- Sebuah Honda GL1800 Gold Wing baharu versi lebih ringkas telah diperkenalkan.
- Ia mendiami segmen motosikal bagger,tetapi tanpa kotak bagasi atas (top case) dan mempunyai penghadang angin yang lebih rendah.
- Fungsi dan ciri yang lain masih dikekalkan.

Selama ini kita menyangka stesen minyak sekadar tempat untuk mengisi petrol tetapi lain pula bagi seorang pemilik Honda Jazz di Pulau Pinang apabila singgah di sebuah stesen sekadar untuk mencuci kereta!

Seorang netizen memuat naik pengalamannya menyaksikan seorang lelaki sanggup menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mmencuci kenderaan miliknya.
Lebih mengejutkan lelaki tersebut langsung tidak mengisi minyak!
Walaupun kemudahan air dan ‘wiper’ disediakan secara percuma namun ianya bertujuan untuk memudahkan pelanggan yang singgah untuk mengisi minyak dan bukannya semata-mata untuk mencuci kereta!

Piaggio Group telah membuka cawangan Motoplex pertama di Istanbul, Turkey, sekaligus melengkapkan pencapaian 500 cawangan di seluruh dunia.
Pembukaan cawangan tersebut turut dilihat akan memperbaiki pengedaran alat ganti bagi 3,300 pengedar rasmi!
Pembinaan Motoplex akan meningkatkan lagi geo-pemasaran dan pertambahan pengunjung lebih daripada 30 peratus.

Motoplex merupakan inovatif terbaru bagi industri dua roda yang akan membenarkan pengedar memanfaatkan peluang mendekati jenama dan produk Piaggio secara keseluruhan. Setiap cawangan Motoplex menawarkan pelbagai produk keluaran Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu payung.
Cawangan di Istanbul – yang terletak di Alidede Sk, daerah Kadikov – menempatkan ruang pameran, lounge bar dan pusat latihan servis yang menawarkan bantuan bagi pemilik Piaggio.
Dalam tempoh beberapa bulan ini, cawangan Motoplex telah dibuka di Madrid dan Malaga (Sepanyol), Berlin (Jerman), Malta, Pattraso (Greece), Taipei (Taiwan), Da Nang (Vietnam), Ningbo, Chengdu, Hefei (China), Brooklyn, Miami, Philadelphia (Amerika Syarikat) dan Utrecht (Belanda).