Bikesrepublic

Berita Terkini

Gambar hiasan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor akan melelongkan lebih daripada 107 kenderaan di Dewan Setia, JPJ Negeri Selangor, Shah Alam pada 24 April ini.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan buku lelong dengan bayaran RM50 bermula 10 hingga 22 April ini.

Menurut maklumat yang dikongsi di laman Facebook JPJ Selangor, 107 kenderaan akan dilelong terdiri daripada:

Motosikal – 62 unit
Kereta – 20 unit
Lori – 13 unit
Van – 5 unit
Treler – 3 unit
Trak – 2 uunit
Bus – 2 unit

Orang ramai dibenarkan untuk memeriksa setiap kenderaan yang dilelong ada 22 dan 23 April ini.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi berkenaan dengan jenama dan model kenderaan yang akan dilelong namun segala maklumat tersebut boleh didapati melalui buku lelong.

Pembeli yang berminat diingatkan agar membawa MyKad sebelum membuat pembelian buku lelong.

 

BMW Group Malaysia telah meraikan lebih daripada 80 wakil pengedar serta individu cemerlang berdasarkan prestasi dalam mencapai rekod jualan dalam satu majlis penganugerahan tahunan, semalam.

Lebih daripada 20 wakil pengedar BMW telah mendapat pengiktirafan, diikuti lapan wakil pengedar MINI serta 10 wakil pengedar BMW Motorrad di seluruh negara atas usaha keras mereka dalam menyediakan perkhidmatan dan khidmat selepas jualan terbaik demi kepuasan pelanggan Malaysia.

Pengarah Urusan BMW Group, Harald Hoelzl, turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pengedar yang menerima pengiktirafan tersebut.

“Pada tahun 2018, kami di BMW Group Malaysia telah menggarap satu lagi rekod tahun yang memberangsangkan, menjadikannya tahun kelapan secara berturut-turut dalam menyaksikan catatan pertumbuhan tertinggi dalam segmen ini buat tahun tersebut.

“Semestinya, kami tidak boleh berbuat demikian tanpa sokongan daripada jaringan pengedar-pengedar kami yang berdedikasi dan berkongsi matlamat yang sama untuk membawakan kenderaan yang terbaik bagi para pelanggan kami serta perkhidmatan yang cemerlang dalam industri ini kepada pelanggan.

“Dedikasi tinggi mereka telah membolehkan kami di BMW Group Malaysia untuk menjadi syarikat kereta premium terkemuka di negara ini. Bersama-sama, kami berharap untuk menjadikan 2019 satu lagi tahun yang berjaya untuk jenama yang diwakili oleh BMW Group,” katanya.

Senarai pemenang:

Anugerah Pengedar Khidmat Selepas Jualan BMW 2018

Kategori Ketua Khidmat Selepas Jualan
Alex Lee Kian An
Ng Wai Lun
Lim Yong Khung

Kategori Pegawai Khidmat Pelanggan
Koo Chea Sieng
Muaz bin Mohd Amin
Syed Faisal Azwan

Kategori Mekanik
Thang Chin Fai
Jacky Liu Jiun Long
Mohd Abu Bakar

Kategori Ketua Bahagian Komponen
Fun Meng Chiang
Aizat Fuad

Kategori Terbuka
Gloria Anak Sigus dari Regas
Loganathan a/l Ramaswamy
Ryan Tan En Lai

Anugerah Pengedar Motorrad BMW 2018

Kategori Pengurus Jualan
Tan Yeok Thye
Sathiya Selvam

Kategori Penasihat Jualan
Ben Chear
Wee Wei Ping

Kategori Pengurus Khidmat Selepas Jualan
Celine Ooi Siew Hui
Muthuramu Suppiah

Kategori Penasihat Servis
Henry Tan
Tee Kean Chu

Kategori Juruteknik
Habibulah Ramli
Nik Izwan

Kategori Terbuka
Lam Kae Vin
Mohamed Irshad bin Abdul Razak

Anugerah Kelab Issigonis MINI 2018

Kategori Pengedar Terbaik
Joe Lee
Choong Chin Seong
Nicholas Lee

Kategori Pengurus Jualan Terbaik
Jimmy Lim
Baljeet Singh
Wong Kim Kooi

Kategori Penasihat Jualan TerbaikJack Ng
Belinda Ong
Muhammad Zulhafizi
Dianne Sulia
Chally Chan

Anugerah Kelab Visi BMW 2018

Kategori Ketua Unit Jualan
Victor Tan
Joseph Chin
Nicholas Lee
Teoh Boon Chong
Melvin Chong
Josephine Ray
Alex Teh

Kategori Penasihat Jualan
Winnie Siao Huoi
Jamie Hoy Lai Kien
Chan Wai San
Chong Kean Tuck
Wendy Lee Yean Chew
Paul Liew King Choong
Teh Wen Wah
Lim Yu Yuan
Felicia Fong Gheen Wah
Tiong Kwan Siong
Alvin Tey Boon Huat

Kategori Jualan 7 Siri
Danny Saw

Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW 2018

Joe Lee
Jayden Liew
Turse Zuhair
Wong Loke Win
Bryan Wong
Tan Ka Kin
Tiang Siang
Loy Suan Chiow
Gavin Tay
Woon Choon Yuen
Bryan Wong

Anugerah Pengedar Servis Kewangan BMW Group 2018

Joe Lee
Wong Loke Win
Bryan Wong
Loy Suan Chiow

Anugerah Penasihat Jualan Servis Kewangan BMW Group 2018

Ken Chong
Wendy lee Chua Kok Sing

  • Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mendedahkan harga bagi model Yamaha Y15ZR v2 2019 pada hari ini.
  • Harga runcit yang disarankan adalah RM 8,268 (harga asas tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans).
  • Ada sesetengah wakil pengedar telah mula mengambil tempahan, jadi, segeralah ke wakil pengedar rasmi yang berhampiran!

(more…)

Model yang dinanti-nanti KTM RC125 telah dilihat di atas jalan raya di India. Model tersebut menampakkan ‘fairing ‘ berwarna putih, tangki bberwarna oren dan ekzos dibahagian bawah enjin seperti model RC200.

Dilengkapi dengan enjin 124.7 cc, model ini mampu menghasilkan 14.5hp pada 1212Nm.

Lebih menarik model ini turut didatangkan dengan Sistem ABS dibahagian tayar hadapan.

Model tersebut dijangka bakal memberi saingan kepada Yamaha R15 V3.

Bagaimanapun setakat ini masih belum dipastikan sama ada model ini akakan dibawa masuk pasaran Malaysia.

Rujuk spesifikasi penuh dibawah:

(Sumber: Zigwheels)

Sumber imej: KTM Media Centre
  • Johann Zarco telah mengatakan bahawa dia kepenatan akibat bergelut dengan jenteranya sewaktu pusingan MotoGP Argentina.
  • Dia tidak mampu mengemudi jentera KTM RC16 mengikut cara yang diinginkannya.
  • Zarco telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, manakala Hafizh Syahrin pula di tempat yang ke-16.

(more…)

Imej hasilan sebuah Honda CRF1100L Africa Twin – Sumber imej: MCN
  • Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan tampil dengan enjin berkapasiti 1100cc pada tahun 2020.
  • Penambahan kapasiti ini adalah untuk menyediakan motosikal tersebut bagi mematuhi piawaian Euro 5.
  • Motosikal kembara kelas pertengahan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti model Africa Twin semasa.

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube