Bikesrepublic

Berita Terkini

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Aprilia Racing, Massimo Rivola mengakui rasa terkilan dan bingung dengan penggantungan 18 bulan yang dikenakan terhadap Andrea Iannone.

FIM memutuskan untuk menggantung Iannone setelah dia gagal ujian doping – positif bahan terlarang jenis steroid – dalam ujian rawak yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia.

Menurut kenyataan FIM semalam, Iannone digantung bermula 17 Disember 2019 sehingga 16 Jun 2021 sekaligus menyaksikan dia akan terlepas musim 2020 dan beberapa aksi awal 2021.

Bagaimanapun, Rivola berpendapat pelumba itu sewajarnya dibebaskan daripada penggantungan tatkala hakim telah pun menerima bahawa pengambilan steroid itut tidak disengajakan menerusi makananan yang telah tercemar.

“Hakim telah pun menerima bahawa Iannone tidak sengaja jadi keputusan menggantung pelumba itu tidak masuk akal,” jelasnya.

Sementara itu, Rivola beri jaminan akan terus menyokong Iannone sehingga rayuan dibuat meskipun kontrak pelumba itu akan berakhir hujung tahun ini.

Iannone boleh membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Badan permotoran dunia, FIM, telah menggantung pelumba MotoGP, Andrea Iannone selama 18 bulan susulan gagal ujian doping.

Pelumba Aprilia Racing Team itu didapati positif bahan terlarang jenis steroid dalam ujian yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia, tahun lalu.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Iannone bakal terlepas aksi MotoGP musim 2020 termasuk beberapa aksi pembukaan musim seterusnya.

Bagaiamanapun, Iannone masih lagi dibenarkan untuk membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) tatkala Aprilia mendakwa steroid tersebut telah dimasukkan ke dalam makanan pelumba terbabit tanpa pengetahuannya.

 

FIM dalam satu kenyataan berkata,” Andrea Iannone dikenakan penggantungan selama 18 bulan berkuatkuasa pada 17 Disember 2019 sehingga 16 Jun 2021.

“Susulan ujian doping rutin yang dijalankan ketika di GP Malaysia pada 3 November 2019, Andrea Iannone didapati positif Drostanolone metabolite.”

Kontrak Iannone bersama Aprilia akan berakhir hujung musim ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Ketika KTM melancarkan 790 Duke tahun lalu, jentera berkonsep naked itu terus mencuri tumpuan dan mendapat reviu positif.

Bagi tahun 2020, KTM memperkenalkan 890 Duke R – bukan sebagai pengganti 790 – yang menawarkan kuasa ekstra.

Meskipun dunia dilanda pandemik Covid-19, situasi itu tidak menyekat KTM daripada memperkenalkan jentera baharu itu menerusi strim langsung di YouTube.

Diberi jolokan ‘Super Scalpel’, jentera baharu ini menawarkan 122hp pada 9,250rpm dan 99Nm pada 7,750rpm.

Buat julung kalinya dalam sejarah KTM, model 890 Duke R sememangnya didatangkan dengan enjin bersesaran 890cc, tidak seperti 790 Duke yang sebenarnya menggunakan enjin 799cc.

Sistem transmisi turut dinaik taraf kali ini dengan penggunaan spring lebih ringan bagi memudahkan pertukaran gear.

Kalau nak kejar lebih keterujaan, pelanggan boleh memilih tetapan Quickshifter+.

KTM 890 Duke R ini turut didatangkan dengan pelbagai elektronik terbaru antaranya:

  • Cornering ABS
  • Traction Control
  • Mod tunggangan – RAIN, STREET, SPORT (opsyen TRACK)
  • Kaliper brek Brembo Stylemo Monoblock
  • Fork depan WP (USD) 43mm boleh laras
  • Penyerap hentakan belanag WP APEX boleh laras

Bagi menawarkan keselesaan tunggangan, tempat duduk 890 Duke R naik 15mm berbanding 790 sekaligus ‘ground clearance – 20mm – yang lebih baik.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu, orang ramai diarahkan untuk duduk dirumah dalam usaha membendung Covid-19.

Situasi terbabit turut memberi kesan terhadap status kewangan lantas kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi motosikal, kereta, rumah dan sebagainya selama enam bulan dalam usaha meringankan beban tanggungan orang ramai.

Menerusi pengumuman di laman Facebook AEON Credit Service, badan peminjam itu mengumumkan penangguhan selama satu bulan.

Sebagai Institusi Bukan Bank, AEON Credit tidak termaktub dengan pelaksanaan penangguhan selama enam bulan oleh Bank Negara.

Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan ketidakpuasan hati netizen yang mendakwa AEON Credit tidak memahami kepayahan dihadapi peminjam sewaktu PKP.

Menurut AEON Credit, penangguhan satu bulan itu berkuatkuasa 1 April 2020 dan tiada caj tambahan dikenakan terhadap pelanggan.

Pada masa sama, pihak yang akan terus terkesan dengan bayaran balik pinjaman boleh menghubuni AEON Credit bagi melaksanakan penstrukturan semula bayaran balik.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Selepas 24 tahun menyepi, akhirnya MotoGP kembali ke Indonesia bagi tahun 2021.

Indonesia muncul penganjur MotoGP sebanyak dua kali pada 1996 dan 1997 sementara negara jiran Malaysia dan Thailand terus lakar nama selaku penganjur tahunan.

GP Indonesia 1996 menyaksikan Mick Doohan muncul juara sulung 500cc sementara Valentino Rossi merekodkan kemenangan di perlumbaan akhir 125cc sekaligus merangkul kejuaraan dunia pertama dalam kariernya.

Kemudian pada 1998, Argentina menggantikan Indonesia dalam kalendar MotoGP dan disebabkan beberapa isu dengan litar dan insiden ‘false start’, GP Indonesia tidak lagi berlaku sekaligus menjurus kepada 24 tahun menyepi.

Sentul sepatutnya kembali muncul selaku penganjur pada 2017 namun kegagalan menaik taraf Litar Antarabangsa Sentul menjejaskan peluang mereka.

Kini, projek baharu di Mandalika, Lombok dengan sokongan kerajaan Indonesia bakal menganjurkan MotoGP 2021.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Bagi meringankan beban peminjam yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac lalu, AEON Credit mengumumkan penangguhan bayaran balik untuk satu bulan.

Penangguhan bayaran balik itu berkuatkuasa 1 April (esok) dan tiada caj tambahan akan dikenakan.

Menurut kenyataan pihak AEON, sebagai insituti kewangan bukan bank penangguhan itu akan diaktifkan secara automatik bagi semua pelanggan AEON Credit.

Sementara itu, bagi pelanggan yang akan terus terkesan dengan pembayaran balik boleh menghubungi pusat kutipan untuk proses penstrukturan semula bayaran.

Sebagai insituti kewangan bukan bank, AEON Credit tidak termaktub dengan arahan Bank Negara Malaysia baru-baru ini yang membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan oleh pihak bank.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube