxer terbesar yang pernah dibuat.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube