Bikesrepublic

Berita Terkini

Sebuah kedai vintaj popular di Kampung Baru, Garasi Republik KL, menjadi mangsa pertama kes rompakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Premis yang popular di kalangan peminat tegar barangan vintaj termasuk aksesori motosikal klasik itu hilang enam helmet bernilai RM30,000, 200 cermin mata bernilai RM30,00 dan 500 utas jam tangan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Menurut laporan Berita Harian, pemiliknya Shahrizal Mat Zin turut memaklumkan sebuah helmet Bell bernilai RM10,000 turut dilarikan.

Insiden tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Difahamkan, kali terakhir pemilik berada di premis adalah pada 21 Mac lalu dan telah mengunci kedai menggunakan mangga dan rantai sekitar jam 9 malam.

Bagaimanapun, pemilik mendapati kedainya dipecah masuk ketika singgah untuk membuat tinjauan, Sabtu lalu.

Kerajaan telah menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

(SUMBER: Berita Harian)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Gambar Hiasan

Gara-gara tekad melepaskan gian berkonvoi, empat penunggang motosikal berkuasa besar ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berusia di antara 20 hingga 30an, mereka di tahan 9.30 pagi tadi di Jalan Besar Titi, Jelebu selepas bertolak dari Cheras.

Menurut laporan Harian Metro, mereka ditahan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal mendedahkan kesemuanya menyedari tindakan mereka melanggar PKP seperti yang dikuatkuasakan kerajaan bermula 18 Mac lalu.

Sementara itu, orang ramai diminta mematuhi PKP yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang setakat ini telah pun mencecah 2,470 kes dengan 34 kematian.

(SUMBER: Harian Metro)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Berita gembira bagi pemilik yang masih lagi memiliki sebuah Honda VFR750R (RC30) tatkala pengeluar motosikal itu akan menghasilkan semula alat ganti menerusi program baharu.

Ini merupakan usaha Honda dalam kembali menghidupkan jentera ikonik itu yang masih lagi mempunyai peminat tersendiri.

Honda RC30 sememangnya cukup ikonik apatah lagi dihasilkan khas untuk bertanding di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 1987.

Jentera ini masih lagi mengekalkan tarikan sama bagi tahun 2020 dengan rekaan dan enjin V4 yang menghasilkan 76hp.

Bagaimanapun, memahami kegelisahan pemilik yang semakin sukar mendapatkan alat ganti sehingga jentera terpaksa terperuk lama, Honda akan menghasilkan semula alat ganti RC30 ini.

Program VFR750R (RC30) Refresh Plan itu – yang diumumkan menerusi laman sesawang Honda Jepun – akan dilancarkan pada Jun.

Menariknya, program tersebut mengumpulkan pemilik RC30 dalam usaha mengenal pasti alat ganti yang harus dihasilkan semula.

Meskipun ketika ini program tersebut diperkenalkan hanya untuk pasaran Jepun namun diharapkan alat ganti tersebut akan mudah diakses pemilik RC30 seluruh dunia terutamanya di Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup empat jalan utama di Petaling Jaya selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

Jalan tersebut melibatkan:

  • Jalan 5/46 Gasing Indah
  • Jalan Persiaran Mahogani, Seksyen 9, Kota Damansara
  • Jalan Persiaran Jati, Seksyen 8, Kota Damansara
  • Jalan Persiaran Sungai Buloh, Kota Damansara

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

Nik Ezanee meminta agar pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif lain seperti NPE, Jalan Persiaran Kenanga-Kota Damansara, Jalan Persiaran Surian-Palm Spring Kota Damansara dan Jalan Persiaran Tropicana-Casa Tropicana.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan PDRM dapat melaksanakan sekatan jalan dengan lebih efisien di samping mengatasi masalah segelintir individu yang cuba mengelak sekatan.

Bagaimanapun, laluan ditutup itu masih boleh diakses pihak penguatkuasa dan ambulans.

(SUMBER: Malaysiakini)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Honda CBR600RR dijangka akan membuat penampilan semula dengan mengguna pakai rekaan sama yang terdapat pada CBR1000RR-R Fireblade 2020.

Itu adalah dakwaan Young Machine yang berkongsi imej tersebut di laman mereka dengan nama CBR600RR-R.

Tidak seperti laporan lain, dakwaan Young Machine – termasuk gambaran render – sering kali tepat terutamanya jika melibatkan jenama Honda, pelik tapi benar.

CBR600RR mula menyepi pada 2017 apabila disekat daripada memasuki pasaran Eropah dan Asia susulan gagal mematuhi piawaian emsisi Euro4.

Meskipun, Honda memperkenalkan CBR650R yang menawarkan tunggangan selesa dan lebih relevan untuk perjalanan harian namun masih ramai yang mengharapkan kehadiran CBR600RR.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Honda memperkenalkan CB-F Concept, jentera yang menggabungkan sejarah model CB dan teknologi terkini yang terdapat pada motosikal sportsbike.

Pada awalnya, jentera ini dirancang untuk diperkenalkan di Pameran Motosikal Osaka 2020 dan Pameran Motosikal Tokyo 2020 sebelum dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Menariknya, CB-F Concept ini masih lagi mengekalkan identiti CB900F – CB750F di Jepun.

Menurut Honda, jentera ini dilengkapi kerangka lighweight dengan struktur high-tensile steel mono-backbone sementara fork USD (upside down) menawarkan tunggangan selesa tak kira untuk kawasan urban dan laluan berliku,

Sementara, penyerap hentakan belakang mengguna pakai konfigurasi Pro-Arm aluminium ringan single-sided.

Dalam perkembangan lain, Honda akan turut memperkenalkan 29 model 2020 menerusi Honda Virtual Motorcycle Show hari ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube